Friday, March 4, 2011

Banyak!

Saya nak update banyak sebenarnya, banyak sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu. So, nak bagi senang saya compress semua cerita yang diperam lebih kurang seminggu ni dalam satu entree. Can arr?

Note: All this are for my own record, sapa yang suka baca silakan and yang tanak baca tu silakan juga jangan baca. Peace!

1. Susu yang saya pumping sekarang ni sudah semakin kurang kuantiti. Dekat dua minggu jugalah simptom ini berlarutan. Dah sangat-sangat kurang stok untuk Baby Harits, pump harinie untuk dia minum esok. Agak stress. Sebabnya stress la kot tapi dah try minum banyak air plus susu and air longan+kurma (seasons) yang hari-hari saya minum. Alhamdulillah berkesan la setakat ni.

2. Saya beli Fish-oil yang orang kata bagus untuk otak baby. Kan saya breastfeed so, aya takut susu saya kurang zat coz semenjak dua menjak ni saya kadang-kadang tak keluar lunch coz takdak masa. Phewww! Pastu saya beli juga vitamin B-complex untuk energy booster. Setakat seminggu ni okla, taklah rasa mengantuk banyak je kat ofis ni.

3. Naik sudah bendera merah pada 26 Februari yang lepas. Selepas setahun tak merasa period pain. Sekarang sudah merasa kembali. Erghhhh! Sakit kot. Nak-nak lagi bila Baby Harits tengah nenen pada hari yang datang banyak gila. Macam rasa kat ari-ari tu kena pulas and ramas je. Phewww!

4. Pada 2 Mac, Rabu lepas Baby Harits telah menjerit-jerit dan mengamuk-ngamuk dalam carseat dia. Ni time ondaway balik ke rumah daripada rumah TokMa dia. Saya terus panik banyak gila. He screams!!! like really screamssss... Macam dah nak terkeluar anak tekak tu sampai terbatuk-batuk. Saya dah mintak daddy dia tolong tenangkan melalui phone but tetap dia tamau bertenang. Apalagi saya pun terpaksalah keluarkan dia daripada carseat and dukung sambil drive, dahlah drive manual. Situasi yang sangat-sangat bahaya ok tapi terpaksa buat. Saya rasa sebab jalan jem gila kot so, Baby Harits dah penat dok dalam tu agaknya. Pastu telah berjanji pada diri yang lepas ni takkan buat macam tu lagi. Boleh sakit jantung dibuatnya.

5. Baby Harits dah pandai sembang banyak dengan daddy dia. Video will be upload soon :)

6. Hubby tolong saya banyak untuk setelkan urusan blacklist PTPTN and dah clear pun nama. SYUKUR Allah and thanks Hubby shayang. Semoga esok dapat buat pasport dengan smoothnya.

7. Tapi cuti taktau lagi approve ka dak. Sigh. Sangat mau pergi holiday dan bergembira bersama ahli keluarga. Saya berdoa banyak-banyak hopefully things will go as planned.

8. Berat badan dan naik banyak iaitu kembali balik ke paras normal iaitu 51kg. But am still consider kurus doe :)

9. Nak kasut baru berbentuk wedges. Nak banyak-banyak. Boleh?

10. Nak belikan Baby Harits teether yang banyak coz dia dah macam sangat pandai mengigit-gigit. Adakah anak ibu nak tumbuh gigi sudah?

Oklah, dah banyak membebel ni. Besok saya cuba untuk upload lagi cerita banyak-banyak ye :)

Bubbye loves! enjoy your weekend. Oh, ya. Malam ini malam minggu jadi Hubby ajak meLanun di uptown. Anyone care to join?

2 comments:

smms said...

sonok nya jalan2 malam mggu .. jeles doe

AmyMizzunderstood said...

Zahra..nak tanya..u ada amik any pil perancang?if ada mind to share...and betul ke masa bf dlm period skt?hukhuk suddenly i tkt..hahaha...fobia masa nk beranak ritu...but i tk period lagi..