Source: Google lah, mana lagi?
Thursday, April 7, 2011
Pizza
Sunday, March 27, 2011
Our weekend starts from Saturday Nite
Baby Harits dah siap nak keluar...Wassup yo!
Berjoget-joget atas meja makan
Harits with the Salleh's Clan - Maktok, Aunty Nana, Pa'Tam, TokAyah and Ashue




Okayyyy, It's a wrap! *_*
Monday, December 6, 2010
M.H. Haidar's First Real Outing
My baby boy bukanlah tak pernah keluar lansung masa dalam tempoh pantang tu. Adalah dua ke tiga kali keluar tapi ke rumah Tok Ma dia dan ke klinik jela. Yesterday iaitu di hari ke 45 was his first real outing and his first official shopping mall adalah...
Pegi Tesco tu pun sebab ibu&daddy dia kalut nak cari present for his sister cousin yang dicelebrate di ChiangMai Restaurant, Sungai Buloh and that was his first ever get together outing wit all the family from Hubby's side :) Makanan kat sana memang sedap-sedap tapi tula saya takleh nak menikmati sangat sebabnya baru je sehari habis pantang. Masih tak berani lagi coz BF and takut perut baby meragam kalau makan ikut sukati ja.




FYI, kami berdua dalam usaha untuk membeli kamera baru jadi gambar-gambar atas ni semua credit to my SIL and her BB. Huhu.
Wednesday, September 1, 2010
PotLuck Berbuka-Merdeka
Semalam time orang bz celebrate MERDEKA, kami telah ada plan berbuka puasa bersama rakan-rakan Hubby (dah menjadi rakan-rakan saya juga semenjak lepas kahwin) Hehe. Majlis berbuka kat rumah budak-budak bujang tapi deko rumah dorang. Mak aiii. Cantik menawan macam rumah tak bujang kot. Hehe. Sebab tajuk pun kata potluck so, spaghetti bolognese telah menjadi menu pilihan saya untuk dibawa ke rumah mereka.
Tapi sekarang ni malas nak tulis banyak-banyak. Just enjoy all the pixas ya korang!








Friday, August 27, 2010
Majlis Iftar plus Farewell myBFF - Official Photos!
Macam dah lama ja tak membelog rasanya. Huhuhu. kesibukkan Hari Wanita 2010 dah selesai langsai. Semalam kami satu ofis siap dapat cuti khas lagi from our big boss. Yeay! Seronok. Jadinya masa dihabiskan dengan tidur sampai mentari tegak atas kepala pastu bila bangun siap-siap pulak ke Midvalley untuk survey barangan baby termasuklah stroller idaman hati. Huhuhu. Berbuka pun di Midvalley tapi kat foodcourt jela.
Ok, enuff bebbling dan seperti yang dijanjikan. Silalah tuan/ puan enjoy tengok gambar-gambar kami berbuka tempoh hari featuring perut saya yang dah semakin membulat nampaknya. Comel tak? Comel kan saya? Cepat cakap comel kalo tak saya tamau bagi korang baca blog nih lagi. Bluekss...Hihihi ;p
Masih manisss je semuanya. Nampak masih 'Hottie' ja lagi kan? Hihihi. Perasan!!!

Inilah kad 'custom-made' yang telah membuatkan memerah mata beliau
Daddy in progress. Hehe. Comel je hubby dok bz baby-sit anak Nora - kawan saya.Wednesday, August 18, 2010
Ohayo gozaimasu!
Saya dan hubby memang peminat makanan Jupun yang sangat. Sushi ka, tepanyaki ka, teriyaki ka, unagi ka, semuanya kami sental. Yummy! So, semalam atas permintaan hubby kecintaan ku itu saya telah sediakan menu berbuka ala-ala Japanese. It is my first time cooking this tapi Hubby kata 'sedap jugak for first timer'. Yeay! siap simpan lagi for sahur, pastu dia makan nasi bertambah pula waktu sahur tadi. Juz rupabentuk je tak serupa teriyaki yang selalu di makan tu. Hahaha. Tak kisahla, janji sedap kan?
Senang gila je sebenarnya nak masak masakan Jepun ni. So, Nak share resepi berbuka semalam boleh? Bagi yang meminati makanan Jepun harap enjoy, yang tak minat tu harap maaf ye, takut kembang tekak pula nanti*wink*wink*.
Teriyaki Chicken
Ingredients:
300g deboned chicken thighs (isi ayam ni saya potong kecik-kecik)
1 tbsp sake (tukar dengan cuka biasa)
4 tbsp soya sauce
4-5 tbsp mirin (letak 2 sb sos plum + 2 sb. sos tiram - tapi sebab takde sos plum saya ganti dengan BBQ sauce sesudu)
2 tbsp sugar
1 tbsp vegetable oil
In a bowl, put in sake, soya sauce, mirin and sugar. Mix well and marinate the chicken in it for about 20 minutes.
Heat the oil in a pan, brown both sides of the chicken thighs and leave until cooked.
Pour in the teriyaki sauce that was used to marinate chicken in the pan and continue to cook until the chicken has glazed and covered the chicken.
Remove the pan from heat, serve on a plate and drizzle any remaining sauce from the frying pan.
Serve the teriyaki chicken with boiled rice or salad leaves.
Kalau takmo makan dengan salad tu, bole buat sayur goreng taugeh yang macam tepanyaki tu. I think it will make a great match kot. I think la. Huhu.
Tuesday, June 22, 2010
My baby-baby is so strong and hopefully u'll have stronger brain my dear
Saya puasa harini.
Pertama kali puasa semenjak preggie.
Syukurlah semuanya berjalan lancar juz dekat-dekat nak berbuka tu rasa macam lapar gila sangat-sangat but thank God tidak terjadi perkara pelik-pelik macam pitam ka apa. Saya siap masak tomyam, sambal tumis n telur dadar lagi tadi. Baby-baby dalam perut ibu ni sangat strong la. Love u sayang! dan lagi satu, saya mahu kiss banyak sama Mr. Hubby sebabnya beliau teman saya puasa sama-sama tadi pastu sangat tak komplen apapun even tomyam yang saya masak tu tawaq habiaq, kurang masam dan pedas. Love u jugak shayang!!!
Salah satu sebab lagi saya kata baby-baby ni strong coz tengah hari tadi saya ke HKL untuk setelkan my dad punya pengesahan doktor untuk kad OKU, jalan agak jauh juga dari parking ke klinik. Afterdat jalan pula ke Sogo, niatnya nak pergi farmasi ja cari NeuroGainPB tetapi terlangsung ke fresh marketnya dan beli pulak bahan-bahan nak masak berbuka semua. huhu. Naik atas dekat lobi Sogo tu macam biasalah sale je manjang, lalu terbeli pula dua alas kaki. Murah ok, RM5 ja satu. Rasa best bila dah beli coz it full with happy colours iaitu pink n apple green. Makanya nanti rumah saya pun akan jadi makin happy dan berseri. Memang seronok dapat beli macam-macam tapi bila balik ofis terasa sengal kaki semua. Padan muka, sapa soh jalan banyak sangat? ;p
Berbalik pada cerita NeuroGainPB, saya dapat tahu pasal supplement ni melalui pembacaan di blog-blog sekitar ibu yang pernah preggie dulu dan kata mereka result ia adalah sangat bagus untuk perkembangan otak baby. Baby akan jadi cepat pick-up dan aktif. Of course lah usaha ni perlu disertakan dengan doa dan tawakkal padaNYA juga kan? Juz harganya ja agak mahal iaitu RM63.90 for 30 capsules. Sebelum ni yang saya pernah baca its juz around RM54-55 only but in order to get the best for our baby-baby saya pejam mata ja masa bayar tadi. Huhu. Rakan-rakan saya terutamanya bakal ibu di luar sana digalakkan untuk mencubanya. Meh kita try sama-sama makan supplement nih, pastu bila baby dah lahir kita lihat perkembangan mereka macam mana. and share-share la experience kita kat cnie. Best kan?

Oklah, saya dah lapar balik ni, nak pergi makan pastu kejap lagi saya nak try this brain-food for baby-baby dan harapnya dengan izin Allah, beliau akan mendapat sebuah otak yang super genius setelah lahir nanti. Aminnn...
Monday, June 21, 2010
Buah Delima dan Khasiatnya untuk Ibu Mengandung :)
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” - Al-An’am:99
source: google.com
Saya teringin makan buah delima pulak ni, terutamanya yang merah masak ranum seperti dalam gambar di atas itu. Slurrppp! Dah try surf intenet semua dan dapat banyak sumber kata bahwa delima ni banyak sungguh khasiatnya untuk ibu-ibu mengandung. Ini antara info-info berguna yang saya jumpa and nak sharing kat sini tentang khasiat buah dari syurga ini :)
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Bagi ibu mengandung Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung.
Bagus kan? memang baik untuk kesihatan kita dan baby dalam kandungan.
Ini ada lagi info yang saya dapat tapi rasanya macam mitos jela...orang melayu kan banyak adat dan pantang larangnya. Huhuhu - Ok, ada orang kata kalau ibu mengandung makan buah delima..kena makan satu biji takleh share ngan orang sebab dalam sebijik buah delima tu ada satu yang betul-betul berkhasiat...biasanya orang melayu kita yang mengandung ni makan buah delima untuk dapat mata anak cantik bercahaya macam buah delima dan kulit anak pun cantik, tiada masalah....saya pun tak pasti yang terjadi cantik tu sebab buah delima or kebetulan je, tapi apapun kita usaha dan berdoa la pada Allah kan? Semua pun nak baby yang cantik and comel :)
Sunday, June 20, 2010
Selamat Hari Kelahiran Cinta! :)
I love my life
because
it gave me You
I love You
because You are MYLIFE
Happy Birthday Shayang!!!
Sambutan tahun ni ala kadar aja tapi syukurlah semuanya berjalan lancar dan meriah. Kewangan tak mengizinkan sangat nak buat grandavista tapi harap-harap tahun depan sempena Hubby dah mencecah angka tiga didepan, dapatlah buat yang best sikit, tambah-tambah dengan kehadiran si kecil nanti. InsyAllah :)
On the birthday eve, saya beria-ia plan mahu bawak hubby pegi pre-celebration konon-kononnya, tapi takde cake apa pun juz makan-makan sampai rasa nak pecah perut.
Tapi agak frust sikit because 'lamb' yang diorder sangatlah 'medium-rare' jadi tak lalu nak makan sangat. pastu Hubby membagi saya makan
and habiskan Chicken Grill dia coz dia takut nanti wifey dia ni lapar di tengah malam. Yeay!
Dan sebab bajet juga, hadiah hanyalah sekeping birthday card and paper clip yang mengepit kad lovey ini :)On the day itself, 19th June...me and my hubby's siblings bercelebrate sambil makan ketiau kerang 'lauwan' yang tersangat sedap di KJ. Still tade cake coz Hubby kata tayah la membazir ja. Huhu. Okies! am gud.
Oh ya, Hubby dapat birthday present sangat banyak...cap, tshirt, bola futsal Argentina and boxer FIFA World Cup ok. Huhu sangat sportsman la dia lepas ni...
And nak promote, nasi Arab plus Kambing dekat foodcourt ni pun sangatlah the sedap one. Ia terletak dekat dengan giant kecik di KJ and sebelah kedai perabot. Siapa-siapa yang rasa nak try silalah :)
Thursday, June 17, 2010
Kepulangan yang di nanti
Sekadar gambar hiasan (ini bukanlah meggi goreng yang saya masak itu)
Thursday, June 3, 2010
A Healthy Mummy-To-Be
Harinie saya rasa sangat healthy. Daripada pagi lagi dah mula mensihatkan diri.
Breakfast segelas Susu Low Fat sebelum keluar rumah, sampai je ofis bancuh Horlicks Cereal plus makan roti Gardenia Toast'em perasa Raisin Oatmeal Chocolate sebanyak 2 slices. And now saya tengah munching-munchies Quaker Chewy Chocolate Chunk (low fat). Sekejap lagi saya akan memakan Subs Special Today yang berfillingkan Turkey Ham & Turkey Breast with Parmesan Cheese Bread. Yup. Yummy kan? (jika telah terlioq, sila berlari pergi ke Subway sekarang dan order Today's Special. Huhu) Saya tadi pun menapak juga ke Tune Hotel di sebelah Maju Junction tu untuk mendapatkan menu special Subway yang hari ini. Saya sangat suka menu Khamis tambah pulak dengan mustard and pickles yang masam-masam tu kan? Huhu. Memang terbaik. Hari-hari lain punya menu tak penah rasa lagi. Nanti la saya try pastu saya update dekat kawan-kawan dalam muka surat yang lain. Oklah, saya nak sambung munching pastu bersedia untuk berSUBWAY. Hehe. Oh ya, saya juga dah tapao air kotak Soya versi kurang manis. Yeay!
Sangat sihat kan menu breakfast dan lunch saya hari ini? Harap-harap baby-baby pun membesar dengan sihat dalam tummy ini sambil bergembira memakan makanan healthy yang diprovide oleh ibunya. Good job ibu. *Clap-clap* untuk diri sendiri :D
Tuesday, May 11, 2010
Dah Tak Craving Sangat Dah.
Setel keinginan untuk makan ini yang aku kepingin haritue. Hubby belanja makan kat KLCC malam tadi. Puas hati sangat. Yeay! tapi bila nampak Tepanyaki yang Hubby makan pun macam nak juga berebut makan sama. Sangat tamahak. Hahaha.
Lepas ni nak makan apa plak ye? *wink*wink*.
Oh, ya. Semalam pergi 2nd check-up. Alhamdulillah semua ok tapi klinik kerajaan kan? so, takdelah scan-scan semua ni. Nurse rasa perut sikit-sikit pastu nurse tu pesan untuk naikkan berat badan and makan buah banyak-banyak. Rilek la nurse, baru 1st trimester, memang la berat turun sebab muntah-muntah semua haritue kita tengoklah bila dah masuk 2nd Trimester nanti ;p
Tuesday, May 4, 2010
Food cravings pulak dah...

Daddy, Ibu tengah kepingin sama ini makanan. Sangat-sangat ingin. Huhuhu. So, jangan lupa bawak ibu pegi KLCC belanja dia makan ini tau. Daddy pleasheee ea? Emmwahss!emmwahss! Love u daddy :)
Wednesday, April 21, 2010
Pulut Kuning + Kari Ayam = Yummy!
Oooooh...yela. Janji aritue nak update tapi tak update-update pun lagi. Sorhi sayangs semua. I sangat buzy bee pula tetiba. Ni dah siap keja sikit boleh la update kot. Hummm.
Last Sunday ada kenduri doa selamat sikit buat kat umah Mak a.k.a umah tokwan. Ia sebenarnya sempena Ijah n Wan dah nak setahun kahwin. Yeay! Then Mak suruh selitkan sekali bacaan Yaasin untuk doakan kesihatan Abah kami yang tersayang itu dan juga doakan keselamatan me n adikku yang mengandung ini, agar semua selamat ke akhirnya. Terharu rasa. Ingat juga diorang nak bacakan Yaasin untuk me and baby-baby kan? Syukur.
Aku janji kununnya nak datang awal, tolong-tolong adikku apa yang patut tapi haritue tu terlajak tidur pastu bila bangun rasa macam mabuk-mabuk. Jadinya dekat pukul 1pm baru sampai, majlis nak start pukul 3. Haha. Sangat tak bagus. Tapi sampai ja i terus tolong masak tau. Menu air tangan aku haritue haruslah yang berunsurkan Western iaitu Olio sebab ini yang paling senang untuk dimasak. Tapi senang-senang pun masakan itu, aku still jugak careless bila dok kat dapur. Abes tumpah and pecah berderai botol olive oil yang guna nak masak olio tu. Dahla mak punya. Huhuhu. Tapi mak kata takpela, dah sikit dah tinggal minyak tu. Phewww! Oh ya, olio tu tak guna udang-udangan pun juz guna hotdog yang di slices nipis-nipis pastu chicken breast yang dipotong kecik-kecik. Kami bajet sikit coz udang mahai tapi nak masak kuantiti yang banyak ;p
Tapi yang bestnya adalah menu pulut kuning hasil air tangan orang tua yang amat kami sayangi iaitu Tok Wan - nenek kami. Yeay! Rindu dekat pulut kuning itu. Dan ibu-ibu mengandung di beri penghormatan untuk makan dulu pulut kuning yang dikepal bulat-bulat oleh Tok Wan ku itu. Nice. Pastu bila dah selesai baca Yaasin, kami serbu meja makan and makan pulak pulut kuning itu dengan kari ayam yang Mummypoko masak. TERBAIK! Slurrp (meleleh air liur sambil teringat kelazatan kari itu). And air ais kerim soda yang Hubby and abg sepupuku buat pun tak kurang sedapnya. (Bodek Hubby nih). Huhuhu ;)
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar cuma nasi goreng yang ibu masak tak cukup. Tak expect orang akan datang ramai pula. Pastu ada yang tanya-tanya pasal nasi. Alahai. Sorhi la ye. Kami tak larat nak masak lagi. Makan jela apa yang ada, makan buah ke, Olio pun ada, pulut kuning pun still banyak lagi. Huhuhu. Tapi bila malam Mummypoko ku yang baik hati itu masak jugak nasi putih coz pakcik makcik aku ramai yang tak balik lagi. Seronok menyembang. So, dorang dinner kat situ jugak and tolong licinkan semua makanan yang ada. Alhamdulillah. Selesai.
p/s: Sorhi sebab i cerita-cerita saja tanpa gambar. Fotographer rasmi tadak. Pastu kamera kami masih belum dibaiki and tak tahulah nak baiki atau nak beli yang baru. Huhuhu. Hubby sila jawab ;p
Thursday, April 15, 2010
Y U M M Y - D A D D Y!
Signature dish Hubby: Hotdog Cheezy Roll.
Slurppp-slurppp...sangat yummy hotdog and cheese balut dengan roti lepas tu dibalut lagi dengan telur dadar. Malam tadi Hubby dengan sangat baik hatinya telah masakkan makanan yummy tersebut for me and baby-baby tapi kali ni lain sikit sebab tak cukup telur nak balut cheezy roll itu. So, beliau buatkan scramble eggs untuk makan sama-sama dengan ia. Takpala, macam-macam mana pun takpa yang penting sedap gila. Yummy! :)
Tapi yang tak bestnya, malam tadi tak dapat tidur dengan lena, panas dan terganggu dengan bunyian irama grinding . Tak tahulah kenapa rasa terganggu? Selalunya ok ja tidur diiringi irama grinding tersebut. Huk. Kesian Hubby, masik-masik terkejut ja bangun sebab aku mintak dia berentikan bunyian gigi dia tu. Sorhi shayang...Pastu sebab tula, dua-dua pun bangun lambat untuk pergi keja pagi tadi. Huhuhu. Tak baguslah...









