Mulakan cerita dengan complain dulu ye sebabnya sampai di Klinik Kesihatan, Presint 3 Putrajaya adalah awal iaitu jam 7.45am. Walau bagaimanapun, setelah 5 minit duduk tunggu lampu di ruangan menunggu masih belum dipasang & kaunter nak ambil nombor giliran masih tidak dibuka. Time tu adalah dalam 10 orang dok tunggu. Ok, fine. Saya pun tunggu juga bersama-sama yang lain. Jam 7.50am dah ada yang mula berdiri beratur kat kaunter tu walaupun lampu masih belum dipasang, saya dan ibu-ibu mengandung yang lain pun turut sama beratur tunggu dan lebih kurang 10minit lepas tu barulah staf situ teringat nak buka lampu dan on kan machine keluarkan nombor giliran tu. Haih. Lembab betul. Hati dah macam panas dah, nasib baik dapat nombor giliran yang ke-3008 iaitu orang ke-8. Lega jugalah. Pastu terus keluar dari klinik tu, amik port tepi tangga & makan nasi goreng yang mertua saya bekalkan. Lepas dah kenyang barulah rasa sejuk hati sikit. Hahaha. Pastu masuk dalam ruangan menunggu tu semula saya tunggu dalam 15minit dan nama saya dipanggil untuk check Hemoglobin Level (HB).
Result HB level saya adalah tidak bagus. HB saya drop daripada 12.2 ke 10.9, terus nurse tu tulis guna pen merah. "Ini tidak bagus ye puan" kata nurse itu. "Kekurangan darah akan membahayakan kandungan & puan juga" nasihat nurse itu lagi. "Kenapa boleh jadi macam ni" dia tanya pula. Saya pun explain la yang saya ada termiss makan ubat pastu sibuk sangat 1-2 minggu yang lepas dan kualiti makanan pun tak dijaga. Dah sudah explain saya terus kena buat urine test pula. Nasib baik result urine ok. Alhamdulillah. Tunggu lagi kat luar & 15 minit lepas tu nombor saya naik untuk dipanggil berjumpa nurse, tak sempat nak khatamkan majalah iSihat dalam Klinik tu. Ok, ini adalah bagus sebab cepat je prosesnya.
Result HB level saya adalah tidak bagus. HB saya drop daripada 12.2 ke 10.9, terus nurse tu tulis guna pen merah. "Ini tidak bagus ye puan" kata nurse itu. "Kekurangan darah akan membahayakan kandungan & puan juga" nasihat nurse itu lagi. "Kenapa boleh jadi macam ni" dia tanya pula. Saya pun explain la yang saya ada termiss makan ubat pastu sibuk sangat 1-2 minggu yang lepas dan kualiti makanan pun tak dijaga. Dah sudah explain saya terus kena buat urine test pula. Nasib baik result urine ok. Alhamdulillah. Tunggu lagi kat luar & 15 minit lepas tu nombor saya naik untuk dipanggil berjumpa nurse, tak sempat nak khatamkan majalah iSihat dalam Klinik tu. Ok, ini adalah bagus sebab cepat je prosesnya.
Masa jumpa nurse lagi sorang ni saya kena timbang dulu & hasilnya adalah saya naik 3kg++ iaitu 53.2kg. Wowiii... Banyak ye naiknya, jadi dapat nasihat lagi daripada cik nurse, katanya saya hanya boleh naik 0.5kg sahaja untuk sebulan jika belum 20weeks, if dah lepas 20weeks baru boleh naik 0.5kg seminggu. Pastu kira-kira usia kandungan saya tadi adalah 19minggu 1hari. Then dia tengok pula HB yang rendah tu, kena nasihat lagi. Tapi bila dengar heart-beat baby tadi & bacaannya normal. Syukurlah. Best je dengar :)
So, apa yang saya kena buat sekarang adalah:
1. Makan pil Obimin setiap pagi 2 jam sebelum sarapan secara istiqamah (makan sambil minum dengan jus atau air suam sahaja untuk memaksimumkan penyerapan vitamin & Zat besi)
2. Kopi, teh, milo & minuman berkafein lain. Big NO!!!
3. Makan makanan yang kaya dengan Zat besi seperti Hati Ayam, Bayam, Paru, Kerang, Susu dan lain-lain - nanti saya Google untuk maklumat tambahan lain)
4. Kurangkan nasi & lebihkan sayuran/ buah-buahan untuk kontrol kenaikan berat badan
Lagi 2 minggu akan ada check-up susulan khas untuk tengok HB Level & weight gain. If berat masih naik banyak memang kena buat ujian kencing manis = minum air gula. Oh, tidak!
Selesai sesi bersama nurse. Saya tunggu giliran untuk scan & jumpa doctor pula. Nurse dah prescribe Obimin untuk saya tapi doktor yang concern pasal HB Level saya yang drop tu tambah pula Vitamin C untuk maximunkan penyerapan Zat Besi. Jadi, ceramah bersambung dengan doktor pula pasal kepentingan Zat Besi. Baiklah nurses & doctor, saya insaf & tak akan miss makan ubat lagi. InsyAllah. The best past is of course the ultrasound la, dapat tengok baby aktif kicking & swimming pastu doktor carefully check again on the fibroid. Dah tak nampak pun. Yeay! Syukur lagi. Kedudukan placenta di bawah but doktor tak risau sangat sebab masih diperingkat awal, so dia schedule masa 28 weeks saya kena datang scan lagi for that purpose only. Haraplah kali ni tak ada placenta previa dah. Fuhhhh....
Oklah, nak sambung kerja.
C u again tomorrow if saya tak busy lunchtime ye :)
4 comments:
alhamdulillah dah takde fibroid tuh. tp mmg dia boleh hilang dgn sendiri nya eh?
memang boleh rasanya sha. Alhamdulillah, lega bila tahu dah tak ada apa2 :)
semoga baik baik aja.
=)
Terima kasih Puan Ietamalek...
Post a Comment