Saturday, January 29, 2011

100 Days On Earth - Harits Haidar's Milestone


Day 1 of life - Baru 33 weeks tapi Harits Terpaksa dikeluarkan daripada perut Ibu melalui 'tingkap' kerana 'kakak' awak si uri telah duduk di pintu keluar. Bahaya! Placenta Previa Stage 3 kata doktor. Keluar saja terus terdengar tangisan yang maha comel, lalu Ibu pun telah turut sama mentangis air mata sambil dalam hati mengucap syukur yang tidak terhingga. Harits ditolak masuk NICU sambil tu daddy kejar kat belakang. Daddy azankan Harits masa kat NICU tapi kesian awak tak dapat minum susu ibu - doktor masukkan air saja plus antibiotik. Baby Harits kena puasa dan nafas tidak stabil. Sedih :(

Day 2 of life - Harits still in NICU, tapi dah tak puasa. Tidur je. Ibu datang untuk cuba susukan dia tapi tak berjaya. Minum susu formula melalui syringe. Sedih lagi :( but Harits good at sucking the syringe. Good job baby!

Day 3 of life - Harits semakin stabil dan dah tak tido je keje. Dah pandai bukak mata besar sikit. Ibu rasa happy sangat! Terkebil-kebil Harits tengok Ibu. Oh, ya masa ni Ibu dah keluar wad dan pindah masuk NICU sebab nak susukan Harits secara hardcore. Harits terus ja pandai isap nenen. Naturally. Hehe. But every two hours terpaksa kejutkan Harits untuk minum susu. Tapi yang tak bestnya doktor telah detect Harits ada jaundice. Sedih balik :(

Day 4 of life - The doc stripped U down. Duduk bawah lampu ultraviolet untuk phototherapy session tapi masa ni harits dah pandai tolak-tolak mask yang tutup mata tu sebab rasa tak selesa. Bijak anak ibu! Time ni Ibu ingat lagi nurse nak buat blood test pastu Harits nangis kuat sangat pastu daddy pun ternangis sama tengok Harits. Yes, when i comes to you budak kecik, your daddy will be very sensitive. Huhuhu. Oh, time ni you punya kepala sudah bole angkat and tegak sikit-sikit.Hehe. Comel je percubaan Harits untuk tegakkan kepala tu.

Day 5 of life - The jaundice punya reading dah kurang and Harits akhirnya dibenarkan keluar hospital. Yeay! Semua pun tak sabar nak tengok Muhammad Harits Haidar, the precious little boy.

Day 8 of life - Tali pusat dah tanggal. Cepat jugak tu. Ibu dah simpan tali pusat ni. Sayang nak buang.

Day 13 of life - Mata Harits mula fokus pada pergerakan kiri...kanan...kiri...Pastu time ni awak dah pandai menangis kuat bila lapar dan tak selesa sebab tahi penuh di bontot. Hehe.

Day 22 of life - Harits dah mula kuat nenen, asyik-asyik nak je keja, sikit-sikit lapar je rasa. Huhu. Dan awak telah berjaga lebih daripada 4 jam.

Day 36 of life - Hari ni Harits menjerit and nangis kuat sangat sebab merajuk dengan ibu. Awak tolak bila ibu nak bagi nenen. Awak pusing-pusing kepala. Tanak! Tanak! Tanak! (awak cakap dalam hati. huhuhu) Time ni dah kat umah kita, daddy, maktok, tok ayah and ayahShue semua panik bila awak menangis kuat sangat macamtu. Ibu bagi Harits kat Tok Ayah, pastu dia baca-baca doa sikit untuk tenangkan you. Then baru you nak minum. Ibu tau, ibu yang salah terlama sangat amik masa nak susukan awak. Sorhiiiii sayanggggggg :(

Day 38 of life - Time ni tengah malam, ibu kebetulan terbangun to check on you. Tiba-tiba je Harits ubah sendiri kedudukan tidur daripada mengiring ke telentang dengan sendirinya. Wow! Excited ibu sorang-sorang malam tu

Day 48 of life - Ibu and daddy decide to meniarapkan Harits time tido sebabnya Harits suka sangat terkejut-terkejut. Inilah first time awak tido meniarap.

Day 54 of life - Harits dah pandai senyum bila diagah. Masa ni kat umah tokMa kalau tak silap. Comel betul bila awak senyum banyak time tu :D Then sekarang Harits paling suka senyum bila daddy yang main-main dengan Harits. Kalau daddy dia wat tak tau je, dia akan tengok ja sampai daddy dia tegur dia. Soooo, sweeettttt!

Day 56 of life - Ibu pertama kali ketipkan kuku Harits. Nervous jangan cakaplah. Kuku yang sangat kecil dan kurus. Tapi ibu still simpan lagi kuku awak nak masukkan dalam album. Hahaha. Sayang nak buang jugak. Pulun kan?

Day 70 of life - Harits dah pandai pusing kepala kiri-kanan especially time menyusu. Kejap-kejap stop nak tengok orang bercakap. Pandaiiiii dia nih!

Day 86 of life - Ibu meniarapkan Harits, macam biasalah latihan harian. Selalunya kepala Harits melekap je atas tilam tu dan tiba-tiba pada hari ke 86 ni awak dan pandai panggungkan kepala time meniarap. Lama pulak tu, lebih 2 minit kot. Terus ibu panggil daddy pastu dia record dalam video. Haha. Excited gila kami!! :)

Day 90 of life - Harits dah pandai hisap puting. Before this you musti muntah kalau Ibu suapkan puting tapi tepat-tepat je you cecah 3bulan, terus pandai hisap :)

Day 99 of life - Jemari tangan dah semakin kuat, Harits akan grab apa saja barang yang kami bagi pastu susah nak lepaskan.

100days of life - Harits dah pandai duduk and tegakkan kepala dalam Bumbo seat. Yeay!



2 comments:

bukan siapa-siapa 17 said...

aku baca aku tahu kamu sgt excited dgn makhluk kecik tu, jaga elok2!

Zahra Al-Rasyah said...

sangat excited mummy dan tangah cuba menghargai setiap detik bersama si kecil itu, selagi masih barnyawa :)