Friday, October 7, 2016

Rutin Baru Bermula April 2016

Tahukah anda bermula 1 April saya tidak lagi berkhidmat untuk wanita? Selepas 9 tahun bergelumang dengan kerenah wanita akhirnya saya ditugaskan ke Jabatan baru yang bertanggungjawab dengan perundangan negara. Mihmihmih. Skema sungguh intro ;p 

Tetapi secara rasmi mendaftar diri di Jabatan baru adalah pada 11 April 2016. Masa tulah baru nak isi borang-borang yang banyak, ambil gambar pasport untuk buat pass kerja baharu, daftar diri dalam Kelab Sukan yang baharu dan lain-lain benda yang pekerja di tempat baharu perlu buat.

Fast forward dah masuk 6 bulan saya di sini. Ini bermaksud, rutin harian setiap pagi pun bertukar. Dulu setiap hari drive dengan my two baby girls ke office sebab taska bawah office saya je dan abangnya Daddy yang hantar. Waktu balik pulak just turun je lif ke tingkat 1..tadaaa!  boleh terus ambil diorang. 

Maka, mulai 11 April hingga 3 Jun jam 7.30 pagi saya pun berlenggang kangkung je keluar rumah terus ke office. Perasaan lain yang amat dan kosong je. Time ni rasa sangat kesian kat husband sebab dalam masa dua bulan tu beliau seorang diri berhempas-pulas mensiapkan ketiga-tiga anak di waktu pagi untuk hantar ke taska dan tadika. Thanks so much husband! Tapi takdelah I lepas tangan gitu je. Saya cuba jugak bantu ringankan beban dia dengan siapkan sarapan pagi yang simple-simple, prepare beg sekolah diorang dan sediakan baju yang nak kena pakai pergi sekolah pagi tu atas katil.

Masuk 1 Ramadhan tanggal 6 Jun 2016, setelah perbincangan mendalam diadakan oleh suami isteri - rutin saya sekali lagi berubah. Saya pulak yang bertugas hantar anak bujang ke Tadika pagi-pagi sebab masa bulan Ramadhan class dia start awal at 8am. So, marilah Abang pergi bersama ibu. Lepas Ramadhan habis..Abang pilih untuk pergi bersama ibu, dia tak kisah sampai awal pun. Yeay! Ibu suka je. Alhamdulillah...At least pagi-pagi ku kini dah tak terasa kosong lagi sebab ada je perbualan harian yang akan mencerahkan bijik mata dan jiwa terjadi dengan budak bijak, banyak cakap berusia 6 tahun ni.




Peace!


No comments: