Showing posts with label 14 weeks. Show all posts
Showing posts with label 14 weeks. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

A Healthy Mummy-To-Be


Harinie saya rasa sangat healthy. Daripada pagi lagi dah mula mensihatkan diri.

Breakfast segelas Susu Low Fat sebelum keluar rumah, sampai je ofis bancuh Horlicks Cereal plus makan roti Gardenia Toast'em perasa Raisin Oatmeal Chocolate sebanyak 2 slices. And now saya tengah munching-munchies Quaker Chewy Chocolate Chunk (low fat). Sekejap lagi saya akan memakan Subs Special Today yang berfillingkan Turkey Ham & Turkey Breast with Parmesan Cheese Bread. Yup. Yummy kan? (jika telah terlioq, sila berlari pergi ke Subway sekarang dan order Today's Special. Huhu) Saya tadi pun menapak juga ke Tune Hotel di sebelah Maju Junction tu untuk mendapatkan menu special Subway yang hari ini. Saya sangat suka menu Khamis tambah pulak dengan mustard and pickles yang masam-masam tu kan? Huhu. Memang terbaik. Hari-hari lain punya menu tak penah rasa lagi. Nanti la saya try pastu saya update dekat kawan-kawan dalam muka surat yang lain. Oklah, saya nak sambung munching pastu bersedia untuk berSUBWAY. Hehe. Oh ya, saya juga dah tapao air kotak Soya versi kurang manis. Yeay!

Sangat sihat kan menu breakfast dan lunch saya hari ini? Harap-harap baby-baby pun membesar dengan sihat dalam tummy ini sambil bergembira memakan makanan healthy yang diprovide oleh ibunya. Good job ibu. *Clap-clap* untuk diri sendiri :D




A Bun in The Oven - Exclusive Photo!



Setelah puas bercuti daripada Jumaat lepas sampai semalam, harinie kembali ke rutin normal di kantor. Takpa-takpa, bos tengah bercuti sampai hujung minggu ni, jadinya taklah terasa seperti berada dikantor sangat pun. Hehe. Suka! ;p

Semalam konon-konon ambil cuti extra untuk rehat-rehat sebab penat travelling jauh-jauh but bukan rehat sangat pun. Pagi-pagi jugalah saya dah bangun kemas rumah sikit-sikit pastu Hubby ajak pergi tengok early-bird show citer Prince of Persia. Yeay! plus yesterday is Wednesday yang cheap-cheap punya price. Yeay lagi! :)

Di suggest semua untuk tonton cerita itu coz its very the entertaining. Tak kisahlah jika sebelum ini si Jake Gyllenhaal tu pernah berlakon romen-romen dengan lelaki pun (isk..nasib baik tak pernah tengok cerita Brokeback tu. Huhu) yang penting dia belakon dalam itu gambar nampak sangat gagah perkasa dan ensem. Phewitttt! :D

Apapun, nak ciwi (orang Kedah tau kot words ni) dengan gambaq Ultrasound Scan tempohari yang finally telah berjaya di'softcopy' kan. Silalah tatap rupabentuk baby-baby the precious kami. Enjoy! :)

Edited by Mr.Daddykool :)




Sunday, May 30, 2010

1st Meeting With Our Baby-baby The Precious


Hello semua, bagaimanakah cuti anda? Musti best kan? Dapat rest lama-lama sebab weekend panjang. Hehe. Saya pun best coz saya still dalam mode holiday sebab saya dah apply untuk berholiday sampai Selasa nih. Huhuhu. jangan jeles ye ;p

Anyway, juz nak sharing with all of u sweeties bout pertemuan kami dengan 'baby-baby' di medan ultrasound.

Officially, semalam for the first time kami pergi ultrasound scan. Perasaan adalah sangat nervous dan happy tetapi sesampainya di klinik poton' pula feeling tu sebab bosan menunggu akibat patientnya yang sangat ramai. Sempat la saya tumpang sencing kat klinik tu sekali and Hubby pulak sempat khatam satu paper sampai habis setiap muka surat dibeleknya. Betul-betul lama ok. Huhuhu.

But masuk ja dalam bilik doktor kami jadi excited balik. Tapi...chewahh, ada lagi tapinya kan? Huhu. Yela, kena la tapi yang banyak sebab klinik tu punya mesin ultrasound juz ada 1 ja screen, means Hubby and doktor jela yang dapat tengok proses mengscan itu start dari awal sampai habis. Hubby siap tanya, confirm ada 1 heartbeat je ya? Huhu. He really thot kami dapat twins sebab perut saya dah macam agak besar. Hehe. Sangat jeles dengan Hubby. Uwaaa. Nak tengok baby-baby jugak.

Saya yang dah tak sabar ni mencelah dipertengahan and terus cakap kat doktor
"alaaa, nak tengok jugak," but the doctor was like, "sat, sat, sat, saya nak amik ukuran dia sat noh," and lepas doktor tu dah amik ukuran, record pergerakan and EDD semua barulah dia tunjuk kat saya baby-baby tengah swimming happily. Wow! sangat kagum, rasa macam nak nangis pun ada. Comelnya anak ibu nih and the growth was like super-rapid. Cepat besar rupanya benih cinta kami iaitu 14weeks and 4days compared to LMP pastu EDD pun tercepat 10 hari dimana ia jatuh pada 22.11. 2010. No wonder la tummy mummy ni besar semacam ja :p

Dapat ja gambar, terus belek-belek macam tamau lepas. Sukanya coz finally, saya nampak baby-baby secara jelas dan terang. Lepas solat subuh tadi pun dok tatap ja gambar scan tu lagi. Okla, nak pergi sambung tengok gambar baby-baby lagi sekali. Rindu la pulak kat budak dalam perut ni =)

Selamat malam!

p/s: Nanti saya scan picture scan tu baru upload di sini ea sebab klinik tu charge murah gila iaitu RM30. So, memang la tak dapek dorang nak provide gambar dalam format jpeg ka apa kan? Huhuhu. Redha jela.