Assalamualaikum.
Iya saya tahu sudah berkurun belog ini terabai. Kesian kamu. Now nak cuba berjinak-jinak balik dengan butang-butang keyboard. Menarikan jemari walaupun terasa sedikit kekok. Ahhh..belasah! (Ni apahal #tetiba nak bermadah pujangga pulak?) Haha. Sorry. Tula dah kata, saya kekok! *aishaidar panggil ayam kokok ye* #tetiba lagi.
Nak share pengalaman kena bedrest kat hospital selama... Masa kat hospital memang tak ada bawak laptop ke, apa tablet ke, iPad ke (chewah, macam je kau miliki semua gadget tu kan nak sebut sini. Hahaha). Pastu kitorang pun dah lama terminate Maxis Broadband so, nak harap bawak lappy si putih old-school tu ke hospital sebab saja-saja memang tak la.
Check-in Ward
Hari check-in adalah hari yang hati paling tak keruan, terpaksa tinggal si tecik tu kat rumah. Sedihnyaa takleh nak cakap. Dah lah kita taktau berapa lama nak kena bedrest kat hopital. Dapat bilik yang 2 katil je, alhamdulillah selesa. Masa nurse bagi orientasi kecil-kecilan pasal ward, prosedur hospital semua terus tanya budak kecik boleh melawat tak? Sekali jawapan dia tak boleh. Uwaaaa...air mata sudah mula bertakung but lepas tu nurse cakap mak boleh turun ke lobi dengan syarat naik wheel-chair untuk jumpa anak. Lega sikit hati. Lepas settle semua hubby pun balik. Orang sebelah pun tak ada, kita sorang-sorang je tinggal. Masa ni lah melepaskan semua perasaan nangis gila-gila punya. Tapi bila dah lega, pikir balik elok-elok demi baby yang lagi seorang ni, terus jadi rela & redha untuk bedrest je kat hospital.
Hari-hari seterusnya di ward.
Setiap hari rutin macam biasa, bangun tido nurse kemas katil pastu sarapan dulu baru mandi. Pastu cuba membaca, duduk atas katil, tido, jalan sikit pergi toilet, tido in between baca-baca lagi. Hikmahnya duduk hospital boleh muhasabah diri & buat ibadat dengan lebih fokus dan lebih sikit dari biasa. Alhamdulillah, dapat baca Al-Quran almost setiap malam, baca buku-buku doa, berzikir & solat sunat banyak-banyak. Part ini yang sebenarnya paling indah masa duduk kat hospital. Apart from that, makanan kat hospital pun membantu juga menghiburkan hati. Not bad lah makanan yang diorang serve. Syukur sangat.
Antara petikan makanan yang menjadi penghibur hatiku kala sunyi. Huhuhu
Nurses and doctor pun baik-baik belaka. Every four hours nurse akan datang check Blood Pressure Ibu and Heart-Rate Baby. Pastu pagi-pagi doctor sampai, jengulkan muka dan tanya soalan standard ini "macam mana hari ni? Sihat? Ada bleeding? Contraction? Ada keluar air ketuban? Dan saya cuma perlu senyum dan jawab "semua ok doctor", kadang-kadang saya just geleng-geleng je kepala sambil senyum. Kadang-kadang saya jawab "tak ada". Dah memang setiap kali visit, itu yang ditanyakan. Diorang pun takde nak mengadap saya sangat nak buat details check-up sebabnya case saya Plecenta Previa Type 2 without bleeding. So, case saya ni kiranya tak serius manapun but still bedrest tu adalah penting if uri kat bawah, walaupun nampak macam tak ada apa-apa efeknya.
Ini masa buat CTG, untuk kira gerak baby
Then saya juga bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan Suami bersama Mama & Papa mertua yang sangat-sangat baik hati dan murah hati. Mereka setiap hari bawa Harits Haidar datang melawat saya di hospital tanpa gagal. Hari pertama Harits datang melawat dengan mama mertua saya sekali menangis sebab kesian kat cucu dia kena spend the night without ibu di sisi. Adalah diorang cerita yang sesekali Harits mengigau sebut ibu malam-malam but Alhamdulillah, semua pun berjalan lancar. Nasib baiklah hubby saya ada untuk take-over the job tidokan Harits malam-malam. Pastu Emak & adik-adik saya termasuk Cik Kinah (anak buah kesayangan) pun selalu je datang melawat, walaupun jauh berkilometer nak datang daripada Kepong-Putrajaya. Kak Long & Adik-adik ipar saya pun tak lupa datang jenguk. Terima kasih semua! Saya tak akan mampu membalas jasa & doa semua.
Sampai-sampai hospital terus nak duduk atas wheelchair ibu, pastu suruh ibu pulak duduk dia nak tolak wheelchair tu. Perangai.
Ni kejap je berkepit dengan ibu, tak sampai sepuluh minit pergi turun melarikan diri di keliling lobi.
Pavlova yang SIL tapaokan untuk saya. Esok tu pagi-pagi lagi Hubby dah datang bawak *Manisss sekali suami saya* :)
Kawan-kawan office pun datang juga & kawan seorang masa D*PA pun datang juga siap bawak magazine banyak-banyak lagi. Kedatangan dia memang sangat mengejutkan! Thanks Mother Ultramen. Hehehe. Saya pun sempat shopping thru BBM dengan Mishawads beli trial set AuraMaya dengan bantuan adik saya mentransfer duit. Hahaha.
Kat hospital selama dua minggu tu, sempatlah juga menjalin ukhwah dengan teman sebilik, tukar-tukar nombor telefon & BB Pin. Sharing pengalaman pasal macam-macam benda. Teman sebilik pun baik-baik belaka. Syukur sangat. Saya berjaya mendapat 4 orang semua roomate yang bersilih ganti dan semasa saya kat sana 3 orang dah selamat bersalin & balik bawak baby. Tinggal seorang haritue yang tak bersalin lagi tapi tak sempat nak berkenalan dengan lebih lanjut sebab esok tu saya dah boleh balik rumah. Huhu. Sorang ni masa 2day saya di ward dia berjaya VBAC (Vaginal Birth After Czer) tapi lukanya di bawah doctor kata agak teruk di bahagian dalam, nak berjalan pun siksa kata dia. Pastu roomate yang ke-2 ada diabetics & masuk ward masa 36weeks sebab baby kurang gerak. Pastu dia dah selamat melahirkan secara C-zer atas option dia sendiri. Yang ke-3 pulak baby dia kejap-kejap melintang, kejap-kejap songsang. Seminggu jugak dia duduk hospital sebab doctor nak monitor kedudukan baby, manatau tiba-tiba baby dah ok dan boleh bersalin normal kan? But lastly dia kena c-zer jugak sebab baby breech & tanak pusing. Yang last masuk masa sehari sebelum saya dibenarkan pulang. Case dia pulak, 30weeks tapi air ketuban dah pecah, habis keluar semua. Then ada bleeding sikit. Masa dia kat ward doctor tengah kelam-kabut cari Incubator di hospital seluruh negara untuk baby sebab kat PJH tak cukup Incubator & takut dia terbesalin awal. By the time saya keluar ward, dia still ok lagi dan bleeding pun dah stop. Now tak tahu apa ceritanya. Semoga semuanya selamat.
Check-out ward
Selepas ultra-sound scan on 7 June, nampak uri dah naik sikit tapi still type 2, masa nilah saya mintak doctor untuk balik bedrest at home. Doctor tanya saya balik, awak rasa ok ke? Betul ke nak balik? Of course la nak balik. Hehehe. Rindu dengan anak+suami satu hal, pastu am feeling tak best sebab kena susahkan MIL, PIL & my brother in-law yang paling bungsu tu sebab hari-hari kena bawak Harits melawat saya kat hospital. Rasa bersalah ok, tak best rasa camtu. So, esok tu 8hb masa doktor pakar datang check pagi tu saya pun tanya lagi sekali kat doktor nak balik boleh ke? Doctor kata bolehlah balik tapi dengan terms&condition yang sangat panjang & ketat. Plus dia bagi balik pun sebab saya tak ada bleeding langsung.
Alhamdulillah, gembira tidak terkata mendengar keputusan doctor tu.
Dah sampai rumah. Ok, terlupa bukak gelang tangan hospital. Punyalah excited dapat balik rumah tengok tv. Huuhu.
Masa bedrest kat rumah. Tinggikan kaki atas bantal. Salah satu petua naikkan uri
Oklah, i think its all for now. Nanti saya menarikan lagi jemari di sini. Byee peeps!
6 comments:
jaga diri baik2. jgn asek keluar shopping je. eh? :P hahahaha
Hahaha. Itulah sha, mentang2 dah baik kan? Terus nak keluar shopping je kejanya :)
kenapakah i baru tau niiii wahai jirankuuuuu???
kat rumah? petang2 bolehla bawak Amna lawat aunty Iema ye :)
Niha, case i tak serius sgt pun. Alhamdulillah i dah ok dah dear. Now tnggu masa saja untuk bersalin :)
Kalau ada masa marilah melawat. Hehe.
hai dear. u re back. now how ? nnti update byk2 k.
Yup2...am back!
Yeay! hehehe.. nanti i update lagi tau :)
Post a Comment