Buat pengetahuan you alls, aku tak sangka sangat akan pregnant sebab aktiviti aku 2-3 mingu lepas sangat-sangat lah hecticnya! Serius. Lari ke sana sini pakai kasut tumit tinggi, pasang bunting, angkat file yang berat-berat, tidur lambat and banyak lagilah. Phewww! kalo diingat-ingat benda yang aku buat semua tu memang seriau tahap gaban! Apapun, aku bersyukur yang teramat sangat dengan anugerah ini :)
Ok, kita sambung cerita tadi... Selepas check-up aku mintak MC sehari, masih rasa tak larat nak ke ofis plus semalam tidur lambat pukul 2pagi. Agenda seterusnya adalah ikut Hubby ke kedai T-shirtnya (sampai tertidur-tidur aku tunggu). Masa on da way ke kedai tu kami tanpa membuang masa, teruslah call mama, papa n mak untuk begitau berita gembira ni then text semua adik beradik to share this Gud News. Semua pun happy, SIL and BIL ku siap bagi tips2 lagi untuk diambil berat di awal kehamilan ni.
Singgah dulu makan tosai sebelum sampai kedai sebab perutku dah kelaparan sangat, tapi tak abes pun tosai tu. Huk. Kesian Tosai :( Lepas selesai semua kerja beliau di kedai, Hubby bawa pergi Subang Parade and belanja Kenny Rogers tapi beliau yang makan banyak sebab aku mintak dia tolong abeskan lebihan ayamku, tak lalu nak makan sangat. Mula-mula masa ngadap makanan tu rasa macam nak makan semua sampai licinkan pinggan sebab kelaparan yang amat tetapi nafsu ku nak muntah membuak-buak pula di pertengahan jalan. So, terpaksa stop. Kesian kat ayam-ayam tu :(
Anyways, selesai makan kami pergi mencari kasut yang selesa untuk kaki comei ku ini lalu jadilah aku seorang pemakai Crockers sempena telah menjadi preggie ini. Yeay! Pastu Hubby pun nak cari jugak selipar yang boleh mengurangkan rasa sakit kaki dia walaupun dia tidak preggers. Hehehehe. Aku pun terjebak juga lalu menjadi Tevarian bersama-sama Hubby tapi versi perempuan. Yeay banyak!!! dapat satu lagi selipar baru yang sangat lembut dan selesa untuk berjalan-jalan :)
No comments:
Post a Comment