Monday, March 5, 2012

Saya dan Dia



Saya suka duduk rumah rehatkan diri bila cuti

Dia suka keluar jalan-jalan pula.



Saya tak suka lipat kain
Dia suka lipat kain dan kemas sangat kain yang dilipat itu



Saya suka basuh pinggan
Dia suka malas basuh pinggan dua tiga menjak ni. Hahaha.
Tapi kadang-kadang tengah malam kalau tengok pinggan melambak dalam sinki dia tolong basuh jugalah sebab dia tahu wife dia tengah tak larat




Saya sakit mata kalau tengok rumah bersepah
Dia tak kisah sangat pun dan boleh hidup dalam rumah yang bersepah itu. Hohoho
But bila mood rajin datang, dari depan ke belakang, atas ke bawah akan di kemasnya




Saya malas basuh kereta & suka sepahkan kereta
Dia rajin basuh & cantikkan kereta




Saya seorang yang cincai & tak kisah sangat
Dia seorang yang details. Contoh details macam baju yang ada koyak kecil yang sangat kecil but still dia boleh nampak dan komplen-komplen. Huhu.




Saya suka buat grammatical error...
Dia selalu jadi cikgu yang membetulkan kesalahan grammar saya itu (anak cikgu English la katakan ;p)






Saya suka mendengar dia bercakap & bercerita

Dia suka bercakap & suka saya mendengar dia bercerita

I really am good listener! ^_^




Dia brand concious. Bundle yang jual 2nd hand branded items pun tersangatlah dia suka pergi
Saya unbranded pun ok je, asalkan bukan bundle. I allegic bundle okay. Eheh.




Dia suka tengok perempuan cantik.

Saya pula suka tengok lelaki hensem. Tapi tengok je laaa, tak luak apapun (itu dia yang selalu kata. Hahaha)




Saya tak boleh tidur tanpa cadar dan sarung bantal
Dia boleh bantai tidur je pun.




Saya suka tidur. Tidur awal adalah paling best!

Dia tak suka tidur awal tapi dia suka bangun lambat. Hihihi.




Saya suka tengok cerita bohong-bohong, magis-magis macam Harry Potter, Star Wars, Narnia, Lord of The Rings semua tu
Dia suka tengok cerita real-life drama type of movies & plus action movie
Tapi kami dua-dua tak suka tengok cerita hantu. Dasar penakut! ;p



Dia suka mandi lepas balik kerja
Saya? emmmm...suka malas mandi dan sebab tu one of my middle name is 'busyuk' . Dudududdd



Ok, setakat ni itu jela yang saya teringat nak 'share' kat sini pasal KAMI. Nanti kalau ada lagi, saya buat sambungan episod ke-2 ye.




korang semua tolong doakan KAMI bahagia selalu & DIMURAHKAN REZEKI ;)













1 comment:

smms said...

amin. pakai heels nmpk ko tinggi sgt.