Showing posts with label 24weeks. Show all posts
Showing posts with label 24weeks. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Lower abdominal pain issue!


Hi sayangs semua, macam mana puasa korang harinie? Masih mantain puasa kan?

Bout my lower abdominal pain tu, saya dah pun pergi klinik dan check dengan doktor tadi. But apapun saya rasa lega & syukur jugalah sebab sakit kat bahagian ari-ari tu takde kena mengena dengan baby-baby. Tapi yang agak kurang bestnya bila doktor kata saya ada problem dengan bladder. Badan kurang air. So, process penyahtijaan akan menjadi sukar sikit buat cik buah pinggang dan ia akan memberi tekanan padanya bila saya berjalan dan buat aktiviti-aktiviti lain. Especially time-time preggy dah besar macam ni. Dats why rasa sakit/ senak/ cramp semua tu.

Oleh itu, bila doktor tengok badan saya dah memberi sign kekurangan air seperti bibir kering, kulit kering, sembelit dan sebagainya. Dia terus advice me not to teruskan puasa, sebab kalau i sendiri dah kurang air, baby dalam perut pun akan efek sama. Kesian my baby-baby. Pastu, doktor bagi ubat 2 jenis - air and pil in mild and minimum dosage khas untuk preggy mommy. Jadinya, saya terpaksa jugalah membuka puasa lebih awal tadi untuk makan ubat dan setakat ni saya dah minum tiga mug air dan dah terkench sebanyak tiga kali. Yeay! Huhuhu. Tapi lagi, doktor kata juga bukan takleh nak puasa langsung. Sebaiknya if nak puasa jugak kena minum air masak banyak-banyak start dari berbuka sampailah ke sahur. After this, no more colourful water for me. Huk. Tapi kalau air barli tu ok la but make sure kurang manis ya! :)


Oklah, stop sini dulu. Bye korang saya nak sambung wat keje sambil minum air suam dan nyanyi lagu raya. Lalalalalallaaaa :D

Tengah jadi seorang multi-tasker tapi rasa kurang sihat sikitlah.


Sekarang saya tengah membelog sambil membuat kerja sambil mendownload lagu-lagu raya. Sangat multi-tasker kan? kan? Hahaha. Sukati ja. Bila mode raya dah datang macam ni lah jadinya. Tiba-tiba ja nak rasa excited lebih-lebih. Tapi rasa syahdu la pulak bila dengar Cahaya Di Aidilfitri yang Black Dog Bone nyanyi nih. Huhuhu.

Apapun nak shere and tanya sikit, lepas buzy dengan program Hari Wanita last week, saya kan dapat cuti dan jalan-jalan survey barangan baby di Midvaley. Malam lepas program tu abes, saya terasa senak and macam sakit sikit kat bawah bahagian ari-ari tu. Pastu masa kat Midvalley lepas dah macam jalan lama sikit rasa sakit juga kat tempat yang sama then rasa macam nak terkench sangat-sangat. Dua-tiga hari lepas termasuk semalam rasa senak/ sakit/ cramps jugak kat bawah tu time sujud bila bersolat. Hummmm. Agak-agak kenapa ye ibu-ibu semua? Normal kah rasa macam senak/ sakit/ cramp ni jadi selalu? Before this tak pernah pun rasa macam ni. Risau jugak ni.

Tapi kejap lagi rasa macam nak pergi check kat klinik sebelah ofis ni lah. Check jela kan. Arap-arap takde benda serius la. Hopefully...InsyAllah.

Friday, August 27, 2010

Majlis Iftar plus Farewell myBFF - Official Photos!



Macam dah lama ja tak membelog rasanya. Huhuhu. kesibukkan Hari Wanita 2010 dah selesai langsai. Semalam kami satu ofis siap dapat cuti khas lagi from our big boss. Yeay! Seronok. Jadinya masa dihabiskan dengan tidur sampai mentari tegak atas kepala pastu bila bangun siap-siap pulak ke Midvalley untuk survey barangan baby termasuklah stroller idaman hati. Huhuhu. Berbuka pun di Midvalley tapi kat foodcourt jela.

Ok, enuff bebbling dan seperti yang dijanjikan. Silalah tuan/ puan enjoy tengok gambar-gambar kami berbuka tempoh hari featuring perut saya yang dah semakin membulat nampaknya. Comel tak? Comel kan saya? Cepat cakap comel kalo tak saya tamau bagi korang baca blog nih lagi. Bluekss...Hihihi ;p

Masih manisss je semuanya. Nampak masih 'Hottie' ja lagi kan? Hihihi. Perasan!!!


Nangis betul-betul rupanya bff saya nih. Thot beliau main-main ja. Sobss..sobss.



Inilah kad 'custom-made' yang telah membuatkan memerah mata beliau


Daddy in progress. Hehe. Comel je hubby dok bz baby-sit anak Nora - kawan saya.


Comei sangat. Erynna Arrissa nama baby tu.


Untuk makluman, yang berbaju hitam di tengah-tengah tu adalah seorang mummy anak tiga (3) ye. Makin cantik body dia. Haruslah diangkat menjadi idola saya selepas bersalin nanti. Huhuhu.


Aunty Sheela yang sangat tak sabar nak kiss baby-baby ;)


Aunty Srie pun tak sabar nak jumpa baby-baby. Tapi rasanya untuk bertemu secara live lambat lagi kot coz dia dah nak terbang 19 September nih. So sedihhhh :(


Daddy tengah hugging ibu dan baby-baby sekaligus! Schweeeetttt sangat :)