Seperti yang dah bagitau haritue, last Monday adalah hari check-up atenatal buat yang pertama kali. Awal-awal lagi dah stanby nota and dokumen yang patut semua tapi terlupa pula pasal hal-ehwal nature’s call ni yang sebenarnya kita takleh nak paksa-paksa ia keluar dengan mudah dan sesukahati. Makanya, sesampainya aku pada jam 7.45am selepas ambil nombor semua bagai, dalam jam 8 cantu ada sorang Misi ni buat pengumuman - Ibu-ibu, ambil kencing semua. Aku pun semangat la bawak botol urine tu masuk bilik air dan kencing tetapi yang keluar alahai sikit sangat pastu ter-missed pulak nak tadah jadinya yang dapat masuk botol tu just beberapa titik ja. Aduss! Macam mana nih? Aku bertapa kejap dalam toilet tu. Cuba lagi dan lagi dan lagi tapi tak boleh-boleh jugak keluar. Haru. Sudahnya, aku keluar cakap kat Hubby tolong belikan air sebab air kencing sikit sangat. Dia pun, keluar la pergi carikan air kat depan tu tapi Hubby macam marah-marah sikit ar... takut. Maybe, dia takut lambat sebab dia banyak kerja nak buat harinie. Huk. Sorhi shayang. Bukan sengaja air kencing tak banyak pastu tersalah tadah. Sorhi :(
Lepas tu cakap kat Misi yang air kencing tak banyak and dia kata takpe, nanti dia panggil lagi. Hubby pun masuk dan aku pun terusja minum dalam half botol. Dalam 20 minit tunggu cantu dapat kencing yang banyak. Yess! Dan keluar je dari toilet Misi pun datang untuk check urine. After urine aku disuruh ambil tinggi dan berat. Tinggi – 159cm dan berat – 52.4kg. Wow! Macam sangat tinggi dan ringan pulak? Huhu. Entahlah, dah menatang mesin tu cakap cantu. Aku tulis jela. Setel ukur-ukur, kena tunggu pulak untuk ambik darah, tekanan darah dan lain-lain tapi tak tunggu lama sangat pun Misi tu dah panggil. Diorang siap check perut dan kaki semua untuk tengok ada bengkak ke tak ke. Bagi nasihat untuk menyusu badan (ini InsyAllah akan aku lakukan. Hehehe) Misi cakap aku dah enam minggu and dijangka bersalin pada 5 Disember 2010. Yippie! :)
Misi bagitau darah aku normal, takde anemia dan dia bagi vitamin. Aku kena tunggu kat luar untuk jumpa doctor pula. Syukurlah, tak tunggu lama jugak. Doktor pun ok, cuma dia kata tak bole nak scan lagi sebabnya baby-baby kecik lagi so, takkan scan sehinggalah minggu ke-20. Aku ok ja tapi kalau nanti dah rasa rindu sangat nak tengok baby-baby ni akan ku pujuk Hubby untuk scan kat klinik swasta jugak. Hihihi. Oklah, dalam pukul 9.30 dah abes semua. Yang bestnya, Adikku pun check-up jugak haritue. Jadi kami adik-beradik p check-up dekat klinik yang sama. Hahaha. Macam kelakar je. Tapi dia dah nak masuk enam bulan – aku baru enam minggu. Huhu.
Lepas selesai, pergi klinik gigi yang terletak di tingkat atas. Niat mula-mula juz nak buat appointment sahaja tapi Misi tu suruh check terus haritue. Thank God orang tak ramai dan semuanya dipermudahkan siap tampal lagi gigi berlubang. Doktor yang check gigi tu pulak kawan sekolah rendah. Hahaha. Malu saja ada gigi berlubang. ;p
Oh ya, the best part is semua rawatan yang aku dapat haritue adalah servis yang baik dan Free of Charge or F.O.C. ok...Yeay!
No comments:
Post a Comment