Monday, October 3, 2011

Air Tangan Ibu # 1 - Kung Pao Chicken

Actually tengah tension ni... Mencari solusi tapi tak jumpa-jumpa lagi. Pastu teringat kat makanan yang sedap ni.

Meh sini ibu-ibu semua saya nak kongsi. At least bolehlah shift sikit otak kat tempat lain nak bagi hilang stress sikit. Huhu.


Bahan-bahan:

Bahan A-

1 labu bawang besar (potong macam style buah epal)

3-4 ulas bawang putih (dimayang)

1inci halia (dihiris)

5-6 helai cili kering (betulke helai?erghh. stress balik. Tapi korang paham kan?huhu)


1 1/2 Isi ayam dipotong dadu

Bahan C-

1/3 cawan air

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

4 sudu besar kicap masin (ataupun kalau lebihkan pun takpe)

1/2 kiub pati ayam

Sedikit Garam (if korang memang kuat masin, bagi saya kicap & pati ayam tu pun dah cukup masin.hehe)


Bahan D-

Carrot

Kobis Bunga



Cara membuat:


Bahan A tu semua tumis, dah agak-agak naik bau, masukkan isi ayam tu, goreng sekali sama-sama dengan bahan tumisan tadi dan bila ayam dah masak masukkan air dan kiub pati ayam. Kacau-kacau bagi rata. Masukkan pula bahan C iaitu sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata. Pastu masukkan Bahan D tu, tutup sekejap kuali untuk bagi sayuran masak. Siap untuk di hidang!

Ok, selamat mencuba semua!

3 comments:

nihadriz said...

mentang-mentangla cili tu kering, nampak macam sekeping...terus ima bagi nama 'helai'. heheheh~

Zahra Al-Rasyah said...

haha.tula pasai.ima blur tatau nak panggil apa kalau cili kering?keping ye?

nihadriz said...

biasanya orang sebut tangkai. tak pastila yang betulnya apa. ihiks :P