Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa(burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar.Untuk menghasilkan bunyi "eh" anda, sedut udara memenuhi dada anda, tahan dan tutup mulut/tekak anda. Seterusnya, cuba tolak angin didada anda itu keluar dengan menggunakan otot-otot dada. Sekarang, buat bunyi dengan membuka sedikit mulut/tekak untuk beberapa saat sahaja , bagi membenarkan sedikit udara dilepaskan. Inilah bunyi "eh". Ianya pendek dan tajam dengan bunyi "E" yang nyata dan breathy "H" (H yang seolah-olah dihembus hidung, seperti orang sedang berlari).
Bayi perlu untuk di sendawakan bukan sahaja selepas minum, tetapi pada bila-bila masa sepanjang hari, mengikut keperluannya. Jika keperluan ini tak dipenuhi, bayi mungkin mengalami kesukaran untuk menyusu atau tidur. Kegagalan memenuhi kehendak "burp" bayi ini akan membawa kepada kitaran masalah yang tak berkesudahan) menyendawakan bayi ketika "eh" dihasilkan akan membantu mengelakan angin dari ditolak ke bahagian bawah abdomen dan menyebabkan kesakitan.
Angin yang tertolak ke bahagian bawah abdomen ini dikenali sebagai lower trapped air dan inilah salah satu punca kembung perut yang amat ditakuti oleh ibubapa kerana menenangkan bayi yang sedang kembung perut bukan perkara yang mudah. Menyendawakan bayi ketika "Eh" dihasilkan akan mengurangkan kadar muntah susu bayi. Ini kerana, bayi yang disusukan tanpa dibantu sendawa terlebih dahulu (apabila diminta), akan menyebabkan susu yang ditelan berada di atas lapisan gas. Apabila gas naik, susu juga akan turut naik dan bayi akan muntah.
Kegagalan mengenalpasti bunyi "Eh" akan merencatkan tidur bayi kerana ramai bayi yang akan membuat bunyi "Eh" ketika tidur. Bayi boleh menyambung tidur semula jika diangkat dan dibantu untuk sendawa. Ibubapa yang gagal memahami maksud ini akan cenderung menyangka bayi lapar atau cepat-cepat memeriksa lampin bayi dan perbuatan ini akan menyebabkan bayi terjaga dari tidur.
No comments:
Post a Comment