Hi semua.
Salam Ramadhan. Hehe. Dah masuk 10 Ramadhan kot, baru terhegeh-hegeh nak beri salam di sini.
Lama jugak saya menyepi kan? Mesti ada yang ingat saya dah selamat mengulit newborn si adikbaby tapi sebenarnya tidak lagi. Yes, tidaklah. Saya masih lagi mengandungi adikbaby nih. Hehehehe. Sangat busy kat rumah ni melayan the one and only toddler in the house (for now) iaitu abang kecik Harits Haidar. Nak update belog ni pun tak sempat coz dia je conquer lappy. Then bila dia tido saya pun join sekali then gimana sih? Hihi.
Now dah 39 weeks & 5 days. Cuma ada beberapa kali saja insiden contraction yang kuat dalam masa seminggu dua ni but other than that tak ada apa2 tanda pun untuk bersalin lagi.
Cumanya dua minggu lepas adalah Tokwan saya tolong tengokkan perut dengan cara titik olive oil kat area garisan hitam tengah2 perut tu & katanya dalam seminggu or seminggu lebih lagi akan bersalin tapi ni dah nak masuk 2minggu tak bersalin pun lagi. Apecer nenekku? Hahaha. so, now dah malas pikir teruk-teruk pasal bilakah adik baby nak kuar.
I just wanna go with the flow. Follow HIS Almighty's will and plan. Kalau kata DIA akan bersalin esok makanya esoklah jika tidak, bawak ke nextweek ke maka overduelah saya. Yang paling penting proses bersalin dipermudahkan untuk saya bersalin normal (VBAC) dan tiada sebarang komplikasi yang serius. Kalau boleh nak try natural birth guna hypnobreathing technique tu tapi tataula, kita hanya merancang tapi dia yang menentukan. Kan?
Adikbaby pun syok agaknya dok dalam perut ibu nih, cozy sangat gamaknya. Pastu mak saya cakap, biasalah anak perempuan kan? So, dia nak get ready la bercantik-cantik dulu dalam peruts ni sebelum keluar menjumpai semua orang. Hahaha. This is funny kan? Terngiang-ngiang je selalu ayat ni. Macam-macam la mak ni ;p
Okaylah, saya dah rasa sakit pinggang duduk lama-lama, nak menjoin Harits Haidar yang tengah tok syok tido tu.
But ada sikit pertolongan dipinta sempena bulan penuh barakah ini. Could u all please...
Please...
Please...
Please...
Doakan saya selamat melahirkan & adikbaby selamat dilahirkan secara normal ye.
Terima kasih, Saayanggg semua!
TTFN! umur panjang kita sembang sini lagi.
2 comments:
insyaallah, jap lg bersalin je tu. hihihi :P
Hhaha...tapi masih belum pun uolss :)
Post a Comment