Thursday, August 2, 2012

40 Weeks and counting..


Salam semua.

Hari ini adalah hari EDD saya yang dijangkakan oleh doktor. So, pagi tadi pergi follow-up check-up kat Hospital Putrajaya untuk tengok progress baby. Syukurlah semua nampak molek-molek saja. Berat ibu 67.1kg sudah, iaitu pertambahan sebanyak 1kg++ from last two weeks check-up, berat baby pun sangat ok, progressing nampaknya. Doktor scan 2.7kg or maybe akan mececah 3kg if overdue lagi by next week. Kedudukan uri ok, air ketuban pun masih mencukupi. Alhamdulillah, ok je semua. Bila doktor tanya ada sakit-sakit tak? I jawab tak ada pun yang kuat, setakat mild contraction tu adalah. So, doktor pun rilek je takde pun effort nak check jalan ke, bukaan ke what so ever. So, i pun rilek-rilek jugalah. Hahahaha.

Cuma doktor bagi satu tips induce secara alami adalah untuk kerap bersama suami disebabkan oleh air mani suami yang ada apatah benda tu pitosin ke hapa. Saya pun kurang pasti terms perubatan tu. Wahhhh... sangat straight forward doktor ini memberi tips. Saya kagum. Hihihi. Dan saya jawab "baiklahhhh doktor," sambil tersenyum membuat muka malu-malu kucing kononnya. Kahkahkah. Sudah, sila berenti ketawa! jangan melebih-lebih pula ye, kita semua tengah puasa ni. Behave please! ;p

After that, doktor bagi tarikh check-in ward untuk di induce oleh obat doktor iaitu pada 9 Ogos 2012. Kalau boleh saya tanaklah induce. Doktor pun terangkan prosedur & risiko kalau kena induce. Saya akan di induce 2kali iaitu sehari sekali sahaja sebabkan previous scar yang diorang tak boleh nak paksa-paksa sangat contraction tu. Pastu kalau untuk kali ke-2 dalam masa 6jam progress bukaan sangat slow, doktor akan anggap FAIL dan bersedialah saya untuk disorong ke dewan bedah sebab doktor tanak risiko rahim pecah atauoun fetal distress iaitu bayi lemas dalam perut (contraction yang kuat tapi bukaan slow akan mengurangkan oksigen ke otak bayi sebab itulah ada risiko bayi lemas dalam perut).

Jadinya adikbaby, please jangan over sangat nak duduk dalam perut ibu ni lama-lama ye walaupun ibu tau, dalam ni sangat warm and cosy. Ibu tanak merisikokan kita berdua sayang. Kalau boleh biarlah kesakitan tu datang secara alami. InsyAllah.

That's all for today tapi buat masa sekarang ni dah start rasa contraction yang agak kuat 3-4 kali dalam masa setengah jam. Apakah akan bersalin malam ini? Hal itu saya tidak pasti, marilah kita berdoa banyak-banyak dan berserah padaNYA.







6 comments:

nihadriz said...

pasal petua tu, i pun buat hahahaaaa~


owh about contractions tu, i had to withstand sakit yang amat tp tak fully dilate for 10 hours. bayangkan. alhamdulillah Amna sihat je. takut jugak bila doc cakap macamtu kan. tapi i tak induce. minum air zam-zam selusuh saje.

semoga selamat semuanya ye iema. i tak sempat nak pegi ur house sebab lately husband keje, lepastu skrg dia offshore jd tinggal berdua saje kat rumah dengan Amna. wuhuhuh!

Aishah Rahim said...

KAHKAHKAHKAH!

Kita pon masa overdue haritu, nurse cakap benda yang sama. Malu I tau! Tak berlapik langsung!

Echeh. :P

Good luck babe, I know you can do it! :)

Zahra Al-Rasyah said...

Niha: Betul berkesan ke petua tu? Hehehe.
Nway, nanti dah bersalin u dtg la melawat i pantang sini je. Just 3 hari sebelum raya nanti je balik kampung suami kat Kedah.

Zahra Al-Rasyah said...

Aishah. Memang eh petua doktor/ nurses yang itu? Hehe. Agak2 berkesan tak? Kalau berkesan tu. Abeslahhh suami kita ;p

nway, thanks for ur doa. Skrg hari2 practise tips hypnobreathing yang awak ajar kat blog tu. Hopefully masa betul2 sakit nanti kita tak lupalah nak apply ;)

nihadriz said...

i kan patutnya due 9 feb. hasil petua tu, bersalin 4 feb. hahahahahaaaaa~

Zahra Al-Rasyah said...

ohh..Hahaha. Berkesanlah kan insyAllah. Mana2 yang boleh cuba kita cubalah kan asalkan tak memudaratkan :)