"Neh" adalah bunyi yg terhasil sebagai tindakbalas kepada "sucking reflex". Ingin menghasilkan bunyi "Neh" anda sendiri?Letakan lidah anda dibahagian belakang gigi atas dan tolak lidah ke "bumbung" mulut. Pada waktu ini, satu-satunya bunyi yang anda mampu buat, keluar melalui hidung seperti NNNNNNN.Sekarang, buka mulut anda sedikit dan gerakan lidah anda seperti menyedut. Ketika lidah menjauhi bumbung mulut, anda akan menyedari bunyi NNN tadi bertukar ke EH atau UH.
Inilah bunyi "Neh/Nuh" yang kita cari!"N" adalah bahagian signifikan yang perlu didengari kerana "N" adalah petunjuk "sucking reflex". Tumpukan pada bunyi "N" yang jelas kerana "Neh" boleh menjadi "Nuh", "Noh" atau "Nah" bergantung kepada posisi bayi.Semasa bayi menyebut "Neh", anda akan perasan bahawa mulut bayi terbuka setengah dan lidahnya bergerak-gerak ke depan dalam gerakan menyedut. Bayi akan mengerakkan lidahnya ke semua bahagian dalam cubaan mendapakan sesuatu untuk ditelan.Jadi, apabila bayi mula menyebut "neh" ,responlah dengan memberinya makan atau sesuatu untuk dihisap.
APA PENTINGNYA MEMBERI RESPON PADA BAYI TATKALA "Neh" DIHASILKAN?Dengan mengamalkan rutin memberi bayi makan setiap kali bunyi "neh" kedengaran, kita sebenarnya mengamalkan konsep feeding on demand: Memberi makan ketika diminta.
Ramai ibubapa mempunyai mindset bahawa bayi akan menyusu purata 2-4 jam sekali tanpa menyedari bahawa bayi berhak dan mungkin meminta lebih awal atau lewat dari itu. Bagi ibu yang peka, mereka mungkin akan sedar tatkala cuaca panas, bayi mudah haus lebih cepat. Selebihnya, bayi dibawah 1 tahun terhidrat dengan cepat kerana saiznya yang kecil dan terlalu banyak faktor yang boleh menyumbang kepada keperluan menyusu yang kadagkala tidak mengikut "jadual" biasa.
Dengan bertindakbalas setiap kali mendengar bunyi "neh' (dan bukannya memberi bayi makan dengan sikap mengagak-agak bahawa bayi mungkin lapar) ibubapa akan lebih yakin bahawa mereka tidak terlebih menyusukan bayi dimana akan menyebabkan bayi kerap muntah kerana muak dan baju ibu kerap basah dengan muntah! ataupun sebaliknya mengelakan bayi terkurang susu kerana ibu berpendapat bahawa bayi masih kenyang kerana baru disusukan sebentar tadi dan mustahil mahu menyusu lagi.Hasilnya, bayi akan mendapat keperluan susu yang cukup untuk tumbesaran yang sihat!
No comments:
Post a Comment