Showing posts with label BFF story. Show all posts
Showing posts with label BFF story. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

16th Anniversary with The BFF - Day 2




Selasa, 1 November 2011, kami mulakan hari dengan memakai baju official vacation kami iaitu t-shirt merah design by our own Cik Dashee and the t-shirt was by my hubby's Roundneck Industries. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak buat custom-made tee macam kami boleh click kat link tu ye (iklan kejap ;p)

Memandangkan breakfast untuk kami belum ready lagi, so kami pun decide untuk berposing dulu di poolside. Biasalah kan? Posing...posing dan posing sampai lebam bila dah jumpa budak-budak ni berkumpul sesama.



Lepas penat posing and breakfast yang disediakan oleh Resort pun dah ready, maka teruskan ke agenda mengisi perut. Yeay! Simple je menu yang ada pagi tu iaitu Nasi Lemak, Mi Goreng dan Roti with Kaya/ Majerin sapu sendiri. Huhuhu. Bolehlah daripada takde. Alhamdulillah, kenyang jugak perut walau simple-simple pun :)



Settle breakfast, kami menuju ke pantai untuk agenda seterusnya. Off to the beach! To the beach! Sampai je kat beach dah siap bentang tikar bagai, ai pun mengeluarkan khazanah lama iaitu album yang telah simpan banyak kenangan sewaktu semua masih berupa busuk dan innoncent zaman sekolah dulukala. Heh. Apelagi BFF semua ketawa terbahak-bahak sambil mengelakkan antara satu sama lain dengan gembiranya hati mereka. Tengok jela gambar di bawah sebagai bukti gelak sakan tu :D



Dorang gelak bukan main tapi ai rilek saja lalu berposing lagi dan membiarkan anak disebelah membuat aktiviti sendiri iaitu cuba membuka plastik Chezzel tapi percubaan si tecik itu tidak menjadi. Hahaha. Padan muka dia ;p


Lepas kawan-kawan yang tersayang selesai bergelak ketawa dengan dasyatnya dan telah kembali sedar, terus dorang nak berposing lagi sekali dan ai mengambil kesempatan untuk berlagak model dengan mengepak pinggang 90darjah. Pastu nampak tak sewaktu ibunya sibuk posing, sekali lagi si tecik ini membuat percubaan untuk membuka can Pringles pulak? Dan maaf percubaannya itu gagal lagi. Muahaha. Sorry baby, kamu belum boleh makan jajan lagi ok ;)


Pastu sesi gulung kertas untuk majlis tukar-tukar hadiah. Anak itu sibuk juga bermain polisterine cup. Huhuhu. Sukati awaklah sayang, asalkan awak happy.


Then, siap ada sesi potong kek lagi yang kek berperisa Carrot with Cream Cheese Topping. Ia di bawa khas oleh my BFF juga iaitu miss Linda Lum. Ehehe.


Next agenda is 'walk the blind' game. Peraturan game ni Husband lead the wife yang ditutup matanya, pastu wifey kena dengar arahan from husband, pastu ada objek-objek menghalang laluan sambil kawan-kawan menjadi anasir jahat yang menggangu the whole process. Objektif game ni nak tengok macamana ketua lead anak buah & anak buah tak boleh ingkar arahan ketua untuk sampai dengan selamat tanpa terpijak mana-mana objek but dalam masa yang sama ada noise and gangguan lain. Macam tula juga boleh diibaratkan dengan rumah tangga ye kawan-kawan :)


Tapi tak acilah kalau dah letak pelampung as halangan, gila besar. Dengki ok korang kat ai. Hahaha. Selipar and botol kosong pun dah cukup mencabar kot. Huhuhu.


Oh, pada waktu ibu & daddy bermain dengan gembira, Harits di jaga oleh si cantik ni. Dia masih single and available. Siapa mahu mintak borang boleh jumpa saya sekali dengan komisyen okayyy? Hihihi (iklan lagi) Harits pun senyap je duduk kat auntie ni sambil buat muka cuak risaukan ibu yang ditutup matanya itu ;p


Dah abes semua pasangan main. Satu game je main pun sebab masa tak banyak dah, mentari semakin membakar dan semua takut kulit jadi hitam. So, teruskan dengan sesi menukar hadiah. Yeay! Ai dapat bowl Ikea yang cantik molek daripada Miss Lienda Lum (dia pun masih single but not really available - iklan lagi). Sesi tayang hadiah memasing kepada umum. Huhuhu.


And as usual, posing wajib 'ala-model-kepak-pinggang'. Pulunlah korang. Hahaha.


Dan wajib juga posing ini iaitu melompat bintang gedik santai uolss! Pastu ada budak kecik tengok pelik, kenapalah macik-macik ni semua tergedik-gedik lompat ni? Hahaha.


Last but not least the Husband. Errr...excuse my husband yang sedang membuat aksi gagah di situ, dia memang suka posing over-over macamtu (ehehe, but i love you shayang. Ampunnnn!)


Dah settle aktiviti gedik santai di pantai, kami pun check-out dan terus bertolak ke Bandar Hilir untuk mencari makan tengah hari. Sekali lagi Hubby ku sayang ditugaskan untuk lead the way. memang orang harapan la dia ni. Hihi. Love u lagi banyak!

And bawah ni gambar last kami together forever lepas makan and before the journey ends. Kami balik rumah terus but ada BFF yang lain jalan-jalan kat Bandar Hilir sambung posing lagi. Manakala Srie terus shoot ke JB rumah kakaknya.





Last but not least, BFF vacation merangkap family day ni akan terus diingat sampai bila-bila, InsyAllah sebab ini adalah antara kenangan paling manis dalam sejarah persahabatan kita. Tak sangka langsung persahabatan kita masih bertahan selama 16 tahun ini. Ups and downs pun sama-sama kan? Tidak kira masa dan ketika. Hoping for more years to come and another vacation together ye sayangs? I love all of you. Big Hugs yang ketat-ketat!


16th Anniversary with The BFF - Day 1





After all the cat-fight, bertikam lidah, merajuk tak tentu pasal, makan hati berulam jantung, date confirmation yang berbolak balik, planning after planning... Finally, misi untuk menyambut kebersamaan kami selama 16 tahun berlangsung dengan jayanya. Terok sungguh kita nih! Baru plan pergi vacation dalam negara ja, dah huru-hara. Kalau jadi plan kita nak keluar negara nanti ai tataulah macamana ye gugirls? huhuhu. But what ever it is...we are still Best Friend Forever right?


Isnin 31 October 2011, seawal pagi dah bangun to finish up packing. Bangunkan Harits dan mandikan dia dalam 7.30am macam tu. Then terus bertolak ke tol Sg. Besi sebab janji nak konvoi dengan half of the team kat situ. Sampai dalam jam 9.30am sorang pun tak nampak batang idung lagi, fine lalu teruslah suggest kat Husband untuk sarapan di KFC dulu, first time sarapan KFC but Tol Sg. Besi punya KFC punya customer service sangatlah lembab! Dahlah lapar. Grrrr! Sabar jela. Pastu elok-elok je abes makan Nora and family pun tiba diikuti oleh Lienda and Atul and Iena and her big family. Hehe. Dorang semua tak mau breakfast lagi so, terus shoot ke rNr Seremban untuk bertemu Srie and her Family. Yeay! So, dah berjumpa semua orang barulah molek untuk shot picas seperti di bawah ini. Tapi Nora pula MIA, whereas Cla and Tasya malamnya baru sampai ke resort itu. But tak kisah itu semua dulu yang penting bergambar. hahaha :)




Lepas posing sedikit sebanyak, kami pun bertolak menuju ke Ismah Resort, Pengkalan Balak, Melaka. And here we go! go! go! perjalanan smotth je tetapi elok-elok je masuk ke Area Alor Gajah lepas tol tu, semua pun jadi hilang arah tujuan. Tak sesat cuma kalut sedikit bila guna peta yang dibekalkan Nora tapi sorang pun tak paham. Hahaharu. 2-3 kali buat pit-stop untuk confirm adakah jalan yang dilalui tu betul atau salah. Sampai last sekali my dearest husband pulak yang ditugaskan untuk membantu kami menuju ke tempat tersebut menggunakan Google Map di Iphone beliau dan saya sebagai co-driver yang bantu beliau baca map tersebut. Akhirnya tiba juga, syukurlah. Huhuhu. Thanks Google Map! :)

Sampai je terus check-in and lepas letak barang terus gigih mencari gerai makanan sebab semua pun dah lapar. Akhirnya di depan Matriks Londang berjumpa dengan gerai makan yang makanannya boleh tahan sedap jugak especially the Asam Pedas but sorry tade gambar sebab perut terlalu lapar untuk kisah pasal gambar. Huhuhu. Balik bilik rehat dulu and plan nak tidokan Harits but he refuse to sleep at all, last-last Daddy yang tidur pastu ibu lah gigih melayan si kecik tu main-main dan main. Bila dah boring sangat dok dalam bilik, dalam jam 4pm macam tu siapkan Harits untuk swimming. To the pool! Dan ini sedikit sebanyak gambar time swimming yang diculik di FB puan Srie untuk di share kat sini (inilah nasib orang ada camera phone je. Eheh) Thanks puan Srie sebab sudi amikkan gambar kami ^_^










Masa kat pool ni my budak tecik adalah super excited walaupun tengah selsema masa tu, dia tak kira. Last pergi swimming masa bulan June dulu, so kali ni dia betul-betul lepas gian nampaknya. Hahahaha. Serious budak ni tak takut air langsung, kalau dia pandai berenang tu dah lama agaknya dia buat 2-3 round kuak lentang kat swimming pool tu ;p but sebab tak pandai berenang lagi makanya ibu and daddy jela harapan dia untuk bergerak dalam air tu. Huhuhu. And after the swimming session, konon-konon nak pergi berposing dalam laut pulak but baru je dalam 10 minit berendam dalam tu, hujan pulak turun dan tak sempat bergambar pun. Pastu duduk dalam bilik masing-masing jela berdetim suami isteri dan anak sambil tunggu dinner. Huhuhu.

The dinner time adalah heaven untuk perut kami, Pangkalan Balak seafood is highly reccomended. Sedap sangat dan harganya untuk 10 orang makan RM300. Oklah kot but semua pun tamahak nak order banyak-banyak sampaikan tak abes makan dan tapau untuk Cla and Tasya yang sampai malam tu. Huhuhu.










Next aktiviti lepas makan adalah karaoke, but my baby boy dah flat awal-awal sebab tak cukup tidur siang jadinya Ibu dia jela yang join karaoke tu sebab Daddy kena duduk bilik jaga Harits. Kejap jela pun karaokenya sebab tiba-tiba baca kat twitter yang Harits dah bangun, kelam-kabut lari balik bilik rupanya Daddy buat joke twitter #faktatipu je. Daddy tu. Bikin ai panik je. Hohoho. But after that ai terus tukar uniform dan tido, malas nak patah balik berkaraoke plus kesian kat my heroes dua orang tu. Huhuhu. My BFF yang lagi dua orang tu sampai around 10.30 terus join karaoke sambil mengambil gambar tanpaku di sisi T_T dan meneruskan sampai ke 12 malam kot if ai tak silap. Gigih betul korang melalak ye. Huhuhu.







Oklah, ai akhiri entree ini dengan gambar gegadis dan emak-emak orang yang gediks ini. hehehe. Now tgh nak susun gambar untuk day 2 pula. Stay tune uolss! :)

Friday, October 7, 2011

Selamat Pengantin Baru & Best of Luck My Dear!



Sahabat

Esok...

Kamu akan bernikah lagi.

Aku berdoa kali ini...

Semoga bahagia akan kekal sehingga syurga

Suami kamu itu nanti,

Harapnya akan lebih bertanggungjawab, jujur & ikhlas dalam menyayangi kamu
Semoga dia bertabah hati untuk menerima anakmu walau bukan dari darah dagingnya sendiri.

Selamat Pengantin Baru Sahabat Tersayang

Tutup terus buku lama yang penuh durjana
Semoga bahagia milikmu selamanya
!

Monday, September 20, 2010

Selamat Jalan Wahai Teman - Jangan Lupa Daku Di Sini :)




Semalam dah upload cerita bout raya n my pregnancy journey so far. So, arini nak upload cerita pasal semalam.

Pagi. Iaitu lepas Subuh lagi tapi takla pagi sangat lebih kurang pukul 7 camtu la saya dan hubby dah bertolak ke KLIA untuk mengucapkan bye-bye buat kali yang terakhir kepada bff saya yang akan bertugas di luar negara. Sobss..Sobbsss...sedih. Minimum tempoh perkhidmatan beliau di sana adalah tiga tahun and maksimum lima tahun ye puan-puan. Phewwww! lama kot, Semoga beliau tabah la tinggal dan bekerja di negara orang yang serba kekurangan itu. Pastu sempat amik gambar sikit ja untuk kenangan sebab mula-mula terlupa coz syok sangat sembang pastu baby dia meragam pulak, my bff siap sempat tukar pampers coz selamba ja anak dia tersencing and siap tukar seluar and baju anak dia sekali few minutes before nak masuk ke boarding area tu. Hahaha. So, powerful mummy la dia and so cute la Qaireena.

Srie dan her precious lil' angel - Qaireena Krisya


Last pic together. Oh, lihatlah mukaku yang semakin tembun itu ;p

Friday, August 27, 2010

Majlis Iftar plus Farewell myBFF - Official Photos!



Macam dah lama ja tak membelog rasanya. Huhuhu. kesibukkan Hari Wanita 2010 dah selesai langsai. Semalam kami satu ofis siap dapat cuti khas lagi from our big boss. Yeay! Seronok. Jadinya masa dihabiskan dengan tidur sampai mentari tegak atas kepala pastu bila bangun siap-siap pulak ke Midvalley untuk survey barangan baby termasuklah stroller idaman hati. Huhuhu. Berbuka pun di Midvalley tapi kat foodcourt jela.

Ok, enuff bebbling dan seperti yang dijanjikan. Silalah tuan/ puan enjoy tengok gambar-gambar kami berbuka tempoh hari featuring perut saya yang dah semakin membulat nampaknya. Comel tak? Comel kan saya? Cepat cakap comel kalo tak saya tamau bagi korang baca blog nih lagi. Bluekss...Hihihi ;p

Masih manisss je semuanya. Nampak masih 'Hottie' ja lagi kan? Hihihi. Perasan!!!


Nangis betul-betul rupanya bff saya nih. Thot beliau main-main ja. Sobss..sobss.



Inilah kad 'custom-made' yang telah membuatkan memerah mata beliau


Daddy in progress. Hehe. Comel je hubby dok bz baby-sit anak Nora - kawan saya.


Comei sangat. Erynna Arrissa nama baby tu.


Untuk makluman, yang berbaju hitam di tengah-tengah tu adalah seorang mummy anak tiga (3) ye. Makin cantik body dia. Haruslah diangkat menjadi idola saya selepas bersalin nanti. Huhuhu.


Aunty Sheela yang sangat tak sabar nak kiss baby-baby ;)


Aunty Srie pun tak sabar nak jumpa baby-baby. Tapi rasanya untuk bertemu secara live lambat lagi kot coz dia dah nak terbang 19 September nih. So sedihhhh :(


Daddy tengah hugging ibu dan baby-baby sekaligus! Schweeeetttt sangat :)




Monday, August 23, 2010

Majlis Iftar merangkap farewell Puan Srie a.k.a myBFF


Syukurlah majlis yang dirancang menjadi kenyataan. Berlangsung pada Jumaat lepas bertempat di Flaming Steamboat, Sunway. Kami have fun banyak dan menikmati saat-saat akhir bergumbira bersama Puan Sri Marzura yang bakal posting di luar negara lepas raya nih. Lama kot tempoh posting tu iaitu tiga - lima tahun kot. Will surely miss u a lot my dear BFF! :(

Before time nak balik tu kami reramai bagi custom-made card yang sangatlah menawan hati hasil nukilan creative designer si Dasheela tapi Puan Srie yang diraikan telah menangis terharu pula bila dapat kad tu. Huhu. Tak sangka pulak akan ada sesi curahan air mata. Saya pun turut sebak sama.

Then sesi bergambar kenangan berlatarbelangkan Sunway Pyramid di waktu malam. Serius sangat seronok. Tapi harap maaf - gambar official daripada our official photographer tade lagi. So, takleh nak curik dan upload di sini. Bila beliau dah siap edit semua nanti saya janji akan post di sini.

Apapun, BFF ku sayam, jangan sedih-sedih dan fikir banyak sangat pasal posting ni ok? Fesbook/ blog/ ym/ skype kan ada untuk menconnectkan dan mendekatkan diri kita? InsyAllah panjang umur kita jumpa lagi di Malaysia. Doaku agar kamu kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan/ pekerjaan di negara orang.



Dedikasi puisi puitis ini khas untuk kamu sahabatku:
Farewell my friend, I say it with pain :(
Farewell my friend in sunshine or rain
but
Farewell is never forever
coz
in one fine day
I know we'll see each other again*hugsssssssss*

Much love,
IemaZahra

Monday, May 24, 2010

Weekend Story Wrap-up!!!

Hi semua!

Soriiii for the late update.

Actually, banyak juga yang jadi weekend lepas. Just me ja yang tak sempat or malas nak update. Huhuhu.

Firstly, Alhamdulillah. BIL+SIL and their two lil' princess dah selamat sampai ke bumi Malaysia tanah tumpahnya negaraku pada Jumaat malam Sabtu yang lepas. Syukurlah semuanya selamat. Souvenir yang dibawa pulang bersama kaler merah merona di pipi anaknya yang bungsu adalah sangat banyak dan menggembirakan hati. Me and Hubby dapat baju sorang sehelai, pastu coklat and fridge magnet yang comel-comel belaka (suka sangat!!) parfume for each of us (tapi hubby dapat yang 50ml punya. Huh. Jeles ok ;p) and yang paling best adalah baju short sleeve jumper for our baby-baby. First baby stuff yang kami miliki. Suka gila! Ada lima helai jumper dalam satu bungkus and me bagi kat my sis s2 helai untuk baby dia jugak :)

Besoknya, iaitu sabtu kami pergi ke rumah my BFF yang anaknya sakit itu. Sangat kasihan akan anaknya, lepas muntah-muntah kena cerry-berry pula. Lembik dan budak tu dan asyik merengek saja. Aku faham, baby baru 6bulan kot. Kesian gila. Tapi sesungguhnya beliau penyabar betul orangnya tapi aku nampak la muka dia yang sangat risau tu. Aku tak mampu nak buat apa-apa bila anaknya nangis-nangis. Apa yang aku terdaya buat hanyalah doa agar anak dia cepat sembuh. Dan mengikut blog beliau yang sempat di baca tadi anaknya dah macam ok sikit. InsyAllah. Lepas ni akan terus ok sampai bila-bila. Aminnn.

Oh, ya. Kami juga sempat tonton filem 'Belukar'. Mahu suggest pada semua untuk tengok dan hayati filem itu betul-betul. Memang best sebab boleh tengok sambil berfikir-fikir. Jarang ada filem Melayu-Indie yang jenis macam ni kan? Salute jugalah dengan director, pelakon and semua yang bikin filem itu sampai jagdi best!

Sunday pula adalah hari kami bangun awal dan mengemas rumah. Wow! dan lepas itu kami lunch di luar. Malamnya Hubby pergi menjadi Lee Chong Wei bersama rakan-rakannya. Aku macam biasa. Tidur awal sebab esok kerja. Huhuhu. Sorhi shayang tak tunggu kamu balik malam tadi.




Tuesday, May 18, 2010

Doa untuk Baby Qaireena



Doa aunty semoga kesayangan my BFF yang kecik comel ni cepat baik, cepatlah sembuh.

Qaireena kena kuat semangat lawan sakit tu ye sayang. Wahai penyakit, pergilah kamu jauh-jauh. Dan semoga kamu juga kuat bertahan wahai sahabat. InsyAllah kesayangan kamu tu akan ok sedikit masa lagi. Aminnnn...

Cuma curious sikit, macam mana la baby yang sekecil itu boleh kena penyakit 'kencing kotor' yang serious sampai kena admitted? Apakah penyebabnya? Hummm...