Tuesday, December 30, 2014

Hi Blog!

Apa khabar?

I'm good, Alhamudulillah tetapi busy dan malas.

Sekarang kandungan dan masuk 24 minggu tetapi ini baru pertama kali nak update pasal pregnancy dan lain-lain story kat sini. Nampak? Betapa malasnyaa dan macam dah hilang rentak format segala nak tulis macam mana. Guna kata ganti nama apapun dah lupa. Saya ke? Aku ke? Begitu teruknya saya. Takpela, buat masai ni Saya gunakan saya jela. Senang dan sopan santun gitu.

Baiklah kembali kepada cerita pregnancy3.0 saya. Bermula daripada kandungan seawal 6 minggu saya dah tahu, macamana tahu awal? Sebab saya kira tarikh dan tarikh biasanya sama dengan jiran sebelah roomate dalam ofis ini. Sebab hari-hari jumpa dia dan duduk sebelah pun, memang ada kaitan ye hormon pregnancy kita dengan wanita berdekatan. Tak percaya? sila google. Sekian, terima kasih. Sebulan dapat puasa penuh sebab period tidak datang-datang. Hahaha. Seronok. Ye. Alhamdulillah. Cuma ada lagi 20 hari puasa tahun-tahun-tahun lepas tidak berganti lagi. Itu tidak seronok.

Maka, selepas raya minggu kedua lebih kurang, saya nekad untuk check sebab instinct rasa ia ada. Kebetulan memang senantiasa simpan prenancy test-kit di rumah. Untuk apa? Kihkihkih. Entah, memang pernah tergerak nak beli dan simpan. Ada lagi satu kat umah, sapa nak sila khabar. Dah test dan confirm. Gembira macam mahu menangis, ye masih. Walaupun sudah masuk pregnancy yang ketiga. Cuma moments masih inform husband tu macam ingat-ingat lupa gittew. Hahahah. Sorry baby3.0. Ibu takde mood masa tu nak update.

Selepas itu, 7 minggu dah ke klinik kerajaan untuk buat buku merah. Rajin sangat nak pegi awal-awal sampaikan doctor scan pun tak boleh nak ukur size, kecik comel sangat tapi perut saya nampak besar. Ngeh! 

Pastu, setiap kali atenatal check-up saya akan discan. Jadinya sampai tiga kali scan untuk tiga kali visit bagi dapatkan EDD yang tepat. Doctor taknak guna yang kiraan date tu sebab baby nampak kecil dua minggu dari usia kandungan. Finally, EDD yang confirm adalah 13 April 2014


Alamak, nak kena masuk meeting pulak. GTG! Nanti saya sambung lagi.


Love,
Zahra :)