Thursday, May 20, 2010

The Baby-Bump Curiosity



I still in my first trimester but dah 11weeks already. Syukur. Setakat ni muntah-muntah semua dah tade kecuali hari Isnin lepas. tatau la kenapa tiba-tiba ja dalam pukul 12.30 before lunchtime tu boleh pulak i muntah. Teruslah badan jadi lemah longlai dan tak jadi turun lunch. Rest ja kat opis pastu masuk surau tido and pukul 3pm baru tergagau-gagau kelaparan dan bergegas turun tapao nasi. Huhu.

Just yang menjadi kepelikkan/ persoalan sekarang adalah 'my baby-bump' yang cepat sangat nampak jelasnya. Semua pun macam tegur, eh dah nampak la perut dia. Rasa curious jugak sebab setakat ni tak pernah di scan lagi plus pengiraan LMP (Last Menstrual Period) tu tak semestinya tepat, memandangkan period saya adalah kurang stabil pusingannya. Manalah tau, sebenarnya dah banyak bulan ke saya membawakan benih cinta kami? ataupun dah termengandung sepasang kembar ke? Oh, so the comel kalau dapat twins... My sis kata ultrasound scan la yang paling tepat untuk tentukan umur sebenar bayi kita dalam perut nih. So, sekarang tengah dok counting days...bilakah mahu balik Aostaq sebab plan kami mahu buat scan kat sana sempena balik kampung Hubby. Haih. Cepatlah hari-hari ni berlalu, i tak sabar nak 'tengok' baby-baby tau.


No comments: