Kisah pengajaran ini sebenarnya aku dengar pertama kali daipada bonda tercinta dan sebab teruja sangat nak share dengan korang semua, aku pun 'google' dan buat research sikit lalu jumpa jugak kisah Khannas si Anak Iblis ini. Jadikan kisah ini sebagai pedoman semua ea.
Sesungguhnya Iblis tidak pernah penat berusaha untuk bersemayam dalam setiap hati manusia, mengikuti gerak-gerinya dengan harapan akan dapat menghancurkan dan memusnahkan kehidupan seseorang.
Dalam sebuah cerita disebutkan bahawa pada suatu hari Nabi Adam as keluar rumah untuk mencari nafkah, maka datanglah Iblis bersama anaknya yang bernama Khannas menemui Hawa. “Aku ingin menumpangkan anak ku di sini, kerana ada satu keperluan yang penting, aku harus pergi sendiri,” kata Iblis. Kemudian Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang, dia bertanya; “Anak siapakah ini?” Hawa menjawab; “Iblis menumpangkannya kepada ku.” Adam menjadi marah, lalu Khannas dibunuhnya dan dipotong-potongnya. Kemudian setiap potongan badan Khannas disangkutnya di atas dahan-dahan pohon kayu. Setelah itu Adam pergi lagi. Tidak lama kemudian Iblis datang dan menanyakan tentang anaknya. Hawa menceritakan kepada Iblis tentang apa yang telah terjadi. Lalu Iblis memanggil nama anaknya “Ya Khannas! Wahai yang tersembunyi!” maka kepingan-kepingan tubuh Khannas bersatu lagi, kemudian menyambut kedatangan ayahnya Iblis.
Setelah itu Iblis kembali lagi, ia menumpangkan anaknya lagi kepada Hawa. Hawa menolak untuk menerima anaknya itu. Tapi dasar iblis pandai merayu, sekali lagi Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang dari mencari nafkah didapatinya anak Iblis itu masih ada lagi, Adam menjadi marah sebenar-benar marah. Dibunuhnya anak itu, mayatnya dibakar, abunya dibuang ke sungai-sungai dan ke merata tempat. Keesokan harinya iblispun datang kembali kepada Hawa untuk melihat anaknya yang diserahkan kepada Hawa. Iblis bertanya kepada Hawa. “Wahai Hawa. dimanakah anakku?”. lalu Hawa pun memberitahukan apa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam as terhadap anaknya. iblis pun segera berlari dengan cepat menuju ke laut dan berteriak memanggil anaknya. “Yaa Khannaas!”. maka anak iblis yang sudah menjadi abu dan dibuang merata-rata oleh Nabi Adam a.s. bersama ombak, bersatu kembali menjawab panggilan bapaknya.
Kemudian Iblis menumpangkan anaknya itu kepada Hawa lagi. “Kali ini pastilah Adam akan membunuh ku”, kata Hawa. Namun Iblis yang pandai merayu itu dapat melemahkan hati Hawa sehingga menerima kembali anak tersebut. Kemudian Adam pulang, kemarahannya sudah tidak tertahan, lalu anak Iblis itu disembelihnya dan dimasaknya. Kemudian sebahagian dimakannya dan sebahagian lagi diberikannya kepada Hawa. Ketika Iblis datang Hawa menceritakan apa yang telah terjadi. “Inilah yang ku inginkan!”, kata Iblis. “Aku ingin bersemayam di dada Adam, dan kini hasrat itu telah terkabul.
Maka, sejak saat itulah Iblis selalu berada dalam diri manusia. Iblis termasuk makhluk yang tabah dalam menggoda manusia. Ia berusaha berbagai upaya untuk memperdayakan manusia, dan bahkan ia bermohon kepada Allah agar hidup sampai hari kiamat untuk melakukan hasratnya itu.
*Riwayat ini disampaikan oleh At Tirmidzi Al Hakim dalam Kitab Nawadir Al Ushul dari Wahab bin Munabbih dan dinukil Imam Al Qurtubhi dalam Kitab Tafsirnya.
Sebutan khannas itu diberikan karena ia sering bersembunyi. Sesungguhnya Iblis itu akan selalu duduk di dalam hati, setiap aliran darah dan nafas anak cucu Adam. Apabila mereka lalai maka ia akan membisik-bisikan kejahatan dan kemaksiatan dengan pujukan-pujukan indah yang mengalir dalam darah manusia. Tetapi apabila mereka ingat dan berdzikir kepada Allah maka ia akan bersembunyi pada satu sudut kesepian dan kelaparan.
Inilah antara tugas-tugas Khannas yang boleh disimpulkan:
Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa-apa aktiviti yang kita buat ia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, sebab tula siapa-siapa yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat. Kaedah nak halang, baca Bismillah then selawat, surah An-Nas dan kemudian baca A'uzubillahiminasyaitonnirajim 3 kali dan ludah sikit di bahu kiri 3 kali jugak sebelum mula solat.
Time buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh, dah buat ke belum ye, dah ke belum ni?" ubatnya banyakkan BERISTAGAFAR.
Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya? banyakkan Zikir.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Tengoklah bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.
Surah An Nas juga turut mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz ini yang sentiasa buat kita was-was.Walllahualam.
No comments:
Post a Comment