Wednesday, July 11, 2012

Petua Naikkan Uri



Alhamdulillah, saya dah nak masuk 37weeks (kalau ikut kiraan Nurse di KK esok genap 37weeks). Sekarang saya dah kembali bekerja & sembuh sepenuhnya daripada masalah uri di bawah or Placenta Previa Type 2. Syukur sangat-sangat sebab tak perlu bedrest di hospital lama-lama.

Okaylah, saya nak share few tips dengan semua kawan-kawan yang baca, hopefully boleh membantu sedikit sebanyak ye tips ni.

1. Doa. Doa. Doa. Berdoa banyak-banyak mintak dari Allah kerana hanya dengan IzinNYA saja sakit kita akan sembuh. Allah Maha Pengasih, Maha Pendengar, Dia yang Mampu Menghilangkan Kesakitan. Lepas itu jangan lupa pegang perut, usap perut & selawat banyak-banyak ke atas kekasihNYA Rasullulah SAW untuk mendapat syafaat baginda Rasul. Mintak suami buat solat Hajat juga, doakan kita & baby selamat, mintak suami buat air penawar juga. InsyaAllah, doa yang ikhlas dari seorang suami amatlah mustajab. Selain itu, doa dari mak kita & mak mertua kita serta ahli keluarga  yang lain. Pastu dengan tak malunya kita mintak je semua orang untuk doakan kita juga. Hihihi.

2. Bedrest. Take it seriously. Like really serious. Sebab kalau uri kat bawah ni, memang kita tak boleh berjalan banyak, apatah lagi berjalan-jalan shopping di mall. Ini kerana tarikan graviti akan sebabkan uri tu lagi turun dan kalau uri tu makin turun dan kepala baby menolak uri tu, akan boleh akibatkan pendarahan. Lebih teruk lagi tumpah darah macam paip pecah dan boleh mengakibatkan maut pada ibu & baby. So, dats y kalau doctor advice untuk kita duduk hospital & bedrest kita kena bedrest betul-betul, jangan ngelat. Dan lagi kalau doctor bagi balik dan bedrest kat rumah pun kita kena buat betul-betul juga jangan ngelat. Bedrest sangat membantu sebenarnya untuk menaikkan uri.

3. Masa tidur tinggikan kaki atas bantal. Kalau boleh buat setiap kali tidur. Jangan lupa okay.

4. Mak saya ada bagi pisang emas yang dibacakan doa. Doa apa yang dia baca saya lupa nak tanya pulak (nanti dah tau saya share sini ye). But setiap kali sebelum makan pisang tu mak suruh saya selawat & niat 'semoga uri naik balik, saya dapat bersalin normal seperti mana mak saya lahirkan saya dulu'. Emosi juga bila pikir nak kena makan 4bijik pisang sekali sebanyak 3 kali sehari. Nasib saya jenis suka makan pisang. So, makanlah pisang tu sampai overload. Tapi sekarang ni macam nak pandang pisang pun dah tak lalu. Hahaha.

5. Jangan angkat benda berat, tak boleh dukung anak, tak boleh naik kereta or motor sebab nanti terhentak-hentak, tidak boleh bersama suami sebab kita memerlukan pelvic rest.


Itu jela yang saya ingat setakat ni. Nanti kalau ada tips lain yang saya ingat saya share sini ye. Kalau ada tips-tips lain daripada kawan-kawan semua yang pernah alamainya silalah share sama-sama kat sini. 


Byeee semua!







10 comments:

nihadriz said...

makan pisang gitu je ke? tak boleh pelbagaikan pisang mas yang dibacakan doa tu? makan banana split ke, jemput2 ke hehehehe~

Zahra Al-Rasyah said...

Hahaha. Banyaklah u punya banana split babe ;p
kena makan macam tu je, barulah ada kesan rasanya. Kita usaha je kan? Alhamdulillah, berhasil :)

Unknown said...

salam..saya dh preggy 19 weeks..last weeks saya excident..doc ckp uri saya kt bawah..type brape xpasti..erm..mkn pisang??saya ada diabetis..boleh ke mkn..boleh ke kita g urut untuk naikkan uri??really2 need ur help sis..thanks.

Zahra Al-Rasyah said...

Salam Ija, try tanya doctor uri kat bawah type berapa? but rasanya 19weeks still too early to worry. Uri awal2 kat bawah biasanya boleh naik balik dengan sendiri. kalau dah 24weeks ke atas tu baru kena risau. Hehe.

Pastu kalau ada diabetics jgn makan pisang tapi petua lain i tak sure pulak selain pisang

Banyakkan doa ye, agar dipermudahkan hingga saat melahirkan :)

suria senin said...

Saya takut sgt.kandungan dah 30minggu.sedih sgt bila td scan dr ckp saya uri bwh.






norakma ab razak said...

Salam..sy preggy week 29..tp last week ms 28w pnye scan doc ckp uri sy rndah,de ckp 3,sy pon x terfikir 3 tu 3cm or type 3..de x ckp pape lg,cma ckp klu bleeding trus g hosp..ms blik br sy google psl placenta previa ni..tp x dpt info psl ukuran tinggi rahim..113

~Siti Nur Hawa M_S~ said...

Sis, i pon tgh takut gak last week scan plasenta agak bawah. Balik2 je trus google. :( risau, now 29 weeks.. Harap2 plasenta naik seiring tumbesaran baby..aminn- cikgu ct.

Unknown said...

Sis sy kt hosptl skunk ni..
Dh 30week...type 4..agk2 leh naik x?? Sy bt jgk mcm sis ckp 2....
tp bwu bt..mntk2 la naik..sbb lme nk tgu 2buln ag klaw x tumph drh..klaw tumph drh bby pramatang...

Unknown said...

Sis sy kt hosptl skunk ni..
Dh 30week...type 4..agk2 leh naik x?? Sy bt jgk mcm sis ckp 2....
tp bwu bt..mntk2 la naik..sbb lme nk tgu 2buln ag klaw x tumph drh..klaw tumph drh bby pramatang...

Unknown said...

salam.sy da 33 weeks.bru doc cakap uri da ke bawah type 2..boleh lagi naik uri tu ke atas..help me..ada suggest x mcm mn nak naikkn uri tu blik.tq sgt2