Friday, May 21, 2010

Kerisauan Melanda


Tadi mendapat satu petua berkenaan makanan tapi agak menakutkan sebabnya saya dah termakan macam banyak jugak sebelum ni. OMG! Sangat takut. Harap-harap tidaklah memberi kesan yang buruk kepada baby-baby dalam tummy nih :(

Petua ini dikongsi oleh seorang rakan pejabat yang telah diberikan oleh Doktor Pakar di Hospital Pantai, tempat beliau check-up dan bersalin dahulu. Doktor tu kata, jika dalam 1st trimester ibu-ibu mengandung tak digalakkan untuk makan makanan laut terutamanya yang bercengkerang atau berbentuk kerang-kerangan sebab binatang-binatang ini makan benda yang tidak sihat dan sometimes beracun dan amat mudah untuk membagikan kesan negatif pada baby dalam perut ni. Alamak. yeke? Sebelum ni doktor or nurse kat klinik kerajaan tempat saya selalu check-up tu tak bagitau pun pasal benda ni. Then kakak tu cakap memang tak semua doktor akan cerita semua benda-benda ni.

Gosh! terus kecut perut saya dengar. Teringat masa makan banyak gila pepahat dan lala di Bagan Lalang tempoh hari. Masa tu baru beberapa minggu ja. (Mungkin baby takleh terima seafood tu semua sebab lepas makan-makan tu saya muntah yang banyak. Mintak-mintaklah anggapan saya ni betul). Then, giat pula tekak saya nak makan rendang kerang semua bagai masa time breakfast. Kalau boleh seminggu sekali pasti akan tapao nasi goreng berlauk kerang. Huk. Sangat risau. Ya Allah, peliharalah anakku selama ia di dalam kandungan dan sembuhkanlah dia. Semoga baby-baby dalam perut saya ni kuat menentang segala bentuk racun ataupun penyakit yang dibawa oleh binatang bercengkerang tersebut (jika betul-betul terjadilah). Oh! harapnya tidaklah. Huk.

Lepas ni akan banned segala makanan berbentuk cengkerang biarpun dah lepas 1st trimester. Sangat takut okeh. Semuanya demimu baby-baby and Ibu dont care if ibu terpaksa tahan gigit jari-meleleh air liur sekalipun!!!



No comments: