Sunday, January 30, 2011

Harits Haidar in BAPE








Jenuh saya mencari, akhirnya berjumpa juga dengan BAPE Beanie Hat nih. Try cari kat kedai-kedai and shopping complex tak jumpa langsung. Last resort saya google and terjumpalah cute baby hat ni di belog airishaunicollection.blogspot.com. Saya terus order 2 pcs. Hehe. Harga pun boleh tahan murah. Satu kaler hitam dah satu lagi light grey. Yeay! My lil' hero kelihatan semakin kacak bergaya with the BAPE Beanie Hat tersarung dikepala :)

Oklah, dah pukul 10pm, saya nak menyuruh budak kecik tu masuk tido. Dia kalau tade saya disebelah memberi nenen memang susah la nak tido. Besok nak kena inject pulak . Yang tiga bulan punya. Huk. Harap-harap la babyboy saya kuat dan tabah. Aminnnn.

Nighty nites people!



Saturday, January 29, 2011

100 Days On Earth - Harits Haidar's Milestone


Day 1 of life - Baru 33 weeks tapi Harits Terpaksa dikeluarkan daripada perut Ibu melalui 'tingkap' kerana 'kakak' awak si uri telah duduk di pintu keluar. Bahaya! Placenta Previa Stage 3 kata doktor. Keluar saja terus terdengar tangisan yang maha comel, lalu Ibu pun telah turut sama mentangis air mata sambil dalam hati mengucap syukur yang tidak terhingga. Harits ditolak masuk NICU sambil tu daddy kejar kat belakang. Daddy azankan Harits masa kat NICU tapi kesian awak tak dapat minum susu ibu - doktor masukkan air saja plus antibiotik. Baby Harits kena puasa dan nafas tidak stabil. Sedih :(

Day 2 of life - Harits still in NICU, tapi dah tak puasa. Tidur je. Ibu datang untuk cuba susukan dia tapi tak berjaya. Minum susu formula melalui syringe. Sedih lagi :( but Harits good at sucking the syringe. Good job baby!

Day 3 of life - Harits semakin stabil dan dah tak tido je keje. Dah pandai bukak mata besar sikit. Ibu rasa happy sangat! Terkebil-kebil Harits tengok Ibu. Oh, ya masa ni Ibu dah keluar wad dan pindah masuk NICU sebab nak susukan Harits secara hardcore. Harits terus ja pandai isap nenen. Naturally. Hehe. But every two hours terpaksa kejutkan Harits untuk minum susu. Tapi yang tak bestnya doktor telah detect Harits ada jaundice. Sedih balik :(

Day 4 of life - The doc stripped U down. Duduk bawah lampu ultraviolet untuk phototherapy session tapi masa ni harits dah pandai tolak-tolak mask yang tutup mata tu sebab rasa tak selesa. Bijak anak ibu! Time ni Ibu ingat lagi nurse nak buat blood test pastu Harits nangis kuat sangat pastu daddy pun ternangis sama tengok Harits. Yes, when i comes to you budak kecik, your daddy will be very sensitive. Huhuhu. Oh, time ni you punya kepala sudah bole angkat and tegak sikit-sikit.Hehe. Comel je percubaan Harits untuk tegakkan kepala tu.

Day 5 of life - The jaundice punya reading dah kurang and Harits akhirnya dibenarkan keluar hospital. Yeay! Semua pun tak sabar nak tengok Muhammad Harits Haidar, the precious little boy.

Day 8 of life - Tali pusat dah tanggal. Cepat jugak tu. Ibu dah simpan tali pusat ni. Sayang nak buang.

Day 13 of life - Mata Harits mula fokus pada pergerakan kiri...kanan...kiri...Pastu time ni awak dah pandai menangis kuat bila lapar dan tak selesa sebab tahi penuh di bontot. Hehe.

Day 22 of life - Harits dah mula kuat nenen, asyik-asyik nak je keja, sikit-sikit lapar je rasa. Huhu. Dan awak telah berjaga lebih daripada 4 jam.

Day 36 of life - Hari ni Harits menjerit and nangis kuat sangat sebab merajuk dengan ibu. Awak tolak bila ibu nak bagi nenen. Awak pusing-pusing kepala. Tanak! Tanak! Tanak! (awak cakap dalam hati. huhuhu) Time ni dah kat umah kita, daddy, maktok, tok ayah and ayahShue semua panik bila awak menangis kuat sangat macamtu. Ibu bagi Harits kat Tok Ayah, pastu dia baca-baca doa sikit untuk tenangkan you. Then baru you nak minum. Ibu tau, ibu yang salah terlama sangat amik masa nak susukan awak. Sorhiiiii sayanggggggg :(

Day 38 of life - Time ni tengah malam, ibu kebetulan terbangun to check on you. Tiba-tiba je Harits ubah sendiri kedudukan tidur daripada mengiring ke telentang dengan sendirinya. Wow! Excited ibu sorang-sorang malam tu

Day 48 of life - Ibu and daddy decide to meniarapkan Harits time tido sebabnya Harits suka sangat terkejut-terkejut. Inilah first time awak tido meniarap.

Day 54 of life - Harits dah pandai senyum bila diagah. Masa ni kat umah tokMa kalau tak silap. Comel betul bila awak senyum banyak time tu :D Then sekarang Harits paling suka senyum bila daddy yang main-main dengan Harits. Kalau daddy dia wat tak tau je, dia akan tengok ja sampai daddy dia tegur dia. Soooo, sweeettttt!

Day 56 of life - Ibu pertama kali ketipkan kuku Harits. Nervous jangan cakaplah. Kuku yang sangat kecil dan kurus. Tapi ibu still simpan lagi kuku awak nak masukkan dalam album. Hahaha. Sayang nak buang jugak. Pulun kan?

Day 70 of life - Harits dah pandai pusing kepala kiri-kanan especially time menyusu. Kejap-kejap stop nak tengok orang bercakap. Pandaiiiii dia nih!

Day 86 of life - Ibu meniarapkan Harits, macam biasalah latihan harian. Selalunya kepala Harits melekap je atas tilam tu dan tiba-tiba pada hari ke 86 ni awak dan pandai panggungkan kepala time meniarap. Lama pulak tu, lebih 2 minit kot. Terus ibu panggil daddy pastu dia record dalam video. Haha. Excited gila kami!! :)

Day 90 of life - Harits dah pandai hisap puting. Before this you musti muntah kalau Ibu suapkan puting tapi tepat-tepat je you cecah 3bulan, terus pandai hisap :)

Day 99 of life - Jemari tangan dah semakin kuat, Harits akan grab apa saja barang yang kami bagi pastu susah nak lepaskan.

100days of life - Harits dah pandai duduk and tegakkan kepala dalam Bumbo seat. Yeay!



Monday, January 24, 2011

Things That Change...


1. You finally stop to smell the roses, because your baby is in your arms.
2. The sacrifices you thought you made to have a child no longer seem like sacrifices.
3. You respect your body ... finally.
4. You respect your parents and love them in a new way.
5. You find that your baby's pain feels much worse than your own.
6. You believe once again in the things you believed in as a child.
7. You lose touch with the people in your life whom you should have banished years ago.
8. Your heart breaks much more easily.
9. You think of someone else 234,836,178,976 times a day.
10. Every day is a surprise.
11. Bodily functions are no longer repulsive. In fact, they please you. (Hooray for poop!)
12. You look at your baby in the mirror instead of yourself.
13. You become a morning person.
14. Your love becomes limitless, a superhuman power.
15. "You no longer rely on a clock — your baby now sets your schedule."
16. "You take the time for one more hug and kiss even if it means you'll be late."
17. "You learn that taking a shower is a luxury."
18. Nothing is just yours any longer. You share EVERYTHING!
19. No matter what you've accomplished in life, you look at your child and think, "I've done a GREAT job!"
20. You want to take better care of yourself for your child.
21. You can have the most wonderful conversation using only vowel sounds like "ahhh" and "oooo."
*Source - babycenter



My 3 month old baby dah pandai isap susu dalam botol.Yeay!


Salams.

Alhamdulillah, saya dah tak berapa nak rasa risau lagi dok kat ofis ni sebabnya my lil' harits dah mula pandai nak hisap botol. Tadi kol mak dan dia kata harits dah berjaya habiskan 3.oz susu. Yeay! dia taknak pakai pun botol BreastFlow yang saya beli Jumaat lepas. Huhuhu. Nampaknya dia lebih selesa dengan botol biasa with the orthodontic silicone teat plus dia sekarang dah pandai hisap puting before tido. Saya terpaksa juga bagi puting coz tamau dia isap je nenen saya ni sambil tertido sampai termuntah. Serius dia akan termuntah kalau dah terlalu penuh perut sebab banyak sangat minum tu. Huhuhu. Macam-macamlah Harits nih, gerrrrammmmmm ibu :)

Oh ya, Harits dah pun menyambut his 3month birthday Sabtu lepas. Saya belikan dia hadiah baju-bajuan dan seluar, macamlah dah tak cukup je baju budak kecik tu. Tapi takleh tahan la, baju-baju dorang sangat cute, macam memang kena beli jugak!


Ok, bye darlingsss. Saya nak sambung buat 'kerja' ;p

Saturday, January 22, 2011

Breastfeeding Issue


Semenjak menanam azam to exclusively breastfeed my baby ni saya dah mula buat stock and pumping secara gigih. Alhamdulillah supply susu masih banyak dan tak putus. Macam semalam la untuk dua kali pumping session kat ofis saya telah berjaya mendapat 9.oz. Weeehooo!!!

Saya tunggu nak pump selang empat jam sampai bengkak-bengkak la nenen ni. Huhuhu. Pastu kan, ingat tak semalam saya ada komplen-komplen sikit tempat baru ni bersepah, kemas tak habis semua kan? But actually there's a good side of it. Hikmahnya iaitu cubicle baru saya ni lebih tersorok dan aman damai daripada tinjauan mata-mata jahat yang memerhati saya buat apa setiap kali. Hehehe. Jadinya saya teruslah menjadikan bawah meja kat workstation tu tempat pumping station. Sangat senang, lengkap dengan power supply semua. Syukurlah coz tak payah setiap kali nak pumping heret Spectra3 tu kehulu-kehilir. Masa untuk pumping pun cuma 15minit je. So, setakat semalam takda siapa-siapa perasan la tiba-tiba ja saya terhilang kejap sebab masuk bawah meja tu. Comel tak saya pumping bawah meja? Hehehe.

Tapi tula, sebenarnya saya suka juga nak suggest supaya setiap company di Malaysia ni WAJIB breastfeeding friendly - by friendly i mean, sediakan bilik khas untuk pumping dan menyusu (if kita bawak baby datang ofis). So, ibu-ibu di Malaysia semuanya boleh mengusahakan agar anak-anak bakal pemimpin negara ni menjadi orang yang bijaksana belaka. Oh, Tok Jatku Sayang..Harap nya dengarlah rintihan rakyatmu ini ;)

Oh ya, lupa pula nak bagitau. Semalam juga saya dah beli botol susu breastflow ni by hoping that when mom's away, baby okay. Hehehe. Saya dah rasa bahagian areola puting tu macam sangat lembut compared to Tommee Tippee plus not so expensive. Harap-harapnya anak saya tak tolaklah minum EBM saya dalam bottle ni and kalau dia ok saya nak beli lagi 2-3 botollah.

Ok, saya nak pegi as-solah jap then sambung buat kerja rumah then tido jap. Tulis2 ni pun nak bagi hilang nantuk jer sebenarnya coz dah terbangun pukul 4.30 tadi, nak tido balik sayang pulak takut terlepas Subuh. Jadi saya pun penuhi masa tu dengan pump susu, tukar pampers anak dan belogging. Huhuhu. Byeee sayang semua! Enjoy your weekend :)







Friday, January 21, 2011

Sedang Dalam Proses Penyesuaian

Hi sayangs semua... Welcome back. Yup. Saya sudah selamat berada di ofis ni. Huhu. First day kerja selepas 90 hari cuti bersalin. Yeay! tapi tak yeay sangat laa :( sedih sebab terpaksa tinggalkan baby dijaga oleh ibuku dan bibik. Bertambah sedih lagi bila dapat SMS from my sis bitau yang "bambam tu tamau minum susu" aduhai...risaunya rasa hati bonda. Harap-harap Muhammad Harits Haidar yang bijak pandai tu perlahan-lahan boleh isap fake nipple tu and faham dengan my status as working mum yang terpaksa tinggal susu perahan dalam botol. Tapi budak-budak nok, faham ke? Phewww... Kesiannyaaaa anak ibu :(

Bukan la tak buat praktikal sebelum ni, dah stat bagi botol lebih kurang dua minggu before i naik kerja kot. Tapi mungkin masa dia minum sekarang ni dia nampak, rasa dan dengar orang yang bagi tu bukan IBU dia, dats y dia tolak kot. Haihhhh... Kalau dia tolak botol and tahan berlapar jugak nanti masuk angin pulak perut tu sayang oiii. Aduhhh...risauuu...risauuuu...risauuuuuuuuuuuuuu :(

Tambah lagi ketidakBESTan dalam hati bila masuk ofis dan terus bertukar ke bahagian baru dan orang yang tinggalkan meja dia tak reti nak kemas bagi habis. Mana nak letak file aku lagi? mana nak letak file engkau lagi? Apelah. kan dah termarah dan terguna kata ganti nama kau & aku.. Huhuhu. Oklah saya nak sambung mengemas 'spring clean' tempat BARU saya ni, pastu nak perah susu. Dah bengkak-bengkak dah rasa nenen ni. Huk.




p/s: sesape yang berpengalaman cuba tolong bagi tips macam mana nak membuatkan baby mahukan botol susu di waktu siang hari. Dah try tommee tippie tapi tak berkesan. Nak try beli puting yang kaler kuning tu (sebab mak kata yang puting kuning tu lebih lembut materialnya and Safety First, Breastflow, MAM punya botol yang mimics mum's breast kononnya :(

Friday, January 14, 2011

1st in NEW YEAR 2011



Masih belum mahu menulis secara hardcore. Betul-betul dah rasa hilang rentak arah tujuan dalam penulisan. Huhu. Tengoklah nanti bila i masuk kerja minggu depan, samada masih mahu berbelog atau menjadi silent reader aja kepada belog-belog kamu semua. Till then...

Love.Love.Love.
-Zahra a.k.a ibu kepada Baby Harits :)