Monday, March 21, 2011

Quality I Adores


Abah dulu kerja kapal, kalau balik rumah pun empat bulan sekali tapi walaupun jarang berjumpa, abah kerap telefon untuk bertanya khabar. Saya ingat dulu masa kecik-kecik time takde telefon rumah lagi, kami tinggal di kawasan kampung di pinggir kota, abah akan telefon rumah jiran sebelah yang rasanya dorang je ada telefon kat kampung time tu. Hehe. Nasib baik sebelah rumah je, jiran tu jerit je sikit panggil mak "Nahhhh, Din telefon!" - mak pun kemain lagi excited, terus tarik tangan kami dan berbondong-bondonglah kami berlari ke rumah jiran tu untuk cakap telefon dengan abah. Seronok je rasa. Tula orang kata, walau jauh di mata tapi dekat di hati. Bonding kami adik beradik dengan abah rasanya sangat strong dan rapat.

Abah berperangai lelaki melayu sejati. Hahaha. Boleh tak kalau cakap macam tu? Gentleman. Sangat berani, kuat semangat dan berjiwa kental. Haruslah kental beb, kalau tak macam mana nak survive kerja atas kapal merantau ke negara asing yang berjenis ragam dan budaya, tak campur lagi dengan gangguan kapal berhantu dan kehidupan 'bebas' di luar negara tu. Mempunyai sifat pelindung dan sangat-sangat bertanggungjawab. Sangat! Walaupun abah anak ke-4 daripada 5 beradik, banyak tanggungjawab yang selama ni dia tanggung. Memang nampak macam dia anak lelaki sulung yang perlu pikul semuanya.

Pastu, yang saya suka tengok selama ni kalau keluar dengan mak, abah mesti nak jalan pegang-pegang tangan. Dah tua-tua pun nak pegang tangan jugak. Romantic kan? Awwwwww...romantik. Abah suka bercerita dan berlawak dengan kami. Kelakar jugak orangnya. Dulu time Akademi Fantasia tengah hot Abah suka tengok, then mesti dia yang akan jadi pengkritik tetap yang komen-komen depan TV tu. Kami pun join sekaki lah mengomen-ngomen. Masa saya sekolah rendah dulu abah suka rekod lagu guna kaset masa dia dalam kapal, tapi bila balik rumah saya mesti akan selalu jadi penghancur kaset 'kompilasi' yang abah buat tu. Saya akan rekod balik suara saya & nyanyi-nyanyi dalam kaset yang abah dah rekod lagu-lagu fevret dia. Hahaha. Pastu abah bising-bising. Geram sangat dia kat saya masa tu.

Tapi abah agak baran dan cepat marah jugak sebenarnya but never once dia pukul kitorang. Mak yang selalu pukul kami, nakal sangat. Siapa suruh? Padan muka. Sehabis kuat pun kalau marah sangat dengan kami, dia akan ketap bibir kuat-kuat sambil 'pinch' manja kat pipi kami, and done. But pernah sekali dia marah sangat dengan edo - my brother. Edo ni suka mengusik adik sampai nangis pastu agaknya abah tengah moody kot time tu, abah tumbuk dinding rumah! then dia keluar. Phewwww! Nasib baik tumbuk dinding je, bukan muka edo. Kecut perut semua tengok.

Ada satu perangai abah yang paling saya respect dan kagumi. Jarang saya dapat ikut iaitu punctual. Abah memang berdisiplin tinggi dan marah sangat kalau kami tak tepati masa. Selalunya memang gagallah tapi bila time berjanji dengan abah haruslah berjaya untuk 'punctual'. Saya ingat lagi masa hari nikah saya dulu. Janji dengan keluarga lelaki pukul 10pagi, keluarga lelaki sampai awal. 9.30 kalau tak silap (kalau salah tolong betulkan ye dd) pastu saya dah siap mekap semua pukul 9.50 macamtu, oklah kan? Just nice. Pastu sibuk nak bergambar pulak. Dah lambat kot tapi nak jugak bergambar kan? So, saya cakaplah kat mak saya "alaaa, takpelah pengantin perempuan lambat sikit, biasalah tu," Then abah terdengar, abah terus marah saya. Dia kata "mana boleh lambat-lambat! Kita dah janji pukul 10 so, before 10 patutnya kita dah sampai. Semua yang nak ikut pergi masjid keluar sekarang" Apalagi, mencicit semua lari keluar naik kete termasuklah saya yang pengantin ni. Huhuhu. Padan muka.

So, saya pasti abah akan rasa ralat dan frust kalau dapat tahu masa majlis pertunangan adik saya sabtu lepas, pakcik-pakcik saya yang telah diamanahkan oleh emak untuk jadi jurucakap wakil keluarga kami lambat sampai. Ada tiga orang semuanya and tiga-tiga lambat, sejam lewat daripada time yang dijanjikan. It's an embarrassmentt to our family actually. Nasib baik ada adik lelaki tunggal saya Edo sebagai penyelamat keadaan plus my hubby and adik ipar saya pun tolong juga coverline.


8 comments:

smms said...

oh so suwit .. adik mu sapae nama yang dah tunang tu ? lupa den .. congrte to her

Zahra Al-Rasyah said...

Asiah nama dia. Nanti nak wat entree untuk dia tapi tade gambor lagi.tapi lagi gambar hatyai pun tak upload lagi kot.hahaha.

JueOny said...

Asiah dah bertunang? Congrats kat dia k. Sikap kedua-dua abah kita sama la especially part puntuality tuh, kjue dulu pernah skali dia dah rem2 bunyi keta coz kami xsiap2 lagi, tinggal nak tekan minyak jer kihkihkih..

Zahra Al-Rasyah said...

Iye dah bertunang, sabtu lepas. sori tak invite kak ju and family.buat kecil-kecilan je pun. nanti kenduri kami ajak semua sekali datang k :)

JueOny said...

Its ok. Anyway bila jangkaan tarikh bersejarah itu nanti? Takleh bayang Edo, Chik & Wan jadik pengantara. Ada pantun2 tak? Hows our Lil Harits doing?

bingbong said...

u r sooo ur daddy's PUNCTUAL princess :p duhh

kakak. i xsempat pantun.cuma sempat jadi tukang catit itu ini :) practice for syasya's engagement juga :p huhu

Zahra Al-Rasyah said...

of coz la princess! (tangan di dada, mata ke atas) camtu kan? hahahaha.

JueOny said...

Yehhh...berjaya gak mempengaruhi adik zahra teknik mendada n mata ke atas. Chik, turn syasya nanti I nak u pantun2 k coz sukala klasik2 nih, I kan jiwa uji rashid n hail amir ;)