Showing posts with label Klinik Gomen. Show all posts
Showing posts with label Klinik Gomen. Show all posts
Thursday, March 22, 2012
Fourth Check-up For My Baby-Baby
Rasanya macam kejap je masa berlalu dah check-up balik. Iya, sebabnya check-up kali ni selang dua minggu selepas check-up tang ketiga haritu. Reason being, saya terlebih naik berat then HB level rendah 9suspek anemia).
Semalam adalah hari check-upnya. Alhamdulillah, semuanya telah kembali terkawal. Berat naik 1.4kg je dalam masa 2minggu iaitu 54.6kg. Then kalau ikutkan berat before pregnant, just naik 4kg ++ je baru. So, nurse kata pass! :)
Level HB pun dah kembali normal for preggie mommy iaitu 11.5. Ini berkat doa, makan ubat as per doctor & nurse advice then lots of hati ayam, paru, bayam, jambu batu & lain-lain sumber zat besi. Lega rasanya.
But ada slight problem sikit tang urine test sebab ada gula dalam urine. Haih. Gulalah pulak. So, nurse dah bagitau, if next urine test masih positive gula (hahaha. macam positif dadah pulak ;p) maksudnya tidak boleh tidak kena buat ujian diabetic iaitu minum air gula. Phewww! Pelik juga mula-mula bila nurse cakap yang air kencing saya bergula tapi bila pikir-pikir balik, malam tu memang saya kurang minum air masak & sebelum tido memang ada minum air manis yang di beli di pasar malam. So, begitulah ceritanya.
Cuma, servis di Klinik Kerajaan Presint 3 masih lagi lembab nak mamps! Pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengah hari baru settle check-up. Haih. Apelah nasib. Huhuhu. But redha jela sebab FOC kot. Banyak bunyik sangat nanti macam tak bersyukur pulak. T__T
Oklah, dats all for now.
Nanti if dah tak busy sangat saya cuba untuk update lagi. Daaaa!
Wednesday, December 29, 2010
Sikit cerita pasal si kecil itu
Penuh gambar je entree-entree sebelum nih. Sorhi. Hahaha. Apapun, my babyboy tengah tdoq. Harinie si kecik tu ada feverish sket iaitu 37 degree. Risau rasa di hati. Suam-suam je rasa badan dia. Ini semua sebab semalam kena inject yang 3 serangkai masa check-up kat clinic sempena usia beliau yang dah dua bulan. Kesian sangat. Nangis-nangis masa kena inject tu. Haih. Nway, setakat semalam berat dia dah cecah berat sekampit beras iaitu 5.1kg. Wow! dan tinggi pula adalah 55cm. Kalau nak cerita development MH Haidar ni, sekarang dah pandai senyum kalau diagah-agah tapi ikut mood juga, kalau mood takbest takdenya nak senyum dia wat tatau ja dengan ibu dia. Huhuhu. Pastu kalau meniarapkan, harits dah pandai angkat-angkat kepala and saya tengah ajar dia mengiring kanan and kiri sendiri. Hari-hari saya exercise and massage-massage body harits tau.
Nah, amik latest pic of him i snap tengahari tadi. Ashieshessss sangat budak tembambam nih!

Wednesday, November 24, 2010
Nenen + Bobom + PooPoo = Montok Montek
Semalam adalah pertama kali bawak baby Harits ke Klinik Kesihatan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar meskipun macam kelam kabut sikit bila saya dan Hubby berdua ja semalam nak manage si kecik tu. Anyway, lepas letak si bogel Harits on the weight scale machine tu kami berdua macam tak percaya bila nurse cakap his current weight. From 2.35kg masa baru lahir dan sekarang selepas sebulan naik dengan jayanya ke 3.85kg. Wowiiii! He's so not The Biggest Loser. Hahaha. Sangat bambam anak ibu. Itulah hasilnya bila beliau masik-masik Nenen (minum susu ibu) + Bobom (tido je selalu) and PooPoo (biyak ja keja). But Alhamdulillah, sihat walafiat baby kami tu. Happyyy sangat-sangat. After check dengan nurse semua baby Harits kena injek pulak. Sangat kasihan bila dia nangis jerit kuat-kuat masa kena cucuk tu. Ibu dia pun ternangis sama. Memang la sedeh ok. Kesian tau tengok baby kita sakit :( but syukurlah dia tak demam ka apa lepas cucuk. Juz resah gelisah ja macam tak lena tidoq semua tu ja.
Nway, here's the latest pic of my budak kecik yang Montok Montek tu. Gerammmm!!!


Ibu Harits yang dah makin kurus. Yippie!!! Berat saya turun 10kg and my current weight 55.9kg kg tau ;) tapi still byk baby-fat and perlu turun atleast lagi 3kg. Barulah menawan kalbu. Hihihi.p/s: Nak ucap selamat berjaya to our dearest Hubby/ Daddy yang kat Sg.Petani sekarang ni untuk assesment. If ada rezki kita. InsyAllah shayang berjaya... Kami doakan byk2. Aminnn
p/s/s: Nenen-Bobom-Poopoo tu adalah idea makshue Harits yang comel. Hehe. Memang comel pun. Thanks Makshue :)
p/s/s: Nenen-Bobom-Poopoo tu adalah idea makshue Harits yang comel. Hehe. Memang comel pun. Thanks Makshue :)
Thursday, September 2, 2010
Check-up yang ke-enam kali
Hi semua, saya sedang mencuba berpuasa harinie tapi kalau tiba-tiba datang simptom sakit di bahagian bawah perut ni macam tempohari kemungkinan besar saya akan membuka puasa lebih awal kot. But hopefully my puasa today will go on smoothly. Aminnn.
Alang-alang dah membelong nih, saya nak cerita pasal semalam. Dok tak dok dah enam kali saya check-up kat klinik gomen tu. Syukurlah selama ni ok je tapi semalam terjadi rekod yang kena duduk lama gila kat situ. Huk. Start dari 9am-12.40pm baru setel semua tapi sebenarnya masih ok compared to private coz semuanya F.O.C jadi saya patut bersyukur juga di akhir cerita. Tapi tula, salah saya jugak kot coz datang lambat untuk appointment yang sepatutnya pada pukul 8am. Padan muka saya kan! ;p
Oh ya, saya dah pregnant 26weeks rupanya. Lost count sikit la coz result scan and LMP adalah sangat berbeza. So, dah malas nak kira-kira sangat. Bole? Huhuhu.
Anyway, Time check BP boleh pulak ada budak praktikal tu buat suspen sebab tekanan darah yang di amik adalah 90/50. Isk.isk.isk...sangat rendah kot. Dua kali try and dua-dua bacaan tetap sama. Later bila masuk check dengan staff nurse situ, dia suruh amik lagi sekali and rupanya ada kesilapan - takdelah rendah pun, normal saja bagi preggy mummy iaitu 100/56. Phewww! lega hatiku. Maybe budak praktikal tu silap sebab dia tak biasa pakai yang jenis manual yang kena pumping tu. Selalunya guna yang auto tapi tatau la kenapa hari semalam dia nak pakai yang zaman old-school tu. Huk. Bikin suspen aja.
Setel semua kena amik 2nd injection pulak untuk kancing gigi tu. Aiyo! Nurse tuuu. Tiba-tiba ja nak kena injek? Isk...saya dahlah tak mentally prepared untuk apa-apa sesi injection arinie but buat jugalah, Alhamdulillah semua ok. Pastu berat timbang semalam adalah 60.6kg means naik 700g from last month pastu tahap Hemoglobin pun naik sikit from 11.0 - 11.2. Setakat check-up semalam semua menunjukkan result yang NORMAL. Then, nurse dah suruh start plotting untuk carta pergerakan baby. Yeay! But actually me rasa agak curious dengan keadaan baby-baby kat dalam ni, macam nak pergi scan jugak je coz nak tau heart-beat baby, kedudukan uri plus air ketuban. Risau dengan kisah yang terjadi pada myBlogsfera's friend - Amy. Kesian amy. Hope beliau and hubby kuat, tabah dan banyakkan berdoa demi keselamatan dan kesihatan babynya. Allah Maha Penyembuh, InsyAllah semua akan ok.
Apapun, nanti nak ajak daddy pergi scan jugalah sama-sama. Hummmmmm. Jom daddy? :)
Wednesday, July 7, 2010
Check-up Yang Ke-Empat Kali
Am now in my 18 weeks if mengikut kata nurse yang ikut tarikh LMP masa saya check-up hari Isnin lepas. Tapi sebab macam selalu konfius dengan tarikh ultrasound scan haritue saya cepatkan sendiri kepada seminggu usia baby dah dalam kandungan iaitu 19 weeks. Sukahati je kan?Haha. Tapi lebih kurang jela. Kalau ikut yang scan tu pulak saya patutnya dah 20 weeks. Huh? Cepat betul.
Anyway, yang bestnya masa check-up that day, my berat was like naik 2.1 kg saja iaitu 57.2 sekarang. Tekanan darah, air kencing dan tahap Hemoglobin semua pun normal dalam rekod buku merah pun tulis ibu mengandung sihat. Yeay! Alhamdulillah. Lepas tu baby-baby pun sihat, dapat dengar jantung beliau yang sangat laju dan kuat. Syukurlah :)
Juz yang kurang bestnya adalah masa kena amik darah, still rasa takut takleh nak tengok nurse tu cucuk. Huk. Lepas tu, kenapa entah masa hari tu dalam 2-3 jam barulah hilang rasa sengal akibat dicucuk itu before this tak pulak rasa sakit yang lama macam tu. Huhu. Oh ya, nurse tanya jugak yang baby dah gerak banyak ke? Sebab kalau dah gerak banyak dia nak Inject untuk kancing gigi. Tapi saya cakap belum gerak yang banyak lagi, juz terasa tegang-tegang and macam kicking yang very mild macam 'bubbly' dalam perut. So, nurse pun shcedulekan untuk buat Injection tu pada next check-up. Wehhh..rasa nervous balik coz me very not likey hal-hal berkaitan incjection-injection ni. Phewww!
Tuesday, May 11, 2010
Dah Tak Craving Sangat Dah.
Setel keinginan untuk makan ini yang aku kepingin haritue. Hubby belanja makan kat KLCC malam tadi. Puas hati sangat. Yeay! tapi bila nampak Tepanyaki yang Hubby makan pun macam nak juga berebut makan sama. Sangat tamahak. Hahaha.
Lepas ni nak makan apa plak ye? *wink*wink*.
Oh, ya. Semalam pergi 2nd check-up. Alhamdulillah semua ok tapi klinik kerajaan kan? so, takdelah scan-scan semua ni. Nurse rasa perut sikit-sikit pastu nurse tu pesan untuk naikkan berat badan and makan buah banyak-banyak. Rilek la nurse, baru 1st trimester, memang la berat turun sebab muntah-muntah semua haritue kita tengoklah bila dah masuk 2nd Trimester nanti ;p
Wednesday, April 14, 2010
Check-up-check-ups..
Seperti yang dah bagitau haritue, last Monday adalah hari check-up atenatal buat yang pertama kali. Awal-awal lagi dah stanby nota and dokumen yang patut semua tapi terlupa pula pasal hal-ehwal nature’s call ni yang sebenarnya kita takleh nak paksa-paksa ia keluar dengan mudah dan sesukahati. Makanya, sesampainya aku pada jam 7.45am selepas ambil nombor semua bagai, dalam jam 8 cantu ada sorang Misi ni buat pengumuman - Ibu-ibu, ambil kencing semua. Aku pun semangat la bawak botol urine tu masuk bilik air dan kencing tetapi yang keluar alahai sikit sangat pastu ter-missed pulak nak tadah jadinya yang dapat masuk botol tu just beberapa titik ja. Aduss! Macam mana nih? Aku bertapa kejap dalam toilet tu. Cuba lagi dan lagi dan lagi tapi tak boleh-boleh jugak keluar. Haru. Sudahnya, aku keluar cakap kat Hubby tolong belikan air sebab air kencing sikit sangat. Dia pun, keluar la pergi carikan air kat depan tu tapi Hubby macam marah-marah sikit ar... takut. Maybe, dia takut lambat sebab dia banyak kerja nak buat harinie. Huk. Sorhi shayang. Bukan sengaja air kencing tak banyak pastu tersalah tadah. Sorhi :(
Lepas tu cakap kat Misi yang air kencing tak banyak and dia kata takpe, nanti dia panggil lagi. Hubby pun masuk dan aku pun terusja minum dalam half botol. Dalam 20 minit tunggu cantu dapat kencing yang banyak. Yess! Dan keluar je dari toilet Misi pun datang untuk check urine. After urine aku disuruh ambil tinggi dan berat. Tinggi – 159cm dan berat – 52.4kg. Wow! Macam sangat tinggi dan ringan pulak? Huhu. Entahlah, dah menatang mesin tu cakap cantu. Aku tulis jela. Setel ukur-ukur, kena tunggu pulak untuk ambik darah, tekanan darah dan lain-lain tapi tak tunggu lama sangat pun Misi tu dah panggil. Diorang siap check perut dan kaki semua untuk tengok ada bengkak ke tak ke. Bagi nasihat untuk menyusu badan (ini InsyAllah akan aku lakukan. Hehehe) Misi cakap aku dah enam minggu and dijangka bersalin pada 5 Disember 2010. Yippie! :)
Misi bagitau darah aku normal, takde anemia dan dia bagi vitamin. Aku kena tunggu kat luar untuk jumpa doctor pula. Syukurlah, tak tunggu lama jugak. Doktor pun ok, cuma dia kata tak bole nak scan lagi sebabnya baby-baby kecik lagi so, takkan scan sehinggalah minggu ke-20. Aku ok ja tapi kalau nanti dah rasa rindu sangat nak tengok baby-baby ni akan ku pujuk Hubby untuk scan kat klinik swasta jugak. Hihihi. Oklah, dalam pukul 9.30 dah abes semua. Yang bestnya, Adikku pun check-up jugak haritue. Jadi kami adik-beradik p check-up dekat klinik yang sama. Hahaha. Macam kelakar je. Tapi dia dah nak masuk enam bulan – aku baru enam minggu. Huhu.
Lepas selesai, pergi klinik gigi yang terletak di tingkat atas. Niat mula-mula juz nak buat appointment sahaja tapi Misi tu suruh check terus haritue. Thank God orang tak ramai dan semuanya dipermudahkan siap tampal lagi gigi berlubang. Doktor yang check gigi tu pulak kawan sekolah rendah. Hahaha. Malu saja ada gigi berlubang. ;p
Oh ya, the best part is semua rawatan yang aku dapat haritue adalah servis yang baik dan Free of Charge or F.O.C. ok...Yeay!
Friday, April 2, 2010
Booking Appointment Di Klinik Kerajaan - Keyword: Independent yo!
Aku merasa nervous yang agak tinggi juga dalam perjalanan untuk booking appointment di klinik kerajaan. Seriously, because we don't know what to expect. Like, macam blur-blur jugaklah, eventhough my sis (she's 5month preggers. Adik aku yang kedua ni more advance than kakaknya.hehe) dah bagi sikit explaination but still tak mencukupi rasanya sebab simple sangat dia cerita.
Selepas cik Misi panggil aku untuk daftar dalam sistem rawatan bulanan kat Klinik tu, dia terus bagi satu botol lutsinar tutup merah yang dah tulis nama and IC, aku ingat nak kena buat urine test lagi harinie. Otak aku pun dah siap-sediakanlah pundi kencing untuk proses urine itu. Hahahaha. tapi rupanya bukan begitu ceritanya. Kisahnya, lagi dua minggu aku kena datang balik dan bawak botol urine tu untuk test air kencing dan panjang lagi expalaination yang beliau bagi. Dipendekkan cerita, cik Misi tu kata macam ni...
"Bila puan datang hari Isnin 12 April nanti, Puan terus ke kaunter dan ambil nombot, klipkan slip yang saya bagi harinie pada nombot tu. Lepastu, Puan tunggu arahan cik Misi untuk beratur ambil air kencing. Lepas kencing Puan pergi ke tempat penimbang untuk ambil berat dan tinggi sendiri. Lepastu, duduk kat depan kaunter tekanan darah dan cik Misi akan panggil nama untuk ambil pressure. Lepastu...bla..bla...bla...,"
Haih. Biar betul? Banyak pulak prosedur yang nak kena buat sendiri. Memang kena jadi seorang yang berdikari la ni - bebel aku dalam hati. Teruslah aku pun keluarkan pen dan buku nota and jot down one by one benda-benda yang akan kena buat nanti. Tekun menulis... Tiba-tiba cik Misi tu cakap kat kawan dia, " selama lima tahun aku keja kat sini kak, inilah pertama kali aku jumpa orang yang tulis satu-satu benda yang dia nak kena buat masa check-up nanti. Huhuhu. Ok, bagus-bagus. Tulis elok-elok ye,"
Aku bukan apa, dah tahu diri ini pelupa so,aku sedar dirilah sikit. Tak maula nanti menyusahkan mereka sebab aku tahu selalunya Misi-misi dekat Klinik Kerajaan ni sangatlah cepat naik angin kalau kita buat blur-blur depan dorang selepas dorang dah bagi explaination panjang lebar dua minggu sebelum hari kejadian. Huhuhu. Dua minggu kot. Memang tak arr aku akan ingat satu apa pun kalau aku tak tulis macam tu misi oi!!! - ini aku jerit dalam hati ja.
Alhamdulillah, setel booking appointment.
Tapi sebelum aku menghabiskan karangan ini nak sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarham Din Beramboi yang telah pergi meninggalkan kita pada jam 12.30 malam tadi dan Al-Fatihah pada Allahyarhamah Macik Enchot (mak Shahril Nyet) yang meniggal dunia pagi tadi yang mana hari kahwin Shahril dan Zura adalah lagi 2 hari sahaja. Phew! Dua berita yang agak mengejutkan dan menyedihkan. Semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn...
Haih. Biar betul? Banyak pulak prosedur yang nak kena buat sendiri. Memang kena jadi seorang yang berdikari la ni - bebel aku dalam hati. Teruslah aku pun keluarkan pen dan buku nota and jot down one by one benda-benda yang akan kena buat nanti. Tekun menulis... Tiba-tiba cik Misi tu cakap kat kawan dia, " selama lima tahun aku keja kat sini kak, inilah pertama kali aku jumpa orang yang tulis satu-satu benda yang dia nak kena buat masa check-up nanti. Huhuhu. Ok, bagus-bagus. Tulis elok-elok ye,"
Aku bukan apa, dah tahu diri ini pelupa so,aku sedar dirilah sikit. Tak maula nanti menyusahkan mereka sebab aku tahu selalunya Misi-misi dekat Klinik Kerajaan ni sangatlah cepat naik angin kalau kita buat blur-blur depan dorang selepas dorang dah bagi explaination panjang lebar dua minggu sebelum hari kejadian. Huhuhu. Dua minggu kot. Memang tak arr aku akan ingat satu apa pun kalau aku tak tulis macam tu misi oi!!! - ini aku jerit dalam hati ja.
Alhamdulillah, setel booking appointment.
Tapi sebelum aku menghabiskan karangan ini nak sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarham Din Beramboi yang telah pergi meninggalkan kita pada jam 12.30 malam tadi dan Al-Fatihah pada Allahyarhamah Macik Enchot (mak Shahril Nyet) yang meniggal dunia pagi tadi yang mana hari kahwin Shahril dan Zura adalah lagi 2 hari sahaja. Phew! Dua berita yang agak mengejutkan dan menyedihkan. Semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn...
Subscribe to:
Posts (Atom)