Thursday, November 17, 2011

16th Anniversary with The BFF - Day 1





After all the cat-fight, bertikam lidah, merajuk tak tentu pasal, makan hati berulam jantung, date confirmation yang berbolak balik, planning after planning... Finally, misi untuk menyambut kebersamaan kami selama 16 tahun berlangsung dengan jayanya. Terok sungguh kita nih! Baru plan pergi vacation dalam negara ja, dah huru-hara. Kalau jadi plan kita nak keluar negara nanti ai tataulah macamana ye gugirls? huhuhu. But what ever it is...we are still Best Friend Forever right?


Isnin 31 October 2011, seawal pagi dah bangun to finish up packing. Bangunkan Harits dan mandikan dia dalam 7.30am macam tu. Then terus bertolak ke tol Sg. Besi sebab janji nak konvoi dengan half of the team kat situ. Sampai dalam jam 9.30am sorang pun tak nampak batang idung lagi, fine lalu teruslah suggest kat Husband untuk sarapan di KFC dulu, first time sarapan KFC but Tol Sg. Besi punya KFC punya customer service sangatlah lembab! Dahlah lapar. Grrrr! Sabar jela. Pastu elok-elok je abes makan Nora and family pun tiba diikuti oleh Lienda and Atul and Iena and her big family. Hehe. Dorang semua tak mau breakfast lagi so, terus shoot ke rNr Seremban untuk bertemu Srie and her Family. Yeay! So, dah berjumpa semua orang barulah molek untuk shot picas seperti di bawah ini. Tapi Nora pula MIA, whereas Cla and Tasya malamnya baru sampai ke resort itu. But tak kisah itu semua dulu yang penting bergambar. hahaha :)




Lepas posing sedikit sebanyak, kami pun bertolak menuju ke Ismah Resort, Pengkalan Balak, Melaka. And here we go! go! go! perjalanan smotth je tetapi elok-elok je masuk ke Area Alor Gajah lepas tol tu, semua pun jadi hilang arah tujuan. Tak sesat cuma kalut sedikit bila guna peta yang dibekalkan Nora tapi sorang pun tak paham. Hahaharu. 2-3 kali buat pit-stop untuk confirm adakah jalan yang dilalui tu betul atau salah. Sampai last sekali my dearest husband pulak yang ditugaskan untuk membantu kami menuju ke tempat tersebut menggunakan Google Map di Iphone beliau dan saya sebagai co-driver yang bantu beliau baca map tersebut. Akhirnya tiba juga, syukurlah. Huhuhu. Thanks Google Map! :)

Sampai je terus check-in and lepas letak barang terus gigih mencari gerai makanan sebab semua pun dah lapar. Akhirnya di depan Matriks Londang berjumpa dengan gerai makan yang makanannya boleh tahan sedap jugak especially the Asam Pedas but sorry tade gambar sebab perut terlalu lapar untuk kisah pasal gambar. Huhuhu. Balik bilik rehat dulu and plan nak tidokan Harits but he refuse to sleep at all, last-last Daddy yang tidur pastu ibu lah gigih melayan si kecik tu main-main dan main. Bila dah boring sangat dok dalam bilik, dalam jam 4pm macam tu siapkan Harits untuk swimming. To the pool! Dan ini sedikit sebanyak gambar time swimming yang diculik di FB puan Srie untuk di share kat sini (inilah nasib orang ada camera phone je. Eheh) Thanks puan Srie sebab sudi amikkan gambar kami ^_^










Masa kat pool ni my budak tecik adalah super excited walaupun tengah selsema masa tu, dia tak kira. Last pergi swimming masa bulan June dulu, so kali ni dia betul-betul lepas gian nampaknya. Hahahaha. Serious budak ni tak takut air langsung, kalau dia pandai berenang tu dah lama agaknya dia buat 2-3 round kuak lentang kat swimming pool tu ;p but sebab tak pandai berenang lagi makanya ibu and daddy jela harapan dia untuk bergerak dalam air tu. Huhuhu. And after the swimming session, konon-konon nak pergi berposing dalam laut pulak but baru je dalam 10 minit berendam dalam tu, hujan pulak turun dan tak sempat bergambar pun. Pastu duduk dalam bilik masing-masing jela berdetim suami isteri dan anak sambil tunggu dinner. Huhuhu.

The dinner time adalah heaven untuk perut kami, Pangkalan Balak seafood is highly reccomended. Sedap sangat dan harganya untuk 10 orang makan RM300. Oklah kot but semua pun tamahak nak order banyak-banyak sampaikan tak abes makan dan tapau untuk Cla and Tasya yang sampai malam tu. Huhuhu.










Next aktiviti lepas makan adalah karaoke, but my baby boy dah flat awal-awal sebab tak cukup tidur siang jadinya Ibu dia jela yang join karaoke tu sebab Daddy kena duduk bilik jaga Harits. Kejap jela pun karaokenya sebab tiba-tiba baca kat twitter yang Harits dah bangun, kelam-kabut lari balik bilik rupanya Daddy buat joke twitter #faktatipu je. Daddy tu. Bikin ai panik je. Hohoho. But after that ai terus tukar uniform dan tido, malas nak patah balik berkaraoke plus kesian kat my heroes dua orang tu. Huhuhu. My BFF yang lagi dua orang tu sampai around 10.30 terus join karaoke sambil mengambil gambar tanpaku di sisi T_T dan meneruskan sampai ke 12 malam kot if ai tak silap. Gigih betul korang melalak ye. Huhuhu.







Oklah, ai akhiri entree ini dengan gambar gegadis dan emak-emak orang yang gediks ini. hehehe. Now tgh nak susun gambar untuk day 2 pula. Stay tune uolss! :)

2 comments:

smms said...

rajin ko bercerita. aku kejar masa. simple janji update je. huhu. i tungg day2 . cpt tau.

Zahra Al-Rasyah said...

hahaha. takpe2, ko byk kot nak update kisah 22hari di Malaysia. Nway, dah update day2. Silalah baca ye ;)