Friday, October 14, 2011

Harits Haidar - About a Week Before Turning ONE!


Lebih kurang seminggu lagi nak cecah usia setahun si hansome kesayangan ku. Yeay! Setakat ni dah keluar enam batang gigi, dua bawah dan empat atas. Lepas dapat gigi ni, ada satu tabiat baru yang dah di develop selain mengigit nens. Tabiat itu adalah tengah-tengah elok merangkak, dia akan tukar posisi kepada meniarap secara tiba-tiba dan terus mengasah gigi atas lantai or karpet or tikar pastu dia bangun balik merangkak macam biasa. Hahaha. Sangat kelakar tapi kalau atas karpet tu tak kelakar la, kotor kot so cepat-cepatlah saya tarik dan dudukkan dia. Phew!

Lagi satu dalam car seat sekarang takde istilah duduk dalam kamus hidupnya. Berdiri je sentiasa ataupun dia akan langkah handbrake tu nak pergi duduk atas lap saya yang tengah drive. Sometimes saya mampu lagi tahan untuk biarkan dia stay dalam tu but bila dah sebelah kaki terkeluar terawang-awang saya pun terpaksalah angkat dia dudukkan atas lap and continue driving. Memang mencabar, salah di sisi undang-undang dan menakutkan but no choice. If i buckle him up mesti dia menangis dengan sangat teruk dan sangat mengasihankan. Saya jadi lemah, tak sampai hati. I wanna raise a healthy and happy baby but dengan keadaan macam ni how la that? Buntu saya fikirkan. Mungkin kena tukar car-seat yang front facing view kot, baru dia akan duduk diam sambil menghayati pemandangan jalan raya yang sesak itu. Haihhhlah anak.

Ok, mari kita sambung balik pasal development progress dia. Sekarang dah pandai sebut nama dia sendiri "Aaaish" yang kedengaran sangat comel! :) Setiap kali dia sebut macam tu, setiap kali tula rasa nak gigit-gigit je pipi dia. Geram. Hihi. Bubbling aka 'bebel' pun dah semakin banyak like "bababa" "mamama". Ringan mulut kata orang-orang tua.

Dah pandai wave bila kita say "bye-bye" and buat style flying kiss tu whenever kita cakap "emmmwahs". Comel dan bijakkkk anak ibu. (Siapa lagi nak puji right?huhu)

Emotional development pun semakin hebat. Pandai main cak-cak dengan kita pastu bila tengok kita gelak dia pun nak gelak sekali walaupun am sure dia tak paham pun apa yang digelakkan tu. Ok, Comel lagi untuk kesekian kalinya. Then adalah bila time Harits buat salah and daddy dia say "Heppp!" sambil buat muka serius terus dia diam tunduk bawah, pastu bila "Heppp!" lagi sekali terus mencebik nangis. Haha. Sensitif jugak si kecik ni, macam ibu dia jugak. Kuat menangis! ;p

Alhamdulillah semua bertambah baik dan bijak, just berjalan je still belum betul-betul ok lagi. Setakat empat lima tapak tu bolehlah but after that terus terduduk. Masih berjalan dengan bantuan dinding atau dipimpin oleh kami. Semoga genap birthday dia setahun nanti dah boleh berjalan dengan sendirinya. Aminnn :)



No comments: