Wednesday, April 7, 2010

Masalah Perutku :(


Hi semua,

Aku dah selamat masuk minggu yang ke-5 pada 3 April lepas (ni kata internet dalam website baby-center la) Alhamdulillah, semuanya cun saja setakat ini. Cuma symptom muntah-muntah dah tiga kali juga jadinya. Tapi takpa kot, bagi aku symptom muntah-muntah itu amat berbaloi dengan penantian kami selama setahun setengah ini. Lepas muntah-muntah tu kau tahu aku buat apa? Dalam hati, diam-diam aku panjatkan kesyukuran dan redha saja dengan apapun yang akan jadi, yang penting “baby-baby” sihat.

Cuma sekarang masalah perut aku kembali menghantui. Tahun 2006 or tahun 2007, I have been diagnosed for this penyakit perut iaitu “Lactose intolerance” yang bermaksud perut aku ada masalah untuk menghadam dairy food especially susu dan ini akan menyebabkan aku cirit birit yang agak teruk. Dulu masa kecik-kecik minum susu ok je tatau la kenapa ia jadi bila dah dewasa ni. Tetapi masalah ini selalunya terjadi jika aku minum susu tepung saja sebab bila aku try minum susu kotak macam ‘Dutch Lady-Gaga’ tu, efeknya taklah teruk sangat evendow still cirit-birit but versi kecil-kecilan sahaja.

Dan semua pun sedia maklum, bila dah preggers ini susu adalah menjadi satu kewajipan untuk diminum. Dah lama sebenarnya tak minum susu tepung ni dan alkisahnya, weekend lepas pergilah kami ke Giant untuk membeli susu Materna tu, dan pilihan hati adalah Anmum sebab mendapat testimoni yang positif daripada ramai orang. FYI, before this, aku memang dah pernah try minum susu Anmum Meterna sample (staf aku bagi free before trying to conceived dulu), still cirit-birit but versi mild jela. Malam tadi barulah berpeluang minum Anmum Materna yang baru beli tu dalam pukul 10 malam kot, selesai minum Anmum and ironing aku pun teruslah masuk beradu.

Tetapi pukul 2pagi...jeng-jeng-jeng...

Aku terbangun. Badan rasa gassy semacam means asyik kentut-kentut dan kentut yang banyak sampai tidak selesa mahu tidur. Nasiblah Hubby tidur versi tak sedar diri, kalu tak kesian dia – bau boleh tahan juga sebenarnya. Huhuhu. Perutpun tiba-tiba memulas. Aiyoo! Sudahnya 3 kali aku keluar masuk dan bertapa dalam toilet pastu tidur jap, pastu bertapa balik sampai jam sudah Subuh. Sebelum pergi kerja tadi dah minum dulu milo 'o' pekat tapi still cirit-birit lagi sekali. Haih. Sampai ofis pulak, lepas breakfast tadi pun cirit lagi sekali. Means dah 5kali. Teh pekat pulak jadi taruhan, baru sudah minum. Harap-harap perut oklah lepas ni.

Hubby cakap pagi tadi masa nak hantar wifey dia ni pergi kerja, next week, masa appointment dengan doctor kena tanya apa yang boleh minum dan minuman apa yang mempunyai khasiat sama seperti susu?

Actually, pernah dengar orang kata minum air soya. Tapi khasiat dia sama kah macam susu? Takut jugak nak minum soya banyak sangat sebab takut ada gula banyak nanti sakit lain pula yang datang. Hummm. Risau! Semoga ia tak memberi efek pada kesihatan "baby-baby"

No comments: