Mula-mula simpan niat dalam hati selepas adik dia lahir, masa tu Harits 20 bulan. Cadangnya nak terus stop but takut pulak Harits kena kejutan emosi. Dahlah tiba-tiba ada orang baru, orang tu pulak amik nenen dia sepenuhnya. Tak ke kesian? Huihh...Kesian kot. Jadi saya cubalah bertahan untuk tandem dalam beberapa minggu, lagipun masa awal-awal minggu tu kan breast dok engorged je. Maka, sedang eloklah Harits susu sama tolong kosongkan breast. Hehehe.
Saya start nekad nak wean-off kan Harits Haidar ni bila diri sendiri rasa tak selesa nak susukan dia. Sakit nen, sakit pinggang, lenguh tangan semua time pangku dia menyusu jika susukan dalam posisi duduk tu. Pastu tengok dia pun macam just nak lepaskan gian je & bukannya betul-betul nak susu pun time tu. Kalau tak silap masa tu Oktober, Harits dah nak masuk 2 tahun.
Few weeks before dia tepat dua tahun pada 22.10.2012, saya cuba apply teknik pujukan. Yang mana bila dia mintak je saya dah mula suntik kata-kata "Abang dah besar, dah tak boleh nenen" pastu dia nampak saya nak susukan adik mulalah dia ngendeng kata "Nak nenen" Tapi saya keraskan hati, cakap lagi kat dia baik-baik "Abang dah besar, ni susu adik" or "Nanti ibu buatkan susu lain untuk abang ye"
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Teknik pujukan saya berjaya tanpa ada drama air mata atau apa saja rayuan, tangisan atau amukan daripada si tecik hensem comel saya tu. Saya pun terkejut dengan penerimaan dia. Betul-betul tak sangka. Tapi ada juga Harits ngendeng mintak tapi saya tolaklah dengan baik. Pujuk-pujuk dia. Betapa saya sangat bersyukur Allah permudahkan proses Perceraian susu dengan si Abang tecik ini.
Syukur Alhamdulillah. Abang dah makin besar & bijak.
___
Nota untuk Abang (Muhammad Harits Haidar),
Syukurlah, dengan rezeki Allah yang memberi keizinan sehingga Ibu berjaya susukan Abang selama 2 tahun genap (walaupun tidak exclusive). Ibu kagum dengan kesabaran & ketabahan hati abang masa proses weaning-off tersebut, ibu tahu abang nak sangat tapi Abang cepat paham yang Abang dah tak boleh nak menyusu dengan ibu. Dengan rela hati abang berenti sendiri. Tak susahkan ibu atau pun daddy. Sentiasalah kekal menjadi seorang yang bertabah & bersabar hati walau apapun yang terjadi dalam hidupmu nanti nak. Ibu halalkan semua susu yang membina susuk tubuh badan abang selama 2 tahun itu dan ibu harap dengan keberkatan susu ibu itu akan membuatkan abang bijak, sihat dan walafiat sentiasa.
Sayang sangat,
Ibu
2 comments:
ok menangis baca post ni sekian. Dulu masa weaning Ayra yana yang emotional Ayra rilex je. SIGH.mommyhood memang bukan perkara macho. :P
I pulak menangis sambil tulis post tersebut. Huhu. Mmg emotional sangat bile kena weaning Harits. Kita memang mak2 yang hati tisu ;p
Post a Comment