Tuesday, November 29, 2011

Erti Sebuah Kehilangan



Tajuk sadis macam cerita Cerekarama yang tayang setiap malam Sabtu je. huhu. Tapi betul kot, bila dah hilang baru tahu ertinya kan? kan? Huk. Sadis :(


Sapa-sapa follow saya kat Twitter tentu dah sedia maklum pasal kehilangan ni (cehhh...bajet followers kau ramai sampai juta2? nak bagitau followers sangat? Dusyummm! Tumbuk lengan sendiri. Hahaha)


Al-kisah, Sabtu lepas ada event di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan. (Terminal bas baru yang nak ke Selatan tula). So, kalau bus station utama pasti dah tau kan tempat tu adalah suatu kawasan yang mempunyai crowd yang maha crowded kan? Baik, sila berenti exeggerated sekarang, karang tak pasal-pasal kena kecam macam HJ nanti. hahaha. Ampun HJ :) but i'll never kecam you ok? Peace no war & i love your writings! :)

Tempat yang penuh sesak ramai orang tu disesakkan lagi dengan event 'Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita' yang dianjurkan oleh Kementerian yang saya kerja itu. Memang padat ok, toilet pun berpusu-pusu orang masuk nak guna. Dan entah kenapa, hari itu saya sangat seronok berulang-alik ke tandas. Pundi kencing ini seakan tidak mahu beri peluang, mentang-mentang lokasi tandas kat belakang booth sahaja dan kondisi toilet pun bersih jugak, jadinya dalam masa 6jam di sana, saya sudah berjaya kuar-masuk tandas sebanyak lima kali.


Nak dijadikan cerita, kali ketiga saya gunakan tandas itu adalah yang paling ironi sebab one of my friend tertinggal handphone dia in one of the toilet, but lepas guna dia terus pergi basuh tangan dulu then tiba-tiba dia teringat, "Alah, handphone, terlupa pula" teruslah dia pergi ketuk balik kat pintu tu and tunggu depan pintu tu sampai orang yang tengah guna tu keluar. Saya yang masa tu tengah beratur kat toilet sebelah cakaplah macam ni " ishh...bahaya betul!,"

Lepas tu, kali ke-empat saya masuk tandas, masuk dengan tenang sambil teringat insiden kawan yang tertinggal phone tu, jadi alert sangat.


Tetapi kali yang ke-lima saya tengah kalut time tu, masuk pulak toilet yang kena squat. Maka, dengan automatik saya terus letak phone saya atas para belakang toilet tu dan mencangkung. Lega sudah terus keluar dan tidak fikir untuk ingat apa-apapun, lagi-lagi masa tu tengah kalut, orang dah ramai sampai and VVIP pun dah nak tiba. Sampai-sampai saja kat booth my big bos pulak panggil, dah settle report kat dia, dalam masa 5minit macamtu je kot. Teringat balik dan terus kembali ke toilet itu, tengok-tengok dah tak ada. Gone! :'(


Erghhh...perasaan masa tu sangat pedih. Rasa menggigil seluruh badan, kecut perut semua siap. Sambil type entree ni sekarang pun masih rasa lagi macam aritue. Sedih tak boleh nak cakap. Dahlah itu phone yang Hubby bagi sempena Birthday + Anniversary ke-3 tahun bulan Oktober aritue, baru sebulan lebih je pakai kot. Alaaaahaiii, kalau tak pikir orang ramai masa tu dah lama dah saya melalak kat dalam toilet tu jugak. Tapi saya kuatkan hati, terus ke information kaunter tanya pastu bila diorang dah kata tak ada saya mintak tolong kawan, pinjam phone dia untuk call. Dapat. Tapi lepas dah lebih 10 kali ringing and tak berangkat, saya stop and try sms (buat ayat merayu-rayu), after sent saya try call balik, time tu dah Innalillah dah phone itu. Off terus. Saya terkaku jap, panik. Tak boleh nak berfikir, rasa nak menangis je time tu. Then saya pergi lagi ke information counter but the answer is still same. Kecewa sungguh rasanya, takpelah. Then saya terus call Maxis untuk report and block my number, pastu call husband. Sedihhh... Hubby just cakap, "Laa, dah tertinggal dalam toilet memanglah hilang but takpelah nak buat macamana, dah takde rezeki," Then discuss nak jumpa kat mana lepas abes event incase tak jumpa public phone. Nasib petang tu husband stay kat rumah mak saya je lepas buat akupuntur untuk Abah.

But after that call saya kalut balik, tak sempat nak berdramaswasta lama-lama. Bertenang dan cuba bekerja seperti biasa. Orang pun tak perasan yang perasaan saya masa tu tengah berkecamuk. Erghhh! But lepas habis majlis saya tak tunggu lama, terus chow la. Nak balik rumah peluk anak untuk ubat tenang and mintak maaf pada husband sebab hilangkan hadiah pemberiannya.

Anyway, moral of the story untuk korang dan juga saya is... Please be alert! Setiap kali lepas guna toilet especially public toilet make sure tengok balik ke belakang, mana tau ada terlupa apa-apa kat belakang, pastu kalut macam mana pun make sure cuci tangan lepas ke tandas. Ia baik untuk kesihatan diri dan anda juga takkan rugi. Sebab time basuh tangan tu atleast ada masa untuk realize if kita ada tertinggal something dalam tu kan?



So, RIP my Curvy BaBy. Walaupun i dah replace dengan Curvy yang sama but the feelings will not be the same. I'm gonna miss you BaBy, semoga tuan barumu yang berhati busuk itu tidak mensia-siakan kehidupanmu sesuka hatinya. Eggghhh! Sedih dan pedih :(




4 comments:

smms said...

ala sian. xpe next year minta hadiah baru pula.

Hannah Johary said...

Hahaha tergelak I tang you start exaggerating and sebut nama I pulak! :D

I pernah kena macam ni, tapi bukan tertinggal, terus poof jatuh masuk toilet bowl. Toilet cangkung juga. Sekarang ini taubat tak letak handphone dalam kocek lagi.

Gantung kat belakang pintu toilet lebih selamat, sebab kita pandang pintu tu. This is what I do now. Hehe.

Takpe hilang BB boleh mintak iPhone pulak. :P

Zahra Al-Rasyah said...

Hehehe. Tumpang lalu Hannah ;p

Tula, sebab takut termasuk dalam toilet bowl tu yang i letak atas para kat belakang toilet tu. Haih. Terlupa pulak akhirnya. But will try your tips and nextime kena bawak small sling bag whenever i have event like this or gantung je phone kat leher kan?hehe. thanks babe! :)

Zahra Al-Rasyah said...

Srie!! boleh tak comment you masuk dalam spam foder? suka2 je blogger ni classified your comment as spam. Rasa pelik sebab BFF ku ini tak comment, nasib baik aku check. Huhu. but next year tak boleh mintak hadiah berupa gadgetlah, nanti hilang lagi :(