Wednesday, August 8, 2012

40 Weeks and 5 Days - A Bloody Show


Nak update sikit selagi masih berdaya nak update. Gigih betul ko kan? Hahaha. Maybe lepas ni , takut terbusy sampai 3 bulan lagi. So, there will be a longgg hiatus for this blog. But maybe la kan...We'll see how busy i am. Hehehehe.

Tadi jam 4petang start regular contraction for every 20minutes, then pada jam 5.45pm masa mandikan Abang Aishaidar terasa something keluar macam discharge tapi hati punya instinct lain macam je, biarkan si abang tu kejap berendam dalam baldi pastu terus p check. Tengok-tengok ada bloody show, then it  continue with contraction. Bagitau mertua, ada darah keluar sikit bercampur lendir gitu pastu dia pun kata u better pegi bersiap untuk ke hospital and dia take over mandikan si abang itu. But before bersiap wassap hubby dulu suruh dia balik sekarang sebab dah ada bleeding sikit. (Ok, jap nak amik napas coz contraction datang balik). Ok, sambung... Naik atas, call mak dulu (mak suruh berbuka, takut terbersalin malam ni nanti takde energy pula) then terus mandi, tukar baju pakai pad & siapkan semua yang patut then minum air zamzam sikit untuk penawar dengan izin Allah.

Turun bawah sambung makan kurma and minum susu segelas pastu timing contraction sambil layan si Abang tecik tu nak tengok Pororo kat Youtube dan mama mertua pun dah siap-siap masak nasi pula untuk saya makan plus ketiau Bandung. Thanks so much mama! Sebenarnya masak tu pun untuk diorang berbuka, so alang-alang siapkanlah sekali untuk saya makan kan. Hehe. Hubby pulak still stuck dalam jammy kat LDP nun. Kesian hubby, mesti masatu jantung dia kalut gila dupdapdupdap je dan bebai gila dengan jammy. Huhuhu. Tapi dia sampai pun taklah lambat sangat iaitu dalam jam 6.30 kot. Saya bertenang-tenang jela makan nasi.

Then around 7pm, kami shoot ke Hospital. Dekat je pun hospital dengan rumah. Thank God. Dah sampai macam biasa kena interview sambil tahan sakit contraction and then terus masuk bilik saringan untuk check contraction, masa tu result 10minit sekali & bila buat VE, bukaan hanyalah 1cm sahaja.

Makanya, doktor bagi balik rumah dulu. Alahai..bikin suspen ye tak? Takpelah, better check daripada panik sesaja kat rumah. 

But after that tak balik rumah pun, me and hubby terus ke Alamanda untuk cari baju raya for adik baby & seluar jeans raya untuk Abang Aishaidar.. Salah satu sebab pergi sana pun nak bagi senang bersalin kalau berjalan banyak ye tak? Akhirnya, dapat jugak jeans yang hemsem untuk Abang & Dress comel kaler turqoise green untuk si Adik Baby for this raya. Yeay! Am a very happy preggy mommy! 

Tapi kan sebenarnya ada benda lain yang best jadi kat Rasa Foodcourt Alamanda. Tekak ni tiba-tiba teringin nak Coconut Milkshake pastu pegi kat kaunter air tu & order jela, but adik tu bagitau actually dah nak tutup, tengah kemas-kemas ni. But maybe dia tengokkan perut yang sarat memboyot ni, terus dia pun buatkan jugak air tu untuk ahkak. Bila nak bayar, dia kata apatau? "Takpelah kak, tayah. Mesin kira ni pun dah tutup. Akak kirim salam je kat baby dalam perut tu bila dah keluar nanti ye". And i was like, "Really?" WOW! Bestnya... Saya dapat free je air tu. Syukurlah, murah rezeki adik baby & semoga murah juga rezeki adik tukang buat air tu.

Sekarang saya masih online di rumah sebab doktor kata if lepas ni rasa sakit makin kuat or ada terjadi water breaking barulah SEGERA ke hospital. Doktor pun nak saya sakit naturally without any induction ke apa ke. Thank you doctor!

Oh ya, bilik untuk saya berpantang pun dah siap Isnin lepas. hasil kerja hubby & mama mertua. Manusia paling excited tentulah si Abang tecik tu. Dia punyalah excited siap baring-baring nak minum susu dalam playpen tu (playpen ni actually recycle dia punya jugak) and panjat sana sini macam 'terujanya saya ada benda baru dalam bilik ni!!!'





Now saya nak try tido. Semoga ada energy yang cukup & boleh bersalin esok dengan tenangnya. InsyAllah :)


3 comments:

misha.w said...

ya allah! u dah nak bersalin! nerbesnyaaaa i!!!!

apa2pon, all the best babe. i doakan u & adik baby selamat semuanya. insyaallah..hugsssss**

nihadriz said...

dear, kalau dah ada bloody show mmg dah tak boleh solat dah. kira proses kelahiran dah start. i haritu bila start bloody show morning mmg tak solat dah.

semoga selamat ye darling! keep updated! nanti i org ketama nak datang tengok adik baby! :D

aThidEaN said...

go go go..u can do it.