Friday, April 8, 2011

Dunstan Baby Language - Bunyi 4

Bunyi 4: "Eairh" bermaksud kembung perut


Cuba tolak perut anda ke atas sejauh yang mungkin dan dalam masa yang sama tolak semua udara dalam peparu anda ke perut.Ketika semua "pintu udara" ini ditutup, cuba buat bunyi. Dapatkah anda dengar bunyi mengerang "eh" dengan tambahan bunyi "r" yang panjang?Bayi membuat bunyi "eairh" kerana tekanan dalam abdomennya yang mengakibatkan bayi merasa sakit dan tak selesa..Tarikan otot-otot perut menjadikan bunyi yang keluar sebagai "air" dengan tambahan bunyi "r" yang nyata dan semakin nyata bila bayi semakin stress.Inilah tangisan "Eairh" yang juga dikenali sebagai tangisan "berjam-jam untuk dihentikan".


Tangisan yang jika boleh, tak mahu didengari oleh saya, serta para ibubapa yang lain kerana inilah tangisan kembung perut dan ketika tangisan ini kedengaran, harus ingat, bayi anda sudah pun berada dalam kesakitan. Namun, jika dikesan dan ditangani dari awal, bayi mampu diredakan sama seperti tangisan lain.Tahukah anda, dengan kerap menolong bayi sendawa apabila dia menyebut "Eh" akan mengurangkan kemungkinan bayi terkena kembung perut?ini kerana, bantuan mengeluarkan angin ketika bayi menyebut "Eh" akan mengelakkan angin dari turun kebawah menjadi apa yang dipanggil sebagai lower trapped air atau kembung perut.


Jika ini menjadi amalan, besar kemungkinan anda hampir tak akan mendengar bayi menyebut "Eairh".Bagus bukan?Jika anda dapati bayi anda kerap menyebut "Eairh", mungkin bayi anda tergolong dalam "gassy baby":jadikan amalkan menyendawakan bayi dan kerap urut bahagian bawah perutnya (minyak panas mungkin membantu) pada setiap masa walaupun ketika dia tidak membuat bunyi 'Eairh".


Namun, jika bayi anda terlalu kerap menangis dengan tangisan "Eairh" yang berpanjangan, kemungkinan juga bayi anda tergolong bayi COLIC. Colic ditafsirkan sebagai tangisan kronik (berbanding bayi bukan Colic) dengan perkadaran jumlah tangisan minimum sebanyak 3 jam sehari untuk 3 hari seminggu selama 3 minggu. Walaupun tidak banyak yang dapat dilakukan oleh ibubapa untuk meredakan bayi yang kembung perut, sekurang-kurangnya, apabila anda mengenalpasti bunyi "Eairh" yang dibuat bayi, anda tahu bahawa anda harus tumpukan pada perkara-perkara yang dapat mengurangkan kesakitannya berbanding menjadi semakin stress kerana kebinggungan memikirkan kehendaknya seterusnya membuat perkara-perkara yang langsung tidak berkaitan dalam memberi bantuan kesakitannya.



2 comments:

dialicious said...

good info!tq!!

Zahra Al-Rasyah said...

welcome dear.sharing is caring :)