Wednesday, April 21, 2010

Pulut Kuning + Kari Ayam = Yummy!


Oooooh...yela. Janji aritue nak update tapi tak update-update pun lagi. Sorhi sayangs semua. I sangat buzy bee pula tetiba. Ni dah siap keja sikit boleh la update kot. Hummm.

Last Sunday ada kenduri doa selamat sikit buat kat umah Mak a.k.a umah tokwan. Ia sebenarnya sempena Ijah n Wan dah nak setahun kahwin. Yeay! Then Mak suruh selitkan sekali bacaan Yaasin untuk doakan kesihatan Abah kami yang tersayang itu dan juga doakan keselamatan me n adikku yang mengandung ini, agar semua selamat ke akhirnya. Terharu rasa. Ingat juga diorang nak bacakan Yaasin untuk me and baby-baby kan? Syukur.

Aku janji kununnya nak datang awal, tolong-tolong adikku apa yang patut tapi haritue tu terlajak tidur pastu bila bangun rasa macam mabuk-mabuk. Jadinya dekat pukul 1pm baru sampai, majlis nak start pukul 3. Haha. Sangat tak bagus. Tapi sampai ja i terus tolong masak tau. Menu air tangan aku haritue haruslah yang berunsurkan Western iaitu Olio sebab ini yang paling senang untuk dimasak. Tapi senang-senang pun masakan itu, aku still jugak careless bila dok kat dapur. Abes tumpah and pecah berderai botol olive oil yang guna nak masak olio tu. Dahla mak punya. Huhuhu. Tapi mak kata takpela, dah sikit dah tinggal minyak tu. Phewww! Oh ya, olio tu tak guna udang-udangan pun juz guna hotdog yang di slices nipis-nipis pastu chicken breast yang dipotong kecik-kecik. Kami bajet sikit coz udang mahai tapi nak masak kuantiti yang banyak ;p

Tapi yang bestnya adalah menu pulut kuning hasil air tangan orang tua yang amat kami sayangi iaitu Tok Wan - nenek kami. Yeay! Rindu dekat pulut kuning itu. Dan ibu-ibu mengandung di beri penghormatan untuk makan dulu pulut kuning yang dikepal bulat-bulat oleh Tok Wan ku itu. Nice. Pastu bila dah selesai baca Yaasin, kami serbu meja makan and makan pulak pulut kuning itu dengan kari ayam yang Mummypoko masak. TERBAIK! Slurrp (meleleh air liur sambil teringat kelazatan kari itu). And air ais kerim soda yang Hubby and abg sepupuku buat pun tak kurang sedapnya. (Bodek Hubby nih). Huhuhu ;)

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar cuma nasi goreng yang ibu masak tak cukup. Tak expect orang akan datang ramai pula. Pastu ada yang tanya-tanya pasal nasi. Alahai. Sorhi la ye. Kami tak larat nak masak lagi. Makan jela apa yang ada, makan buah ke, Olio pun ada, pulut kuning pun still banyak lagi. Huhuhu. Tapi bila malam Mummypoko ku yang baik hati itu masak jugak nasi putih coz pakcik makcik aku ramai yang tak balik lagi. Seronok menyembang. So, dorang dinner kat situ jugak and tolong licinkan semua makanan yang ada. Alhamdulillah. Selesai.




p/s: Sorhi sebab i cerita-cerita saja tanpa gambar. Fotographer rasmi tadak. Pastu kamera kami masih belum dibaiki and tak tahulah nak baiki atau nak beli yang baru. Huhuhu. Hubby sila jawab ;p





2 comments:

smms said...

smuga segalanya selamat..
beb kamu minum air aiskrim soda itu ?
gas ?
sgt x bagus la

Zahra Al-Rasyah said...

tula,tak bagus kan?lepas minum half cup baru tersedar diri ini preggers.huhu.and terus stop ar. minum air masak ja pastu :-/