Monday, August 4, 2014

1 Syawal 1435H


Tahun ni giliran raya di kampung suami, Alor Staq. Seronoknya raya kali ni sebab selepas lima tahun boleh solat sunat Aidilfitri berjemaah ramai-ramai di Masjid. Tahun-tahun sebelum ni takut nak bawak anak-anak ke Masjid sebab kecik lagi. Takut tak boleh nak mengawal anak-anak. Syukur jugak sebab kat masjid tu ada kakak ipar & mama mertua join sekali untuk tolong jagakan Harits & Ara. Lega sikit.









Lepas solat raya, balik rumah tunggu tetamu datang then around 11am husband ajak beraya rumah kawan baik dia. Baik sangat diorang dan isterinya pun dah jadi kawan baik I tau. Seronoknnya dapat makan nasi tomato & rendang paru. (sebab kat KL Mak I buat juadah ni. So, terubatlah rindu pada Kotaraya. Husband kata I mengada. Kekeke). Ni gambar kat rumah kawan kami Bancik tu, terima kasih ye tuan rumah 






Lepas berjalan raya tu barulah kami mulakan sesi bergambar, dah tengah hari rembang dah masa tu. Harits & Ara pun dah rimas, lepas amik gambar teruslah buka baju diorang sebab ingat nak mandikan & tukar baju tido. Sekali baru teringat tak beraya salam-salaman lagi, maka terjadilah sesi bersalaman dengan anak-anakku memakai spender/ panties sahaja. Kahkahkah. Rare tak rarekan anak-anak I nih. Mujur mak & bapaknya masih elok berbaju lengkap ;p











Petang raya tu lepas anak-anak bangun tido baru kami beraya rumah Maktok suami & makan pulut dakap (iaitu pisang yang dibalut dengan pulut & dibalut dalam daun pisang). Sedap! Cuma I tak boleh nak makan banyak-banyak. Coz masa pagi raya tu perut dah start meragam. Maybe terkejut, makan pulut, santan lontong, masakan pedas-pedas lagi, rempah bagai banyak sangat. So, tak lalulah nak menyantap banyak-banyak pulut pisang tu. Time ni dah takde gambar nak jamu korang ye, cubalah google pulut dakap/ pulut pisang tu kejap lagi. Hahaha.


Dan....



Sambutan 1Syawal kami haritu sampai petang tu je. Suami pukul 7.00pm dah habis bateri dan tidooo sampai 5.00am esoknya. I pulak dengan sakit perut tambah nak muntah lagi, memang layan tido jela. Anak-anak pun kepenatan main, elok je dedua tido sampai pukul 8 camtu. Pastu bila pakcik, makcik & sedara mara datang beraya rumah pun kami tak mampu nak bangun dah. Sorry la mertuaku & ipar duaiku. Tak tolong pun malam tu. Kesian dorang melayan tetamu sampai 1.00am.

Tapi sebab rasa bersalah kami suami isteri, esok bangun pagi lepas subuh tu terus tolong clear semua pinggan mangkuk dalam sinki & clear table semua. 

Sekian cerita raya kami. Mohon maaf zahir batin sebab dah lama tak muncul sini. Tahun depan jumpa lagi. Ngeeeee! ;p