Monday, May 24, 2010

Weekend Story Wrap-up!!!

Hi semua!

Soriiii for the late update.

Actually, banyak juga yang jadi weekend lepas. Just me ja yang tak sempat or malas nak update. Huhuhu.

Firstly, Alhamdulillah. BIL+SIL and their two lil' princess dah selamat sampai ke bumi Malaysia tanah tumpahnya negaraku pada Jumaat malam Sabtu yang lepas. Syukurlah semuanya selamat. Souvenir yang dibawa pulang bersama kaler merah merona di pipi anaknya yang bungsu adalah sangat banyak dan menggembirakan hati. Me and Hubby dapat baju sorang sehelai, pastu coklat and fridge magnet yang comel-comel belaka (suka sangat!!) parfume for each of us (tapi hubby dapat yang 50ml punya. Huh. Jeles ok ;p) and yang paling best adalah baju short sleeve jumper for our baby-baby. First baby stuff yang kami miliki. Suka gila! Ada lima helai jumper dalam satu bungkus and me bagi kat my sis s2 helai untuk baby dia jugak :)

Besoknya, iaitu sabtu kami pergi ke rumah my BFF yang anaknya sakit itu. Sangat kasihan akan anaknya, lepas muntah-muntah kena cerry-berry pula. Lembik dan budak tu dan asyik merengek saja. Aku faham, baby baru 6bulan kot. Kesian gila. Tapi sesungguhnya beliau penyabar betul orangnya tapi aku nampak la muka dia yang sangat risau tu. Aku tak mampu nak buat apa-apa bila anaknya nangis-nangis. Apa yang aku terdaya buat hanyalah doa agar anak dia cepat sembuh. Dan mengikut blog beliau yang sempat di baca tadi anaknya dah macam ok sikit. InsyAllah. Lepas ni akan terus ok sampai bila-bila. Aminnn.

Oh, ya. Kami juga sempat tonton filem 'Belukar'. Mahu suggest pada semua untuk tengok dan hayati filem itu betul-betul. Memang best sebab boleh tengok sambil berfikir-fikir. Jarang ada filem Melayu-Indie yang jenis macam ni kan? Salute jugalah dengan director, pelakon and semua yang bikin filem itu sampai jagdi best!

Sunday pula adalah hari kami bangun awal dan mengemas rumah. Wow! dan lepas itu kami lunch di luar. Malamnya Hubby pergi menjadi Lee Chong Wei bersama rakan-rakannya. Aku macam biasa. Tidur awal sebab esok kerja. Huhuhu. Sorhi shayang tak tunggu kamu balik malam tadi.




No comments: