Friday, April 2, 2010

Booking Appointment Di Klinik Kerajaan - Keyword: Independent yo!


Aku merasa nervous yang agak tinggi juga dalam perjalanan untuk booking appointment di klinik kerajaan. Seriously, because we don't know what to expect. Like, macam blur-blur jugaklah, eventhough my sis (she's 5month preggers. Adik aku yang kedua ni more advance than kakaknya.hehe) dah bagi sikit explaination but still tak mencukupi rasanya sebab simple sangat dia cerita.

Selepas cik Misi panggil aku untuk daftar dalam sistem rawatan bulanan kat Klinik tu, dia terus bagi satu botol lutsinar tutup merah yang dah tulis nama and IC, aku ingat nak kena buat urine test lagi harinie. Otak aku pun dah siap-sediakanlah pundi kencing untuk proses urine itu. Hahahaha. tapi rupanya bukan begitu ceritanya. Kisahnya, lagi dua minggu aku kena datang balik dan bawak botol urine tu untuk test air kencing dan panjang lagi expalaination yang beliau bagi. Dipendekkan cerita, cik Misi tu kata macam ni...

"Bila puan datang hari Isnin 12 April nanti, Puan terus ke kaunter dan ambil nombot, klipkan slip yang saya bagi harinie pada nombot tu. Lepastu, Puan tunggu arahan cik Misi untuk beratur ambil air kencing. Lepas kencing Puan pergi ke tempat penimbang untuk ambil berat dan tinggi sendiri. Lepastu, duduk kat depan kaunter tekanan darah dan cik Misi akan panggil nama untuk ambil pressure. Lepastu...bla..bla...bla...,"

Haih. Biar betul? Banyak pulak prosedur yang nak kena buat sendiri. Memang kena jadi seorang yang berdikari la ni - bebel aku dalam hati. Teruslah aku pun keluarkan pen dan buku nota and jot down one by one benda-benda yang akan kena buat nanti. Tekun menulis... Tiba-tiba cik Misi tu cakap kat kawan dia, " selama lima tahun aku keja kat sini kak, inilah pertama kali aku jumpa orang yang tulis satu-satu benda yang dia nak kena buat masa check-up nanti. Huhuhu. Ok, bagus-bagus. Tulis elok-elok ye,"

Aku bukan apa, dah tahu diri ini pelupa so,aku sedar dirilah sikit. Tak maula nanti menyusahkan mereka sebab aku tahu selalunya Misi-misi dekat Klinik Kerajaan ni sangatlah cepat naik angin kalau kita buat blur-blur depan dorang selepas dorang dah bagi explaination panjang lebar dua minggu sebelum hari kejadian. Huhuhu. Dua minggu kot. Memang tak arr aku akan ingat satu apa pun kalau aku tak tulis macam tu misi oi!!! - ini aku jerit dalam hati ja.

Alhamdulillah, setel booking appointment.

Tapi sebelum aku menghabiskan karangan ini nak sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarham Din Beramboi yang telah pergi meninggalkan kita pada jam 12.30 malam tadi dan Al-Fatihah pada Allahyarhamah Macik Enchot (mak Shahril Nyet) yang meniggal dunia pagi tadi yang mana hari kahwin Shahril dan Zura adalah lagi 2 hari sahaja. Phew! Dua berita yang agak mengejutkan dan menyedihkan. Semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn...

No comments: