Wednesday, February 20, 2013

Six Month - Nur Ara Adney






Pejam-celik, pejam celik (yaa..cliche i know) but memang itulah words untuk pengalaman dengan si Tecik Princess ini, tak rasa masa yang berjalan. Kejap je dia dah enam bulan.



Kekecutan perut ibu bila Nur Ara Adney menginjak enam bulan adalah lebih kepada persediaan home-made solid foods. Ini sebab nak tebus kegagalan masa abang Harits Haidar dulu yang cuma makan cerelac je untuk suapan pertama dia. Alahai... Masa tu ibu buta mata-hati sikit bab-bab home-made solids ni. Ingat nak senang je (kot). But syukurlah masa genap adik enam bulan adik berjaya disuap dengan Apple puree+EBM dan adik makan banyak jugak but end-up malam tu adik sakit perut. Haiyooo. Kesian adik, suka tapi Apple tu tajam kot & masih awal sangat kot intro Apple to adik. So, skip apple for sometimes. Buat bubur nasi kosong blended pula & alhamdulillah, adik menerima bubur nasi dengan gembira. Ibu is happy. Lega. Adik sangat pandai makan.



Anyway, for her latest check-up semalam her current weight is 6.6kg & height is 63cm. Naik 3kg & memanjang 1cm but nurse kata no need to worry if tak naik banyak coz perkembangannya normal seiring dengan usia. Kena cucuk jugak dan menangis kuat gila baby girl saya tu, kesiannya but tak lama lepas tu bagi nenen terus ok dah. Hehehe.

Ara sekarang dalam phase nak merangkak, start position merangkak ini about two weeks ago tapi masih tak bergerak lagi. Just bontot je tertonggek-tonggek ke depan belakang. Pastu bila nak bergerak dia meniarap & mengesot ke depan. Cute gila okay! rasa nak geram je hari-hari tengok gelagat budak ni. Lepas tu Ara terlalu mengidolakan abang dia. Suka sangat tengok abang dia & terkekek-kekek gelak if diagah oleh si Abang. Kalau kita agah tak terkekek sangat. Abang dia bulikan dia ke, penyek-penyekan muka ke hapa ka, dia boleh je nak senyum, rilek2 lagi. Hoho. Adik...adik. Nanti lah i upload video adik kena buli dengan abang but dia masih gelak2. Harap korang boleh tengok

Masih lagi fully BF. Walaupun berdepan dengan pengalaman susu drop terok masa Ara 5 bulan yang lepas. Seminggu dua ni dah macam ok balik. Oklah, terus teringat yang i belum pump susu lagi. Nanti i sambung lagi menulis.


Till then, enjoy!











4 comments:

nihadriz said...

Aaa chomelnya Araaaa~

I baru je pump pukul 8.30 tadi. tunggu pukul 10 pulak hehehe~ (pagi tadi abngun lambat so tak dan nak pump huhu)

Zahra Al-Rasyah said...

Niha: Thanks aunty Niha :)

I suka entries u pasal solids. Sangat membantu i yang baru bertatih ni walaupun dah anak 2 orang. Hehehe.

nihadriz said...

owhhh itu biasa2 je. banyak experiment kat Amna hehehe~ one thing is, kalau makan broccoli kena campur cheese, baru dia laju sikit. hehe~

aThidEaN said...

wah cpt nye masa berlalu...
aduhai, nnt anak dara i pulak besar, i sure sedih jugak.rasa nak baby lagi.
huuu, tp i kan czer jugak kali ni, so kena tekad mengawal kali ni.haha
btw i dok usya headband yg sama ngn ara tu gak..seb baik xbeli lagi.