Lepas mandi dah sarapan makanan hospital iaitu roti dan susu (saya sukalah susu hospital ni, sedap sampai sekarang pun masih lagi terbayang kesedapannya)
Ari-ari masih lagi sakit but takdelah rasa contraction yang kuat jadi saya buat diam jela, tanak siapa-siapa risau. Dalam pada tu tunggu husband sampai, dia SMS kata hari ni dia buatkan saya breakfast. Wow! bestnya rasa. Jarang suami masak so, bila sekali dah masak rasa best gilalah. Hehe.
Pukul 10 pada Hari Jumaat adalah Grand Visit Session oleh Ketua Jabatan, doktor pakar dan semua doktor yang ada hari itu. Sampai je kat katil saya Ketua Jabatan check report dan terus tanya pada doktor yang selalu check saya.
"Err...type two, maybe" kata doktor yang tak berapa pakar tu. Doktor perempuan yang sangat comel tapi saya dah lupa nama dia.
"What do you mean maybe? Dah berapa hari patient kat sini takkan tak ada siapa boleh confirmkan?"
Dan doktor yang tak pakar tu pun explain kat bos dia masa awal-awal admitted tu sebab apa, time scan nampak apa dan saya ada contraction but darah dah stop jadi saya just perlu bedrest je sekarang. But then bila doktor pakar tu sendiri tanya saya teruslah bagitau kat dia yang saya rasa sakit di ari-ari semenjak malam tadi and rasa mild contraction.
Teruslah beliau instruct the doctors to do further inspection on me. Saya disorong terus untuk scan. Mula-mula tak nampak PP type berapa, last-last these team of doktor pakar tak puas hati and terus buat viginal scan. Wohoohoho! Confirm Placenta Previa type 3 iaitu Uri dah hampir menutup pintu rahim! Yang tak bestnya dah start contraction di mana kepala baby dah menolak 'kakak' dia tu dan ini boleh mengakibatkan tumpah darah yang banyak macam paip pecah dan saya boleh bertemu ajal kehilangan banyak darah sekiranya baby tak dikeluarkan dengan segera.
Lepas scan dan ditolak ke katil semula baru husband boleh masuk jumpa saya, doktor yang pakar tu pun explain pada husband tentang condition saya dan dia cakap saya akan di bedah pada hari itu jugak. Lepas tu saya di suruh puasa. What? puasa? Penat je hubby buatkan scramble egg sandwich untuk saya tapi apakan daya tak sempat nak jamah bekalan yand dia bawak tu. Uwaaa...Sedih sangat :( But husand lepas tu terus call semua kesayangan kami dan bertalu-talu sms masuk berdoa untuk keselamatan saya dan baby. My PIL pun bergegas datang ke KL dari Aostaq hari itu jugak.
Saya dijadualkan untuk di bedah dengan segera, jadi dalam lebih kurang jam 12.30 macam tu nurse datang bagi mensiapkan saya untuk dibedah. Hubby dan tetamu lain semua kena tunggu luar tirai. Saya di suruh membuka semua pakaian dalam dan tukar ke baju OT yang tali kat belakang tu, lepastu nurse suruh saya baring dan dishavekan perut saya termasuklah private part sebersih-bersihnya daripada bulu. Saya pun macam pelik kenapa kena shave private part tu sekali sebab nak belah kat perut kot? Then nurse tu cakap memang ini polisi hospital. Saya pun redha jela memberikan nurse itu view yang agak "astagfirullahalazimmm" hahaha. Maaf nurse, tapi saya respect sangat tatakerja nurse! Ada dua orang nurse yang bertugas mensiapkan saya, dan diorang buat kerja sangat lemah lembut dengan suara dan muka yang manis sekali. Tabik spring kat cik nurses kita nih. Tiba masa nak masukkan urine tube yang azabnya. Perghhh! sakitnya Ya Allah. Berkali-kali nurses tu mintak maaf sebab saya asyik termengerang je (sorry but i cant help it) sebabnya mine was so kecik so, they have hard time to insert it. Weehhhhh, sakit kot rasa macam nak tendang je kau tapi sebab kau nurse yang baik terus aku matikan hasrat burukku itu. Huhuhu. Dan dalam 15minit baru berjaya masukkan, but still rasa sakit. So,setiap 10-15minit saya tanya kat husband dengan mak, bila boleh masuk OT ni? dah tak tahan ni, sakit pakai tube ni tambah dengan contraction lagi. Dorang pun ikutlah kehendak saya dan tanyalah nurses kat situ banyak-banyak kali jugak. Hehehe. Sampai nurses pun pandang tak best je kat kitorang.
Kebetulan pulak time kat wad sambil menunggu giliran terjumpa Faisal Tehrani, penulis famous yang best itu. Saya dalam sakit-sakit contraction dan sakit sebab urine tube tu sempat jugak memintak FT sign bukunya yang memang sengaja saya bawak sebagai bahan bacaan untuk tujuan bedrest sebelum ni. Dia pun cerita yang datang melawat isterinya bersalin dua hari lepas akibat PP jugak tapi time tu wife dia dah start tumpah darah semangkuk. Haihh scary dengar! Nasiblah wife and anak dia selamat dan sihat je.
Kebetulan lagi satu, kat KOSMO! Jumaat tu ada pulak pull-out section pasal Placenta Previa ni. Terus lagi semangat nak tau tentang komplikasi ni and apa kesan buruknya sebab sebelum ni tak pernah dengar pun pasal benda ni.
Then jam 3.15 or 3.30 petang macamtu nurse pun datang bagitau, its your turn. Phewww. Aik. Patutnya rasa lega coz tadi semangat-semangat nak buang urine tube ni dah habiskan operate cepat-cepat kan? tapi bila nurse dah nak sorong terus jantung ni rasa macam nak meloncat keluar masa tu jugak. Argghhhh! takutnyaaa...Phewww!Dan bila masuk kat area lobi bedah tu, mak ai pun semangat ikut masuk sekali dengan my hubby. Doktor tu terangkan semua kesan dan kemungkinan daripada pembedahan tu, termasuklah kemungkinan untuk tumpah darah, baby tak selamat dan akan selamatkan ibu dulu if ada complications or kemungkinan terjadi problem yang terpaksa doktor buang rahim. Gulp! telan air liur. Saya dan husband mentengok muka masing-masing but kami doakan agar pembedahan ini selamat and i harap hubby time tu akan terus berdoa. Then doktor tu bagi time sikit for any last words. Serius time ni rasa macam nak mati dah. Macam dah takde hari esok dah. Rasa sebak gila time mintak maaf kat mak and husband tapi control je. Muka dua orang kesayangan saya tu pun cuak je tengok, kalau anda cuak saya yang akan dibelah ni apetah lagi? Pheww lagi sekali.
Dan saya pun disorong masuk ke Operation Theatre...
No comments:
Post a Comment