Sempena Muhammad Harits Haidar menginjak ke setahun empat bulan hari ini saya nak mengimbau sikit kenangan saya menyusukan si kecik itu dalam tempoh setahun 4 bulan yang lalu. Tapi sebab saya ni agak pelupa jadinya saya tulis apa yang boleh diingat ajelah ye.
Bila cerita pasal breastfeeding ni pasti perasaan bercampur-baur. Happy, seronok, penat, marah, geram, sakit but overall syukur sesyukurnya sebab sampai sekarang saya masih breastfeed anak saya walaupun hanya pada waktu malam & sometimes siang if saya tak kerja.
First start adalah pada hari ke-2 kelahiran. Eh, bukan sejam selepas lahir ke kena susukan baby? In my case, anak saya adalah premature dan lepas je lahir secara c-sect, si kecik itu dibersihkan, diberi tunjuk muka plus bebirdnya pada saya dan terus di bawak lari budak kecik tu masuk NICU. Dalam NICU pula dia di drip & antibiotik untuk menguatkan paru-paru or something like that dan memang tak boleh minum atau makan apa-apa langsung. Saya pula, lepas baby keluar the doctors sambung jahit menjahit perut, lepas selesai masuk pula bilik menunggu sambil tunggu bius habis, muntah-muntah dalam tu sebab allergic dengan morfin plus muka gatal-gatal semua. Sangat tak best! T_T

But dalam hati dok berzikir-zikir je ingatkan anak, sampai termenangis sorang-sorang terbaring dalam tu. Memang bersemangat waja nak menyusukan anak saya waktu tu tapi badan adalah sangat lemah longlai. Sampai ward, saya masih lagi muntah-muntah. Kesian tengok muka husband yang kesian tengok saya. Dahlah sapa-sapa pun tak boleh teman sebab govt. hospital kan? huhuhu. Masa tu mintak kat diorang milo nak cicah dengan roti pastu makan sikit terus saya tertidur. Sedar-sedar dah 5 pagi kot, message suami & teringat anak. Kesiannya si kecik tu sorang-sorang kat NICU.
Esok paginya saya kuatkan semangat untuk bangun dari pembaringan lepas nurce inject pain-killer. Lagipun nurse dah cakap lepas operation kena kerap jalan untuk elakkan darah beku. Then saya pergi tandas lap-lap badan semua, dah settle saya tanya nurse mana bilik pump, saya nak try pump jugak. Terbongkok-bongkok la ahkak ni jalan secara slow-motion walaupun hati meronta-ronta nak cepat-cepat pump bagi susu kat anak. Tapi bila pump yang keluar hanyalah sesudu kolostrum. Uwaaaa! cukup ke? nak nangis dah masa tu, then message kakak angkat yang ada pengalaman, dia kata sesudu pun dah cukup sebenarnya untuk mengenyangkan anak kita sebab perut baby masih kecil, hanya sebesar duit syiling 50 je. Ok, saya positif balik. Lepas tu saya terus mintak nurse untuk bawak saya ke NICU, tunggu pulak transport (iaitu wheelchair. ehehe) so, lebih kurang 10.30 kot baru boleh jumpa my baby. Menangis-nangis tengok dia dengan wayar berselirat semua. Tapi agak hampa sebab saya masih tak boleh susukan dia because of the drip air tu still ada, tapi kolostrum yang dapat tu saya terus masuk fridge & bagitau kat nurse bila dia dah boleh minum nanti tolong bagi ye nurse.
Second visit pun sama jugak, masa tu dengan husband. Bagi 2nd supply of kolostrum hanya beberapa mililiter je, masa ni nurse dah start feed dia dgn FM sebab katanya pulak tak cukup kolostrum tu. Huhu. Takpelah, saya biar jela. Then malam tu saya ajak lagi husband tolak saya pergi sana, punyalah semangat nak susukan anak sendiri kan? Try punya try tak berjaya. Saya kekok! Tak confident! dan tak pandai langsung nak suruh baby-latch dengan nipple saya. Erghh! sedih. Husband sendiri saksikan kejadian yang mana nurse picit nipple saya untuk tengok susu ada ke tidak & macam mana nurse tonyok muka baby kat breast saya untuk betulkan position menyusu tu sambil suruh saya relax-relax. Sadis betul situasi tu. Nurse tu paksa-paksa pulak terus saya rasa down sangat & lagi satu takut sebab baby masih dipenuhi wayar. Sedih but baby dapatlah nyonyot sikit walaupun tak betul sangat lactching. Kesian dia.

Hari ketiga, saya bangun dengan azam yang sama lagi, pagi-pagi dah mintak nurse bawak pergi NICU. Kalau tak silap saya time ni wayar dah kurang, tinggal antibiotik punya drip je & dia dibedung kemas. Alhamdulillah, berjaya susukan dia dengan tenang & agak lama juga. Cuma masalah bila nak susukan dia sebelah kanan sebab time ni saya tak pandai lagi nak memangku gunakan tangan kanan, jadinya tersenget-senget kepala anak saya tu beberapa kali sebab saya nak selesakan 'cradle-hold' saya tu. Kebetulan hari tu jugak anak saya disahkan ada jaundice yang tinggi, saya terus request untuk stay-in & petang tu pindah ke NICU untuk jaga baby saya sendiri & boleh susukan dia dengan kerap. Tapi bila kerap sangat anak saya menyusu kena nipple sore pulak, terkopek-kopek kulit nipple ni haaa sebab lacthing dia still tak berapa mantap lagi plus holding position saya pun kadang-kadang salah juga. Everytime baby menyusu saya ketap je bibir tahan sakit. Nasib baik dalam sehari dua ja sakitnya. Saya sapu susu je kat nipple area tu, alhamdulillah baik cepat.
Seriuosly, lepas keluar hospital saya terus berazam untuk menyusukan Harits Haidar selama yang boleh. Start buat stock 3minggu sebelum masuk kerja. Agak lewat sebenarnya but masa tu supply susu sangat meriah. Seronok je pump sebab setiap kali boleh dapat dalam 5oz sebelah. Tetapi reality telah mengajar saya untuk tak berazam terlalu tinggi, jadi saya target 6 bulan pertama dulu, Alhamdulillah berjaya. But after enam bulan terus susu yang saya pump menjadi drop. Stok susu adalah amat menyedihkan. Puncanya adalah saya mula malas bangun malam untuk mengepam, ikut mood je nak bangun pump pun. Jadual pump kat office pun tunggang-terbalik. Sampailah satu tahap masa Harits dah masuk 7 bulan, saya terpaksa berkejar balik rumah mak untuk hantar susu sebab susu tak cukup. Huhu. Sedih betullah dengan diri sendiri. Then masuk lapan bulan saya dah tekad belikan anmum untuk topup stok coz masa tu saya pump hari ini untuk esok dan setiap kali pump paling banyak pun dapat 12oz dan Harits biasa consume 20 - 25oz waktu siang. Pengsan mak kau nak. Huhuhu. After that bermulalah episod campur susu.

Tapinya husband sangat supportive tau. Masa hari-hari kemeruduman dia bagi kata-kata semangat dan yang paling best dia hadiahkan saya manual pump spectra handy masa Hari Ibu tahun lepas. Seronok sungguh rasanya walaupun jangka hayat pump tu tak lama akibat saya mengepam terlalu hardcore & patah handle manual pump tu. Huhuhu. Eh, saya pernah cerita tak yang husband jugak yang tolong belikan Set Spectra 3 plus cooler bag & ice pack masa saya dalam pantang tu. Comel je pergi Fabulous Mom sorang-sorang pastu excited sebab time tu FabMom ada promotion & dapat belikan saya satu set pump dengan harga yang sangat murah. Berbaloi-baloi katanya. Hehehe. Thanks suami for your support.
Tetapi Spectra 3 kesayangan saya mula buat hal selepas setahun, sebab tak pernah hantar servis kot then masik-masik jatuh je. Dududud. Padan muka saya, lepas tu pinjam Avent manual adik tapi dia punya pun kena tukar valve apa semua, terus dah tak pump langsung walaupun before that ada try teknik mermet, tapi saya tak boleh nak buat sebab cepat lenguh tangan dan tengkuk saya. Huhuhu. Semangat menghilang entah ke mana masa tu. Rasa malas dan penat je menyelubungi diri. Teruk betul.
AND hari ini, walaupun tengah pregnant empat bulan saya masih cuba bagi Harits susu terbaik dalam dunia walaupun tidak secara eksklusif. Harapnya akan berjaya teruskan sampai ke umur beliau 2 tahun. Tapi yang kelakarnya suami saya cakap "Ibu punya nens tu tak sempat nak rehatlah kan? Lepas Harits settle, turn baby-baby pulak. Hahaha. Then how? Dah rezeki anak-anak, terima jelah kan? Harapnya untuk next-baby akan lebih rajin dan komited dalam mengepam but semua ini pun bergantung pada rezeki yang dikurniakanNYA, harap-harap meriahlah susu untuk kali kedua ini. Aminnnn :)

No comments:
Post a Comment