Tuesday, July 17, 2012

Kisah Warded Kali Ke-2 Because of IUGR





Begini al-kisahnya...




11 Julai 2012 - Rabu


Lepas subuh ada air keluar meleleh sampai ke lutut, saya tak suspect apa, ingat heavy discharge. Perut memulas2 dan selamat membuang. Lepas tu perut mengeras macam biasa.

Lepastu pegi opis & buat kerja mcm biasa sambil update blog. Hehehe. Sempat lagi tu.

Pastu teringat nak sms adik dalam jam 10 lebih, tanya pasal air meleleh tu, adik kata maybe air ketuban dah leaking. Logik juga kan? Kenapalah pagi tadi tak terpikir maybe air ketuban leaking. Then call mak, dia yang agak panik macam mak-mak punya panik la. Biasalah kan? Hehe. Dia terus suruh pegi hospital masa tu jugak. But i said takde rasa sakit sangat and air pun dah stop keluar, nantilah petang-petang sikit baru pegi.

Ada rasa nak membuang lagi. So, dalam jam 11am pegi membuang, nasib baik tekstur tinja tu solid tapi lembut. Lega.

Then jam 12 mcm tu ada terasa urge nak membuang lagi. Pegi toilet tapi takde kaluar apa pun. Oklah.

Jam 1pm before pergi lunch dok rasa lagi nak membuang, pergi toilet & still takde apa yang keluar. Fine, pegi makan dulu then naik balik ofis & solat.

After that, tunggu hubby fetch me bawak pegi hospital. Sebab budak2 ofis semua suruh pegi check, manalah tau ada bukaan dah kat bawah kan? Huhu. So, off to PJH we go!

Sebelum pegi hospital, menyimpang dulu balik rumah. Saya nak mempersiapkan diri. Manalah tau betul-betul dah nak terberanak kan? Saya mandi wangi-wangi, shampoo rambut semua & shave bersih-bersih. Penting ni, sangat penting. Hahaha. Settle semua, around 3.30pm sampai hospital but 4.30pm baru doctor panggil masuk bilik untuk buat CTG dulu. But the result is NO contraction at all. Pastu doc buat pulak vaginal speculum examination untuk check betul ke tidak ada leaking, tapi tak dapat nak detect sebab datang hospital pun dah lewat. Macamana dorang nak detect? Huhu. Then doc tengok buku merah, ada tulis baby growth not normal. Teruslah diorang buat ultrasound scan pulak.

Ini part yang kurang best...

Scan punya scan, result adalah baby umur dia 34weeks je compared to me yang sepatutnya 37weeks time tu. Alahai, 2.3kg je, kecik comei anak ibu ni...

Doctor suspect IUGR. Intrauterine growth restriction (IUGR) refers to poor growth of a baby while in the mother's womb during pregnancy. The causes can be many, but most often involve poor maternal nutrition or lack of adequate oxygen supply to the fetus (source: wiki)

Doctor kata nak kena buat close monitoring, saya tak boleh balik sebab kalau balik takut tiba-tiba jantung baby berenti berdegup which is baby meninggal dalam perut (Still birth). Adoilla..Macam nak pecah hati dengan kesan buruk macam tu. So, demi keselamatan & kesihatan si tecik dalam perut ni saya pun agree untuk dimasukkan ke wad. Doctor level MO tu ada cakap maybe akan induce untuk selamatkan baby but time tu belum mintak pendapat pakar lagi. So, masa dalam wad, kena buat CTG lagi malam tu and alhamdulillah bacaan jantung dia cantik!

How about abang Harits Haidar? Kebetulan my mom datang nak tengok keadaan anak dia ni, takut la betul-betul nak terbersalin ke hari tu. Mak datang bawak durian. Alhamdulillah... Lepas sudah hajat tekak nak makan durian. Hehehe. Makan durian kat luar Dewan Bersalin tu, selamba ja. Huhu. Then mak bawak balik Harits tido kat rumah dia satu malam tu. Daddy tido sorang je kat rumah, shian daddy...


12 Julai 2012 - Khamis

Around 9am kena buat CTG lagi sekali, result still cantik. Lega. Around 10am macam tu specialist datang round, dia siap pegang perut semua pastu dia kata baby macam tak kecik sangat je pun. So, dia arahkan MO buat ultrasound, if let say the result tak ok maybe akan kena induce. So, around 11.30am saya dipanggil masuk untuk scan, time scan tu result berat baby 2.4kg pulak dah, kira oklah bukan IUGR pun. Pastu MO yang check saya tu nak buat VE pulak, part ini agak ngeri dan tak selesa sikit. Redha jela. tapi MO tu kata rahim masih tebal & tak ada bukaan pun. So, saya diminta balik rehat kat ward balik.

Tiba-tiba dalam jam 12.30pm specialist hantar nurse untuk bawak saya datang jumpa dia, dia pulak nak scan saya. Tak puas hati agaknya specialist tu kalau tak tengok sendiri. Huhu. But kita as patient rasa puas hatilah sebab dia scan sangat details, siap buat vaginal ultrasound lagi untuk tahu kedudukan uri yang betul-betul tepat & tahap mana kepala baby dah engaged. Pheww.. (tetapi agak tidak selesa juga disitu)

Last-last specialist tu kata "saya tengok baby ni ok je, taklah kecik sangat pun". Doppler test pun ok. Alhamdulillah, syukur sangat. Specialist tu kata lagi "awak boleh balik & datang balik esok untuk repeat ultrasound scan pastu datang lagi Khamis nextweek untuk check lagi size baby & kepala baby dah engaged ke belum, ok?" Wah...dah boleh balik? Bagusnya. Nasib baiklah satu malam je kena warded & tak perlu nak induce untuk paksa baby keluar. Lega yang amat! 

Hopefully, by dis week kepala baby dah engaged masuk laluan dia yang betul & bole try bersalin normal. Tak sabar nak jumpa adik baby, please keluar sebelum puasa please adik sayang! :)







6 comments:

smms said...

kalu b4 puasa 2 3 hari ni je. jeng jeng. i plak excited. but u take care oke. semoga semuanya berjalan lancar.

aThidEaN said...

weeeee, adik keluar ikut bawah ye..bagi chance ibu rasa VBAC:)
nnt aunty nk pollow ibu gak

Zahra Al-Rasyah said...

Srie: Itulah, lagi 2-3 hari je kan? Hopefully by this Thursday, macam case kau dulu dtg utk weekly check-up sekali dah ada bukaan kan? Senangnya kalau mcm tu babe. Hehe.

Zahra Al-Rasyah said...

Fathiyah: Harap2nya tak adalah sebarang komplikasi nanti, ada jugak doc ckp pasal risiko rahim pecah. i mcm risau jugak but setakat skrg ni still yakin bole VBAC. Huhu. Kita sama2 berdoa ye, then u can follow me hehe :)

smms said...

yes time tu aku pun cum xsangka. to ms tu aku 39 weeks dah. aku rs ko xlama lagi ni. tungguuuuu. tp pantang during puasa dan raya. sungguh bertabah kamu kan. heheh

Zahra Al-Rasyah said...

Takde hal pantang during puasa, aku ok je yang kesian is mak mertua aku lah. Time siang nak kena masak utk aku.

As for raya pulak, if baby keluar before puasa ni dah sebulan kan? So, dah bole mkn ayam/ daging sikit-sikit. So, ok kot.

Tapi kita hanya berdoa & merancang. Dia yang tentukan bila sepatutnya :)