Wednesday, November 23, 2011

Harits Haidar - Thirteen Month



Hi hello! Eh, As-salam...



Hari ini saya, Muhammad Harits Haidar akan hijack page ibu. Ibu tak sempat nak update semalam, dia busy. Huh. Busy je keja ibu saya. Memang tau. Nak bagi tau ni, saya sudahpun mencapai usia 13 bulan semalam. Alhamdulillah, ibu & daddy doa banyak-banyak pada saya semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmatiNya. Thanks ibu! Thanks daddy!

Semakin hari saya semakin pandai menunjukkan kebijakkan, 'banyak akai', adorable and i'm a fast learner. Hehe. But sometimes my perangai yang 'banyak akai' tu had make daddy became rasaksa and ibu menjadi mummy monster. Hoho. Actually, banyaklah perkembangan terbaru saya yang membuatkan ibu & daddy tukar status kat mySpace (if dorang masih ada lagi account ni) as proud parent. Hahaha. (Masih ingatkah aunties & uncle pada MySpace itu? huhu.) Apa-apapun, my parents ni suka je nak rasa amazing. Pastu setiap kali saya buat benda baru semua nak excited. But tula, Mak Bapak manalah yang tak rasa amaze dengan baby sendiri kan? ^_^



Meh sini saya nak story sikit. Time birthday saya pada 22 Okt 2011 yang lalu, saya dah mula bertapak lebih daripada 7langkah and the next one week terus saya lupa untuk merangkak dan berjalan je keje saya, mengukur rumah dari pintu ke pintu. Hoho. Kalau jatuh pun no hal punya. Saya akan bangun balik and sambung jalan balik. Saya kan ' Yang Kuat Berusaha' - Maksud nama Harits. Huhu.




Saya suka memanjat and am good at it. Provided that ibu tolong ampu bontot sayalah time memanjat tu. Saya suka panjat grill tingkap rumah saya dan grill pintu kat rumah TokMa. Worry not, tangan dan kaki saya sangat kuat dan sync juga bila waktu memanjat tu. Eh, badan ibu and daddy pun saya suka panjat juga selain dari grill dan sofa dan katil.



Bab makan saya paling suka. Sekarang prefer untuk makan & suap sendiri. Orang dah besar okay, apa barang ibu suapkan? kan? Huhuhu. Tapi bila saya dah start menyuap tu bukan ke mulut la perginya, sometimes ke telinga, lutut, kaki, kepala dan lantailah of course. Tapi request saya ni hanya dilayan masa kat rumah saya jela. Kalau kat rumah Tok Ma saya akan disuap oleh bibik sama-sama dengan cousin saya Cik Kinah. Boringggg!



Saya dah boleh sebut Abah (tapi daddy selalu betulkan - dia cakap "bukan abah but daddy") Bila sebut Daddy pulak saya akan tersebut "addy" Haha. Kalau ibu saya akan sebut "ibba" or "ibbi". Comel kan saya? huhu. Pastu saya dah boleh sebut nenen kalau nak nenen, mamam bila nampak ibu or daddy or orang lain tengah mamam. Another few words yang saya boleh sebut adalah nak, ba=ball, aaish, ai-yer = air (tapi daddy ajar saya sebut Ayaq... ibu cakap salah ar. Dah dorang pulak yang gaduh. Huhuhu)



Did i mention that i'm a strong and hansome boy? Huhuhu. Masuk bakul angkat sendiri betul saya ni. Betullah, ibu selalu cakap saya kuat coz saya boleh angkat baldi yang saiz lagi besar dari badan saya and saya boleh selamba ja tolak botol air mineral yang berisi 5liter air ke tepi tapi sikit jela tapi bergerak jugalah botol tu walaupun sikit. Hinsshhh...Hinsssh (oo) kembangkan hidung sikit bagi mendapatkan oksigen yang lebih untuk menjadi lebih gagah perkasa!

Ibu and daddy kalau kat rumah selalu ajar saya untuk kick ball and sekarang saya dah boleh kick ball sendiri tanpa dipimpin oleh mereka dan tidak jatuh pun semasa menyepak bola itu. Bolehlah dah besar nanti masuk skuad Harimau dan mendapat ganjaran RM puluh-puluh ribu kalau berjaya menang apa-apa pingat untuk Malaysia. Best! Best! Eheh. Saya aim nak jadi macam Lionel Messi - Player Barca/ Argentina. Dia favorite player daddy saya tuuu.




Last but not least, during last week for 1 year old check-up on 16 November 2011, berat saya adalah 8.15kg and tinggi 72cm. Oklah, saya nak pergi minum susu dulu ibu dah panggil. Yeay! Pasnie saya boleh terus tidur. So, dats all for now peeps. Later saya hijack lagi page ibu dan update kepada semua kawan-kawan ibu dan daddy cerita-cerita yang menarik.

Bye-bye!



1 comment:

smms said...

selamat membesar dengan gagah dear MHH