Thursday, March 10, 2011

Abahku Sayang :(


Ahad lepas, plan awal nak ke Carrefour untuk memborong MamyPoko Jumbo yang paper iklan murah-murah sangat. Nak borong dalam 2-3 bungkus. Benda tak selalu murah so, beli banyak sekali baru puas hati. Saya dah siap mekap semua, Baby Harits pun dah pakai hensem-hensem, tunggu daddy je siap, tiba-tiba dapat call - Adikku Cyah suruh datang rumah. urgent! nak mintak tolong Hubby bawak abah pergi hospital.

Demam Abah dah tiga hari turun naik-turun naik dan hari Ahad tu adalah paling tinggi iaitu 39.6 celcius kot. Bergegaslah kami terus ke rumah mak. Adik-adik dah siapkan abah dan packing barang-barang dia semua, shoot ke hospital. Sampai hospital je seb
ab abah adalah bed-ridden jadinya cepat jela dorang bawak terus ke kecemasan masuk zon kuning and doktor terus check. Check-up tu siap follow-up dengan x-ray sekali. Rupanya abah demam coz suspek phenumonia - jangkitan kuman pada paru-paru. Sigh. Sigh. Sigh. Kisah stroke masih tak baik lagi, kena pulak phenumonia nih. Macam-macam sakit yang Abah kena tanggung. Kesiannnnn abah :(


Am hoping that abah akan tabah, kuat semangat dan baik cepat, bolehlah cepat-cepat keluar hospital and berehat di rumah.



Di saat entree ini ditulis, abah masih lagi kat hospital. Doktor kata dah ok just nak abeskan ubat antibiotik je. Tapi dah masuk empat hari kat sana. Tak tenang pulak rasa hati nak pergi bercuti. Abahhhhhhhku sayangggggggg...cepatlah baik pleaseeee :(



No comments: