Saya puasa harini.
Pertama kali puasa semenjak preggie.
Syukurlah semuanya berjalan lancar juz dekat-dekat nak berbuka tu rasa macam lapar gila sangat-sangat but thank God tidak terjadi perkara pelik-pelik macam pitam ka apa. Saya siap masak tomyam, sambal tumis n telur dadar lagi tadi. Baby-baby dalam perut ibu ni sangat strong la. Love u sayang! dan lagi satu, saya mahu kiss banyak sama Mr. Hubby sebabnya beliau teman saya puasa sama-sama tadi pastu sangat tak komplen apapun even tomyam yang saya masak tu tawaq habiaq, kurang masam dan pedas. Love u jugak shayang!!!
Salah satu sebab lagi saya kata baby-baby ni strong coz tengah hari tadi saya ke HKL untuk setelkan my dad punya pengesahan doktor untuk kad OKU, jalan agak jauh juga dari parking ke klinik. Afterdat jalan pula ke Sogo, niatnya nak pergi farmasi ja cari NeuroGainPB tetapi terlangsung ke fresh marketnya dan beli pulak bahan-bahan nak masak berbuka semua. huhu. Naik atas dekat lobi Sogo tu macam biasalah sale je manjang, lalu terbeli pula dua alas kaki. Murah ok, RM5 ja satu. Rasa best bila dah beli coz it full with happy colours iaitu pink n apple green. Makanya nanti rumah saya pun akan jadi makin happy dan berseri. Memang seronok dapat beli macam-macam tapi bila balik ofis terasa sengal kaki semua. Padan muka, sapa soh jalan banyak sangat? ;p
Berbalik pada cerita NeuroGainPB, saya dapat tahu pasal supplement ni melalui pembacaan di blog-blog sekitar ibu yang pernah preggie dulu dan kata mereka result ia adalah sangat bagus untuk perkembangan otak baby. Baby akan jadi cepat pick-up dan aktif. Of course lah usaha ni perlu disertakan dengan doa dan tawakkal padaNYA juga kan? Juz harganya ja agak mahal iaitu RM63.90 for 30 capsules. Sebelum ni yang saya pernah baca its juz around RM54-55 only but in order to get the best for our baby-baby saya pejam mata ja masa bayar tadi. Huhu. Rakan-rakan saya terutamanya bakal ibu di luar sana digalakkan untuk mencubanya. Meh kita try sama-sama makan supplement nih, pastu bila baby dah lahir kita lihat perkembangan mereka macam mana. and share-share la experience kita kat cnie. Best kan?

Oklah, saya dah lapar balik ni, nak pergi makan pastu kejap lagi saya nak try this brain-food for baby-baby dan harapnya dengan izin Allah, beliau akan mendapat sebuah otak yang super genius setelah lahir nanti. Aminnn...