Thursday, May 20, 2010

Kisah-Kisah Yang Membantu Menambahkan Rasa Mual. TQ Sangat!


Me still in nausea mode. Tadi lepas muntah-muntah rehat jap then keluar pergi tapao. Tatau nak makan apa sebenarnya. Last-last berenti dekat 'daily fresh' and beli waffle choc+stoberi plus kiwi juice. Harapannya agar dapat hilangkan mual lepas makan dengan minum kiwi juice yang masam-masam tu tetapi harapan tinggal harapan sajalah. Perut still menggelodak tanpa henti. Hubby pulak at IKEA sekarang with his frens. Dia musti tengah sedap-sedap makan meatballs sambil happily gossip. Ok. saya jeles banyak. Huh. Takpa-takpa, nasib baiklah dia kata dah makan kan for me and baby-baby sekali.

Dan saya dah berazam mulai hari ini entree saya akan banned kata ganti nama 'aku' dan akan menggunakan kata ganti nama 'SAYA' sahaja. Ianya lebih bersopan santun bukan? Nanti baby-baby yang lahir pun akan berkata seperti sopan-santun jua macam ibu dia kan? Yeay! *gembira*

Tapi walaupun bersopan saya tetap juga nak mengatakan sesuatu yang dah lama terbuku di hati saya. Ia hal yang berlaku di opis saya. Dah lah saya tengah dalam keadaan mual-mabuk ni, pastu hal-hal yang jadi kat opis ni buat saya jadi bertambah-tambah mual. TQ korang! Tak habis-habis dengan 'office-affair'.

Kisah pertama. Yang laki orang sorang ni, tak cukup bini seorang dengan anak dah enam, nak jugak bercinta dengan office-mate. Hari-hari berdating kat tempat girlfren dia. Dua-dua bekas budak sekolah agama and Universiti Islam kot. Hummm... Entahlah apa nak jadi pun tatau.

Kisah kedua. Ada yang sorang perempuan ni dah ada boyfriend pun nak jugak ada feeling-feeling dengan sorang mamat ni. Mamat tu mudah lima tahun kot dari dia and yang perempuan tu pergi umrah dah berkali-kali. Minah ni dengan bangganya kata mamat tu 'kekasih separuh masa' dia. Apa nak jadi? (sambil nyanyi lagu SM Salim.huhu)

Siap pelakon-pelakon kisah pertama & kedua ni buat drama bagai kat ofiice. Drama jelous la, merajuk la, bad-mood la. Haih. Apa-apalah, Sangat membuatkan rasa nak muntah dengan kisah-kisah affair yang memualkan ini.

Tapi saya sedar, saya pun bukanlah baik sangat nak pergi tegur mereka, cuma protes dalam hati sajalah dan berdoa agar mereka cepat-cepat tersedar dan berpijak di bumi yang nyata. Ya Allah, minta dijauhkan diri saya, suami dan semua kesayangan saya daripada terjebak dengan perkara-perkara begitu. Takut sangat-sangat! :(

Oklah dah penat tulis. Saya nak sambung layan blog seorang ibu comel ni. Terhibur jugak hati rasanya and its way better than dengar dan tonton 'drama-sebabak' mereka yang tak sedar diri itu.

Bye sweetiesss dan jangan nakal-nakal nak beraffair pulak ye! ;)



No comments: