Friday, November 16, 2012

Kisah Kelahiran Nur Ara Adney


Alhamdulillah. Akhirnya dikembalikan mood untuk menulis. Lama gila tak tulis kat sini. Lagipun sempena Ara dah 3 bulan pada 11.11.2012 hari Ahad lepas, marilah imbas kembali kisah kelahiran (yang ingat-ingat lupa) anak kedua saya tersebut. *sambil belek tengok kelendar*

9. 8. 2012 (Khamis) - Hari Masuk Wad

Menyerah diri secara sukarela di Hospital Putrajaya pada lebih kurang jam 3pm. Masa ni dah overdue 7 hari dari EDD yang sepatutnya pada 3. 8. 2012 (Jumaat). Ingatkan masuk-masuk je wad terus boleh induce, rupanya salah telahan kami. Haha. Bermalam dulu 1 malam sambil menanti contraction secara natural but nan hado. Mild contraction je pun. Syokkk ye adik dok dalam perut ibu? Hahaha.


10.8. 2012 (Jumaat) - Hari Kena Induce

Seawal jam 7am saya dah bersiap nak ke  procedure room untuk di induce. Tepat jam 7.30 pagi doktor pun sampai dan check bukaan (VE), masih lagi 1cm dan doktor masukkan setengah biji pil kat bawah untuk induce. 1/2biji pil je dimasukkan sebabnya saya dulu operate so, doktor taknak bagi pressure yang terlalu kuat pada rahim, takut pula risiko rahim pecah.

Lepas je induce saya di suruh berehat sejam. Pukul 10am dah terasa kesakitan yang banyak and its gradually increased. Makin lama makin sakit. Buat breathing technique. Mulut tak henti baca Selawat & zikir Nabi Yunus dalam perut ikan nun "Laiilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntum Minnazallimin". Pukul 12 tengah hari check VE lagi, bukaan baru 2cm. Tapi masa lunch hour masih boleh makan KFC yang adik bawak walaupun sakit. Hihihi. Thanks Ijah for your support and tips. Then, petang pulak husband datang, mak mertua datang, Ijah pun datang lagi bersama mak untuk bagi support. Terharu sangat dengan sokongan moral drp semua. Masa ni mertua cakap muka saya dah takda sunyum. Sikit2 berkerut tahan sakit yang rasanya datang every 5minutes. Crazy man! But saya masih boleh bawak berjalan pusing ward & practise breathing technique yang belajar dari aishah. Pukul 6pm doktor suruh masuk balik procedure room untuk buat VE lagi and still bukaan 2cm. Masa ni doc kata kalau malam ni takde progress esok akan masukkan lagi 1/2biji pil tu.

Jiran sebelah yang kena induce sama-sama dengan saya pagi tadi dah selamat ke labor room pukul 4pm macamtu & selamat bersalin jam 7pm. Saya pulak masih menahan sakit contraction. Dia masuk ward balik lepas selamat bersalin jam 8malam++ macam tu tengok saya dok terbaring kat kat katil menahan contraction. Kejap-kejap saya mengerang. Dia pun risau, pastu tanya nak panggil nurse tak? Saya kata tak apa, nantilah kejap lagi. Last-last pukul 10 malam macam tu, dah tak tahan sakit sangat saya pun roger sama nurse. Mujur jugak masa tu doktor tengah round, doctor pun prepare alatan, check bukaan tengok-tengok dah 4cm. Padanlah sakit gila babs! Then doktor suruh nurse prepare pulak alatan untuk pecahkan air ketuban. Cucuk punya cucuk. Kebushhh...terasa air panas yang banyak gila mengalir keluar. Dorang masukkan ubat berak, terus pegi berak dulu pastu baru roger husband dalam pukul 11.30pm kalau tak silap. Husband cerita, masa tu dia kat rumah ada abang & akak ipar datang. Dorang pun siap nervous sama-sama dan sempat bagi tips kat husband dlm Labo room nnt kena buat apa. Hahahaha...so suwittt :) Call mak, adik angkat and cakap mak tengah tido. Pesan kat dia suruh mak doakan coz along dah nak masuk Labor room. After that, terus je nurse wheel ke Labor room, tak tunggu husband pun, hubs dorang suruh tunggu kat sana je.

11.08.2012 (Sabtu) - Hari Bersalin

Kat Labor room agak lama menahan sakit yang menggila, start dari jam 12am sampailah ke 4am. Tapi bukaan baru 6cm, dengan adikbaby tido je dalam perut. Memang tak membantu sangat untuk push herself out. Saya setiap kali kena goyang-goyangkan perut kejutkan adikbaby suruh bangun tolong ibu. Mulut memang tak berhenti berzikir. Perut taklah lapar tapi agak haus, nasiblah husband senyap-senyap seludup masuk air zamzam dan kurma bagi menambah tenaga. Masa tak tahan sakit tu mintak cucuk ubat kat bontot tapi doktor kata dah terlambat sebab dah 6cm and dia offer laughing gas tapi saya tanak, takut nnt masa nak push mamai. So, merasalah mempushing baby secara natural semuanya. Huhuhu.

Sakit contraction masa ni adalah sakit gila yang macam nak syahid je rasanya. Dalam bahasa kasarnya "Sakit nak mampos!" sorry sebab bercakap kasar but memang sakit nak mati rasanya. Apatah lagi bila rasa nak meneran tapi disuruh tahan, jangan teran. Masa ni breathing technique ke, doa apa2 ke, zikir ke semua dah tahleh nak baca sebab terlalu sakit. Saya siap suruh husband yang bacakan selawat and zikir nabi yunus tu sambil gosokkan belakang and gosok kepala. Dia hulur tangan suruh pegang pun saya tanak. Sakitnya sampai saya rasa pegang besi tepi katil lagi puas untuk bantu tahan sakit ni.

Masa dah 5.30pagi macam tu sakit yang maha dasyat datang. Tak tahannnn oi! Saya hanya boleh sebut Ya Allahhhh...Ya Allah...menggigil tahan sakit tu. Husband masa ni dah keluar nak pegi solat Subuh & tido kejap sebab dia rasa macam lama lagi saya dalam Labor room tu. Then, pukul 6.15pagi dah tak tahan sangat sakitnya dah saya jerit panggil lagi nurse cakap "rasa nak terberak sangat ni," pastu nurse tengok and godek2 bawah tu & dia kata "OK, dah 10cm tapi tunggu kejap," TUNGGU KEJAP? Korang buat lawak ke haa? Saya try la tahan jugak, husband pun dah masuk time ni sambil nurse semua sibuk siapkan apetah, tak nampak. 

By the time di suruh push saya  dah get ready into position & husband pun tolong angkat badan tampung belakang saya. Mulut dia tak berenti bagi kata-kata semangat. Saya pushhh sekuat hati. Tak keluar apa. Kali kedua pushhhhh! tak keluar jugak and then pushhhhh lagi terus doktor kata kami potong sikit ye, nak tolong puan... Dalam hati rasa potong jela apapun, tak kisah dah. Saya push lagi, sampai berbunyi2 meneran tu tapi salah push pulak. Muka je yang memerah tapi kat bawah takde efek apa. Hahaha. Husband pun cakap "pushlah betul-betul," Mana nak tau, kita dah rasa macam betul dah meneran macam tu. Doktor cakap, puan push macam nak berak sembelit tu. Teran betul-betul. Baiklah, saya cuba lagi. Pastu tiba-tiba contraction stop, lama jugak dalam 5minit macam tu kot. Saya pun stop pushing and nurse check heartbeat baby kata "puan, jantung baby makin lemah ni, puan kena betul-betul push kali ni. Maka, dengar je nurse cakap macam tu tak tunggu contraction pun, lepas 2-3kali teran yang kuat sekuat-kuatnya sambil husband & doktor, nurse tolong bersorak sekali lahirlah puteri kesayangan kami Nur Ara Adney ke dunia fana ini. Alhamdulillah..alhamdulillah. Husband terus kiss pipi & dahi saya cakap "goodboy, eh. Goodgirl" Masa ni satu wad ketawa. Buat lawak pulak suamiku tu. Hahaha. Ampun suami

Ara Adney keluar-keluar je terus berak. Thank God tak terberak dalam perut. Lepas bersihkan najis, dorang terus letak baby kat dada saya. Subahanallah, pengalaman melahirkan memang magis. Dapat je tatap muka anak rasa sakit nak mati tadi terus hilang diganti dengan rasa lega teramat. Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas kurniaan-Mu yang sangat berharga ini. Syukur. Syukur. Syukur.



 

4 comments:

J u l i a 。.゜✿ said...

Sedapnya nama baby !
Sedapnya nama baby !
Sedapnya nama baby ! =D

suka sangat nama Ara Adney.

tahniah sayang.. semoga semakin bahagia bersama keluarga comel ni yea =)

Zahra Al-Rasyah said...

Thanks so much Ju! Nama tu daddy dia yang bagi :)

InsyaAllah...sama-samalah kita. Semoga berbahagia juga untuk Ju & family. Bila Ju nak tambah member lagi? Hehe.

aThidEaN said...

u, mengalir air mata i xdpt tahan2..
sayu nye baca kisah bersalin u..
i cant imagine hows mine nnt.
thanks for sharing.

Zahra Al-Rasyah said...

InsyAllah...akan dipermudahkan proses bersalin u nanti.
Banyakkan solat hajat mintak doa pada DIA. Apapun u kena redha kan? Semuanya ada hikmah - ikut pintu ke tingkap ke. kan? :)