Memandangkan breakfast untuk kami belum ready lagi, so kami pun decide untuk berposing dulu di poolside. Biasalah kan? Posing...posing dan posing sampai lebam bila dah jumpa budak-budak ni berkumpul sesama.
Lepas penat posing and breakfast yang disediakan oleh Resort pun dah ready, maka teruskan ke agenda mengisi perut. Yeay! Simple je menu yang ada pagi tu iaitu Nasi Lemak, Mi Goreng dan Roti with Kaya/ Majerin sapu sendiri. Huhuhu. Bolehlah daripada takde. Alhamdulillah, kenyang jugak perut walau simple-simple pun :)
Pastu sesi gulung kertas untuk majlis tukar-tukar hadiah. Anak itu sibuk juga bermain polisterine cup. Huhuhu. Sukati awaklah sayang, asalkan awak happy.
Then, siap ada sesi potong kek lagi yang kek berperisa Carrot with Cream Cheese Topping. Ia di bawa khas oleh my BFF juga iaitu miss Linda Lum. Ehehe.
Settle breakfast, kami menuju ke pantai untuk agenda seterusnya. Off to the beach! To the beach! Sampai je kat beach dah siap bentang tikar bagai, ai pun mengeluarkan khazanah lama iaitu album yang telah simpan banyak kenangan sewaktu semua masih berupa busuk dan innoncent zaman sekolah dulukala. Heh. Apelagi BFF semua ketawa terbahak-bahak sambil mengelakkan antara satu sama lain dengan gembiranya hati mereka. Tengok jela gambar di bawah sebagai bukti gelak sakan tu :D
Dorang gelak bukan main tapi ai rilek saja lalu berposing lagi dan membiarkan anak disebelah membuat aktiviti sendiri iaitu cuba membuka plastik Chezzel tapi percubaan si tecik itu tidak menjadi. Hahaha. Padan muka dia ;p
Lepas kawan-kawan yang tersayang selesai bergelak ketawa dengan dasyatnya dan telah kembali sedar, terus dorang nak berposing lagi sekali dan ai mengambil kesempatan untuk berlagak model dengan mengepak pinggang 90darjah. Pastu nampak tak sewaktu ibunya sibuk posing, sekali lagi si tecik ini membuat percubaan untuk membuka can Pringles pulak? Dan maaf percubaannya itu gagal lagi. Muahaha. Sorry baby, kamu belum boleh makan jajan lagi ok ;)
Next agenda is 'walk the blind' game. Peraturan game ni Husband lead the wife yang ditutup matanya, pastu wifey kena dengar arahan from husband, pastu ada objek-objek menghalang laluan sambil kawan-kawan menjadi anasir jahat yang menggangu the whole process. Objektif game ni nak tengok macamana ketua lead anak buah & anak buah tak boleh ingkar arahan ketua untuk sampai dengan selamat tanpa terpijak mana-mana objek but dalam masa yang sama ada noise and gangguan lain. Macam tula juga boleh diibaratkan dengan rumah tangga ye kawan-kawan :)
Tapi tak acilah kalau dah letak pelampung as halangan, gila besar. Dengki ok korang kat ai. Hahaha. Selipar and botol kosong pun dah cukup mencabar kot. Huhuhu.
Oh, pada waktu ibu & daddy bermain dengan gembira, Harits di jaga oleh si cantik ni. Dia masih single and available. Siapa mahu mintak borang boleh jumpa saya sekali dengan komisyen okayyy? Hihihi (iklan lagi) Harits pun senyap je duduk kat auntie ni sambil buat muka cuak risaukan ibu yang ditutup matanya itu ;p
Dah abes semua pasangan main. Satu game je main pun sebab masa tak banyak dah, mentari semakin membakar dan semua takut kulit jadi hitam. So, teruskan dengan sesi menukar hadiah. Yeay! Ai dapat bowl Ikea yang cantik molek daripada Miss Lienda Lum (dia pun masih single but not really available - iklan lagi). Sesi tayang hadiah memasing kepada umum. Huhuhu.
Dan wajib juga posing ini iaitu melompat bintang gedik santai uolss! Pastu ada budak kecik tengok pelik, kenapalah macik-macik ni semua tergedik-gedik lompat ni? Hahaha.
Last but not least the Husband. Errr...excuse my husband yang sedang membuat aksi gagah di situ, dia memang suka posing over-over macamtu (ehehe, but i love you shayang. Ampunnnn!)
Dah settle aktiviti gedik santai di pantai, kami pun check-out dan terus bertolak ke Bandar Hilir untuk mencari makan tengah hari. Sekali lagi Hubby ku sayang ditugaskan untuk lead the way. memang orang harapan la dia ni. Hihi. Love u lagi banyak!
And bawah ni gambar last kami together forever lepas makan and before the journey ends. Kami balik rumah terus but ada BFF yang lain jalan-jalan kat Bandar Hilir sambung posing lagi. Manakala Srie terus shoot ke JB rumah kakaknya.
Last but not least, BFF vacation merangkap family day ni akan terus diingat sampai bila-bila, InsyAllah sebab ini adalah antara kenangan paling manis dalam sejarah persahabatan kita. Tak sangka langsung persahabatan kita masih bertahan selama 16 tahun ini. Ups and downs pun sama-sama kan? Tidak kira masa dan ketika. Hoping for more years to come and another vacation together ye sayangs? I love all of you. Big Hugs yang ketat-ketat!
1 comment:
love u too. emuah
Post a Comment