Wednesday, November 30, 2011

WW # 9 - Pureen Warehouse Sale 3 Dec - 4 Dec 2011


Mommies and especially M2B wajib pergi sebab berbaloi-baloi diskaun yang akan kita dapat :)


Tips: Dinasihatkan untuk pergi awal-awal pagi untuk elakkan kesesakan napas. Hehehe


Tuesday, November 29, 2011

Erti Sebuah Kehilangan



Tajuk sadis macam cerita Cerekarama yang tayang setiap malam Sabtu je. huhu. Tapi betul kot, bila dah hilang baru tahu ertinya kan? kan? Huk. Sadis :(


Sapa-sapa follow saya kat Twitter tentu dah sedia maklum pasal kehilangan ni (cehhh...bajet followers kau ramai sampai juta2? nak bagitau followers sangat? Dusyummm! Tumbuk lengan sendiri. Hahaha)


Al-kisah, Sabtu lepas ada event di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan. (Terminal bas baru yang nak ke Selatan tula). So, kalau bus station utama pasti dah tau kan tempat tu adalah suatu kawasan yang mempunyai crowd yang maha crowded kan? Baik, sila berenti exeggerated sekarang, karang tak pasal-pasal kena kecam macam HJ nanti. hahaha. Ampun HJ :) but i'll never kecam you ok? Peace no war & i love your writings! :)

Tempat yang penuh sesak ramai orang tu disesakkan lagi dengan event 'Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita' yang dianjurkan oleh Kementerian yang saya kerja itu. Memang padat ok, toilet pun berpusu-pusu orang masuk nak guna. Dan entah kenapa, hari itu saya sangat seronok berulang-alik ke tandas. Pundi kencing ini seakan tidak mahu beri peluang, mentang-mentang lokasi tandas kat belakang booth sahaja dan kondisi toilet pun bersih jugak, jadinya dalam masa 6jam di sana, saya sudah berjaya kuar-masuk tandas sebanyak lima kali.


Nak dijadikan cerita, kali ketiga saya gunakan tandas itu adalah yang paling ironi sebab one of my friend tertinggal handphone dia in one of the toilet, but lepas guna dia terus pergi basuh tangan dulu then tiba-tiba dia teringat, "Alah, handphone, terlupa pula" teruslah dia pergi ketuk balik kat pintu tu and tunggu depan pintu tu sampai orang yang tengah guna tu keluar. Saya yang masa tu tengah beratur kat toilet sebelah cakaplah macam ni " ishh...bahaya betul!,"

Lepas tu, kali ke-empat saya masuk tandas, masuk dengan tenang sambil teringat insiden kawan yang tertinggal phone tu, jadi alert sangat.


Tetapi kali yang ke-lima saya tengah kalut time tu, masuk pulak toilet yang kena squat. Maka, dengan automatik saya terus letak phone saya atas para belakang toilet tu dan mencangkung. Lega sudah terus keluar dan tidak fikir untuk ingat apa-apapun, lagi-lagi masa tu tengah kalut, orang dah ramai sampai and VVIP pun dah nak tiba. Sampai-sampai saja kat booth my big bos pulak panggil, dah settle report kat dia, dalam masa 5minit macamtu je kot. Teringat balik dan terus kembali ke toilet itu, tengok-tengok dah tak ada. Gone! :'(


Erghhh...perasaan masa tu sangat pedih. Rasa menggigil seluruh badan, kecut perut semua siap. Sambil type entree ni sekarang pun masih rasa lagi macam aritue. Sedih tak boleh nak cakap. Dahlah itu phone yang Hubby bagi sempena Birthday + Anniversary ke-3 tahun bulan Oktober aritue, baru sebulan lebih je pakai kot. Alaaaahaiii, kalau tak pikir orang ramai masa tu dah lama dah saya melalak kat dalam toilet tu jugak. Tapi saya kuatkan hati, terus ke information kaunter tanya pastu bila diorang dah kata tak ada saya mintak tolong kawan, pinjam phone dia untuk call. Dapat. Tapi lepas dah lebih 10 kali ringing and tak berangkat, saya stop and try sms (buat ayat merayu-rayu), after sent saya try call balik, time tu dah Innalillah dah phone itu. Off terus. Saya terkaku jap, panik. Tak boleh nak berfikir, rasa nak menangis je time tu. Then saya pergi lagi ke information counter but the answer is still same. Kecewa sungguh rasanya, takpelah. Then saya terus call Maxis untuk report and block my number, pastu call husband. Sedihhh... Hubby just cakap, "Laa, dah tertinggal dalam toilet memanglah hilang but takpelah nak buat macamana, dah takde rezeki," Then discuss nak jumpa kat mana lepas abes event incase tak jumpa public phone. Nasib petang tu husband stay kat rumah mak saya je lepas buat akupuntur untuk Abah.

But after that call saya kalut balik, tak sempat nak berdramaswasta lama-lama. Bertenang dan cuba bekerja seperti biasa. Orang pun tak perasan yang perasaan saya masa tu tengah berkecamuk. Erghhh! But lepas habis majlis saya tak tunggu lama, terus chow la. Nak balik rumah peluk anak untuk ubat tenang and mintak maaf pada husband sebab hilangkan hadiah pemberiannya.

Anyway, moral of the story untuk korang dan juga saya is... Please be alert! Setiap kali lepas guna toilet especially public toilet make sure tengok balik ke belakang, mana tau ada terlupa apa-apa kat belakang, pastu kalut macam mana pun make sure cuci tangan lepas ke tandas. Ia baik untuk kesihatan diri dan anda juga takkan rugi. Sebab time basuh tangan tu atleast ada masa untuk realize if kita ada tertinggal something dalam tu kan?



So, RIP my Curvy BaBy. Walaupun i dah replace dengan Curvy yang sama but the feelings will not be the same. I'm gonna miss you BaBy, semoga tuan barumu yang berhati busuk itu tidak mensia-siakan kehidupanmu sesuka hatinya. Eggghhh! Sedih dan pedih :(




Wednesday, November 23, 2011

Harits Haidar - Thirteen Month



Hi hello! Eh, As-salam...



Hari ini saya, Muhammad Harits Haidar akan hijack page ibu. Ibu tak sempat nak update semalam, dia busy. Huh. Busy je keja ibu saya. Memang tau. Nak bagi tau ni, saya sudahpun mencapai usia 13 bulan semalam. Alhamdulillah, ibu & daddy doa banyak-banyak pada saya semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmatiNya. Thanks ibu! Thanks daddy!

Semakin hari saya semakin pandai menunjukkan kebijakkan, 'banyak akai', adorable and i'm a fast learner. Hehe. But sometimes my perangai yang 'banyak akai' tu had make daddy became rasaksa and ibu menjadi mummy monster. Hoho. Actually, banyaklah perkembangan terbaru saya yang membuatkan ibu & daddy tukar status kat mySpace (if dorang masih ada lagi account ni) as proud parent. Hahaha. (Masih ingatkah aunties & uncle pada MySpace itu? huhu.) Apa-apapun, my parents ni suka je nak rasa amazing. Pastu setiap kali saya buat benda baru semua nak excited. But tula, Mak Bapak manalah yang tak rasa amaze dengan baby sendiri kan? ^_^



Meh sini saya nak story sikit. Time birthday saya pada 22 Okt 2011 yang lalu, saya dah mula bertapak lebih daripada 7langkah and the next one week terus saya lupa untuk merangkak dan berjalan je keje saya, mengukur rumah dari pintu ke pintu. Hoho. Kalau jatuh pun no hal punya. Saya akan bangun balik and sambung jalan balik. Saya kan ' Yang Kuat Berusaha' - Maksud nama Harits. Huhu.




Saya suka memanjat and am good at it. Provided that ibu tolong ampu bontot sayalah time memanjat tu. Saya suka panjat grill tingkap rumah saya dan grill pintu kat rumah TokMa. Worry not, tangan dan kaki saya sangat kuat dan sync juga bila waktu memanjat tu. Eh, badan ibu and daddy pun saya suka panjat juga selain dari grill dan sofa dan katil.



Bab makan saya paling suka. Sekarang prefer untuk makan & suap sendiri. Orang dah besar okay, apa barang ibu suapkan? kan? Huhuhu. Tapi bila saya dah start menyuap tu bukan ke mulut la perginya, sometimes ke telinga, lutut, kaki, kepala dan lantailah of course. Tapi request saya ni hanya dilayan masa kat rumah saya jela. Kalau kat rumah Tok Ma saya akan disuap oleh bibik sama-sama dengan cousin saya Cik Kinah. Boringggg!



Saya dah boleh sebut Abah (tapi daddy selalu betulkan - dia cakap "bukan abah but daddy") Bila sebut Daddy pulak saya akan tersebut "addy" Haha. Kalau ibu saya akan sebut "ibba" or "ibbi". Comel kan saya? huhu. Pastu saya dah boleh sebut nenen kalau nak nenen, mamam bila nampak ibu or daddy or orang lain tengah mamam. Another few words yang saya boleh sebut adalah nak, ba=ball, aaish, ai-yer = air (tapi daddy ajar saya sebut Ayaq... ibu cakap salah ar. Dah dorang pulak yang gaduh. Huhuhu)



Did i mention that i'm a strong and hansome boy? Huhuhu. Masuk bakul angkat sendiri betul saya ni. Betullah, ibu selalu cakap saya kuat coz saya boleh angkat baldi yang saiz lagi besar dari badan saya and saya boleh selamba ja tolak botol air mineral yang berisi 5liter air ke tepi tapi sikit jela tapi bergerak jugalah botol tu walaupun sikit. Hinsshhh...Hinsssh (oo) kembangkan hidung sikit bagi mendapatkan oksigen yang lebih untuk menjadi lebih gagah perkasa!

Ibu and daddy kalau kat rumah selalu ajar saya untuk kick ball and sekarang saya dah boleh kick ball sendiri tanpa dipimpin oleh mereka dan tidak jatuh pun semasa menyepak bola itu. Bolehlah dah besar nanti masuk skuad Harimau dan mendapat ganjaran RM puluh-puluh ribu kalau berjaya menang apa-apa pingat untuk Malaysia. Best! Best! Eheh. Saya aim nak jadi macam Lionel Messi - Player Barca/ Argentina. Dia favorite player daddy saya tuuu.




Last but not least, during last week for 1 year old check-up on 16 November 2011, berat saya adalah 8.15kg and tinggi 72cm. Oklah, saya nak pergi minum susu dulu ibu dah panggil. Yeay! Pasnie saya boleh terus tidur. So, dats all for now peeps. Later saya hijack lagi page ibu dan update kepada semua kawan-kawan ibu dan daddy cerita-cerita yang menarik.

Bye-bye!



Thursday, November 17, 2011

16th Anniversary with The BFF - Day 2




Selasa, 1 November 2011, kami mulakan hari dengan memakai baju official vacation kami iaitu t-shirt merah design by our own Cik Dashee and the t-shirt was by my hubby's Roundneck Industries. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak buat custom-made tee macam kami boleh click kat link tu ye (iklan kejap ;p)

Memandangkan breakfast untuk kami belum ready lagi, so kami pun decide untuk berposing dulu di poolside. Biasalah kan? Posing...posing dan posing sampai lebam bila dah jumpa budak-budak ni berkumpul sesama.



Lepas penat posing and breakfast yang disediakan oleh Resort pun dah ready, maka teruskan ke agenda mengisi perut. Yeay! Simple je menu yang ada pagi tu iaitu Nasi Lemak, Mi Goreng dan Roti with Kaya/ Majerin sapu sendiri. Huhuhu. Bolehlah daripada takde. Alhamdulillah, kenyang jugak perut walau simple-simple pun :)



Settle breakfast, kami menuju ke pantai untuk agenda seterusnya. Off to the beach! To the beach! Sampai je kat beach dah siap bentang tikar bagai, ai pun mengeluarkan khazanah lama iaitu album yang telah simpan banyak kenangan sewaktu semua masih berupa busuk dan innoncent zaman sekolah dulukala. Heh. Apelagi BFF semua ketawa terbahak-bahak sambil mengelakkan antara satu sama lain dengan gembiranya hati mereka. Tengok jela gambar di bawah sebagai bukti gelak sakan tu :D



Dorang gelak bukan main tapi ai rilek saja lalu berposing lagi dan membiarkan anak disebelah membuat aktiviti sendiri iaitu cuba membuka plastik Chezzel tapi percubaan si tecik itu tidak menjadi. Hahaha. Padan muka dia ;p


Lepas kawan-kawan yang tersayang selesai bergelak ketawa dengan dasyatnya dan telah kembali sedar, terus dorang nak berposing lagi sekali dan ai mengambil kesempatan untuk berlagak model dengan mengepak pinggang 90darjah. Pastu nampak tak sewaktu ibunya sibuk posing, sekali lagi si tecik ini membuat percubaan untuk membuka can Pringles pulak? Dan maaf percubaannya itu gagal lagi. Muahaha. Sorry baby, kamu belum boleh makan jajan lagi ok ;)


Pastu sesi gulung kertas untuk majlis tukar-tukar hadiah. Anak itu sibuk juga bermain polisterine cup. Huhuhu. Sukati awaklah sayang, asalkan awak happy.


Then, siap ada sesi potong kek lagi yang kek berperisa Carrot with Cream Cheese Topping. Ia di bawa khas oleh my BFF juga iaitu miss Linda Lum. Ehehe.


Next agenda is 'walk the blind' game. Peraturan game ni Husband lead the wife yang ditutup matanya, pastu wifey kena dengar arahan from husband, pastu ada objek-objek menghalang laluan sambil kawan-kawan menjadi anasir jahat yang menggangu the whole process. Objektif game ni nak tengok macamana ketua lead anak buah & anak buah tak boleh ingkar arahan ketua untuk sampai dengan selamat tanpa terpijak mana-mana objek but dalam masa yang sama ada noise and gangguan lain. Macam tula juga boleh diibaratkan dengan rumah tangga ye kawan-kawan :)


Tapi tak acilah kalau dah letak pelampung as halangan, gila besar. Dengki ok korang kat ai. Hahaha. Selipar and botol kosong pun dah cukup mencabar kot. Huhuhu.


Oh, pada waktu ibu & daddy bermain dengan gembira, Harits di jaga oleh si cantik ni. Dia masih single and available. Siapa mahu mintak borang boleh jumpa saya sekali dengan komisyen okayyy? Hihihi (iklan lagi) Harits pun senyap je duduk kat auntie ni sambil buat muka cuak risaukan ibu yang ditutup matanya itu ;p


Dah abes semua pasangan main. Satu game je main pun sebab masa tak banyak dah, mentari semakin membakar dan semua takut kulit jadi hitam. So, teruskan dengan sesi menukar hadiah. Yeay! Ai dapat bowl Ikea yang cantik molek daripada Miss Lienda Lum (dia pun masih single but not really available - iklan lagi). Sesi tayang hadiah memasing kepada umum. Huhuhu.


And as usual, posing wajib 'ala-model-kepak-pinggang'. Pulunlah korang. Hahaha.


Dan wajib juga posing ini iaitu melompat bintang gedik santai uolss! Pastu ada budak kecik tengok pelik, kenapalah macik-macik ni semua tergedik-gedik lompat ni? Hahaha.


Last but not least the Husband. Errr...excuse my husband yang sedang membuat aksi gagah di situ, dia memang suka posing over-over macamtu (ehehe, but i love you shayang. Ampunnnn!)


Dah settle aktiviti gedik santai di pantai, kami pun check-out dan terus bertolak ke Bandar Hilir untuk mencari makan tengah hari. Sekali lagi Hubby ku sayang ditugaskan untuk lead the way. memang orang harapan la dia ni. Hihi. Love u lagi banyak!

And bawah ni gambar last kami together forever lepas makan and before the journey ends. Kami balik rumah terus but ada BFF yang lain jalan-jalan kat Bandar Hilir sambung posing lagi. Manakala Srie terus shoot ke JB rumah kakaknya.





Last but not least, BFF vacation merangkap family day ni akan terus diingat sampai bila-bila, InsyAllah sebab ini adalah antara kenangan paling manis dalam sejarah persahabatan kita. Tak sangka langsung persahabatan kita masih bertahan selama 16 tahun ini. Ups and downs pun sama-sama kan? Tidak kira masa dan ketika. Hoping for more years to come and another vacation together ye sayangs? I love all of you. Big Hugs yang ketat-ketat!


16th Anniversary with The BFF - Day 1





After all the cat-fight, bertikam lidah, merajuk tak tentu pasal, makan hati berulam jantung, date confirmation yang berbolak balik, planning after planning... Finally, misi untuk menyambut kebersamaan kami selama 16 tahun berlangsung dengan jayanya. Terok sungguh kita nih! Baru plan pergi vacation dalam negara ja, dah huru-hara. Kalau jadi plan kita nak keluar negara nanti ai tataulah macamana ye gugirls? huhuhu. But what ever it is...we are still Best Friend Forever right?


Isnin 31 October 2011, seawal pagi dah bangun to finish up packing. Bangunkan Harits dan mandikan dia dalam 7.30am macam tu. Then terus bertolak ke tol Sg. Besi sebab janji nak konvoi dengan half of the team kat situ. Sampai dalam jam 9.30am sorang pun tak nampak batang idung lagi, fine lalu teruslah suggest kat Husband untuk sarapan di KFC dulu, first time sarapan KFC but Tol Sg. Besi punya KFC punya customer service sangatlah lembab! Dahlah lapar. Grrrr! Sabar jela. Pastu elok-elok je abes makan Nora and family pun tiba diikuti oleh Lienda and Atul and Iena and her big family. Hehe. Dorang semua tak mau breakfast lagi so, terus shoot ke rNr Seremban untuk bertemu Srie and her Family. Yeay! So, dah berjumpa semua orang barulah molek untuk shot picas seperti di bawah ini. Tapi Nora pula MIA, whereas Cla and Tasya malamnya baru sampai ke resort itu. But tak kisah itu semua dulu yang penting bergambar. hahaha :)




Lepas posing sedikit sebanyak, kami pun bertolak menuju ke Ismah Resort, Pengkalan Balak, Melaka. And here we go! go! go! perjalanan smotth je tetapi elok-elok je masuk ke Area Alor Gajah lepas tol tu, semua pun jadi hilang arah tujuan. Tak sesat cuma kalut sedikit bila guna peta yang dibekalkan Nora tapi sorang pun tak paham. Hahaharu. 2-3 kali buat pit-stop untuk confirm adakah jalan yang dilalui tu betul atau salah. Sampai last sekali my dearest husband pulak yang ditugaskan untuk membantu kami menuju ke tempat tersebut menggunakan Google Map di Iphone beliau dan saya sebagai co-driver yang bantu beliau baca map tersebut. Akhirnya tiba juga, syukurlah. Huhuhu. Thanks Google Map! :)

Sampai je terus check-in and lepas letak barang terus gigih mencari gerai makanan sebab semua pun dah lapar. Akhirnya di depan Matriks Londang berjumpa dengan gerai makan yang makanannya boleh tahan sedap jugak especially the Asam Pedas but sorry tade gambar sebab perut terlalu lapar untuk kisah pasal gambar. Huhuhu. Balik bilik rehat dulu and plan nak tidokan Harits but he refuse to sleep at all, last-last Daddy yang tidur pastu ibu lah gigih melayan si kecik tu main-main dan main. Bila dah boring sangat dok dalam bilik, dalam jam 4pm macam tu siapkan Harits untuk swimming. To the pool! Dan ini sedikit sebanyak gambar time swimming yang diculik di FB puan Srie untuk di share kat sini (inilah nasib orang ada camera phone je. Eheh) Thanks puan Srie sebab sudi amikkan gambar kami ^_^










Masa kat pool ni my budak tecik adalah super excited walaupun tengah selsema masa tu, dia tak kira. Last pergi swimming masa bulan June dulu, so kali ni dia betul-betul lepas gian nampaknya. Hahahaha. Serious budak ni tak takut air langsung, kalau dia pandai berenang tu dah lama agaknya dia buat 2-3 round kuak lentang kat swimming pool tu ;p but sebab tak pandai berenang lagi makanya ibu and daddy jela harapan dia untuk bergerak dalam air tu. Huhuhu. And after the swimming session, konon-konon nak pergi berposing dalam laut pulak but baru je dalam 10 minit berendam dalam tu, hujan pulak turun dan tak sempat bergambar pun. Pastu duduk dalam bilik masing-masing jela berdetim suami isteri dan anak sambil tunggu dinner. Huhuhu.

The dinner time adalah heaven untuk perut kami, Pangkalan Balak seafood is highly reccomended. Sedap sangat dan harganya untuk 10 orang makan RM300. Oklah kot but semua pun tamahak nak order banyak-banyak sampaikan tak abes makan dan tapau untuk Cla and Tasya yang sampai malam tu. Huhuhu.










Next aktiviti lepas makan adalah karaoke, but my baby boy dah flat awal-awal sebab tak cukup tidur siang jadinya Ibu dia jela yang join karaoke tu sebab Daddy kena duduk bilik jaga Harits. Kejap jela pun karaokenya sebab tiba-tiba baca kat twitter yang Harits dah bangun, kelam-kabut lari balik bilik rupanya Daddy buat joke twitter #faktatipu je. Daddy tu. Bikin ai panik je. Hohoho. But after that ai terus tukar uniform dan tido, malas nak patah balik berkaraoke plus kesian kat my heroes dua orang tu. Huhuhu. My BFF yang lagi dua orang tu sampai around 10.30 terus join karaoke sambil mengambil gambar tanpaku di sisi T_T dan meneruskan sampai ke 12 malam kot if ai tak silap. Gigih betul korang melalak ye. Huhuhu.







Oklah, ai akhiri entree ini dengan gambar gegadis dan emak-emak orang yang gediks ini. hehehe. Now tgh nak susun gambar untuk day 2 pula. Stay tune uolss! :)

Friday, November 11, 2011

Muhammad Harits Haidar - First Birthday!



Alhamdulillah, dah genap Setahun si Bujang kecik kami itu pada 22.10.2011. Tarikh yang cantik itu pula jatuh pada hari Sabtu, jadinya kami telah adakan majlis makan-makan secara kecilan sempena meraikan kelahiran Muhammad Harits Haidar. Majlis semua berjalan dengan lancar. Walaupun kecik but its very intimate and meriah. Lambat update bukan apa, menunggu gambar cantik daripada camera yang cantik, pastu tuan punya camera itu pergi berkahwin pada minggu seterusnya. Jadinya tertangguhlah entree ini. Saya pulak sibuk manjang sebelum dan selepas birthday party tu. Huhuhu. So sorry!

Persiapan majlis mula lebih kurang seminggu sebelum, itupun Aunty Nana Harits yang banyak tolong as party planner. Mula-mula dia pegi survey goodies bag, pastu tolong belikan goodies bag tu ikut citarasa kami, then order pulak candies to put inside the bag. Kami just beli rattle toys and blower yang bunyi-bunyi tu je kat ToysRus. Hehehe. Sehari sebelum kejadian, saya ingatkan husband untuk tempah helium balloon kat Balloon Buzz, sekali dorang tak terima order through phone booking. Alahai, nak pergi sana memang dah tak sempat. Dahlah Jumaat tu saya memang takleh cuti langsung. So, terus kami decide tak payah belon-belon nih. Terus frust sikit di situ sebenarnya but redha jela. Belon je pun (ayat penyedap hati. Huhuhu).

Esok tu, pagi-pagi lagi dah bangun kemas rumah yang tak abes kemas malam tu. Pastu ajak hubby teman amik Fruit Tart kat Wangsa Maju (Makcik ni mula-mula cakap boleh hantar tapi tiba-tiba takleh, haih. Bikin kami kalut) Nasib baik Fruit Tart macik sedap walaupun macik tak bagi diskaun kat kami yang datang amik jauh-jauh tu. Nak dijadikan cerita Sabtu tu jem gila nak ke arah rumah kami. Sekali lagi kami kalut cari jalan balik ke rumah yang tak jammed. Sib baik ada jalan tak jammed but bertol dan jauh gilalah pusing. Phewhuhu. Then aunty Nana pagi-pagi pun datang with her signature dish iaitu Speghetti White Sauce. Lepas tolong siapkan barang-barang dan susun atur rumah, dia terus shoot ke Balloon Buzz KD untuk belikan colorful ballon for Harits. sekali lagi membantu kami menjadi penyelamat keadaan. Wow! terharu sangat-sangat. Lepas dia balik bawak semua Balloon tu, barulah nampak rumah ceria sikit and semangat semua nak buat kerja. Hehe. Thanks Aunty Nana! Harits dah besar nanti jangan lupa tolong Aunty Nana pulak tau.

Tak lupa juga my MIL yang datang membawa tulang daripada Aostaq, semata-mata nak masakkan soto for the party. Pagi-pagi lagi dah bangun masak soto paling sedap di dunia. Pastu my PIL yang tolong jaga Harits time semua busy w
at keja. My adik-adik ipar yang tolong gantung-gantung banner dan mendeko. Thanks ye!

Thanks jugak kat My dearest mom and adik-adik coz tiba-tiba je datang hantar roti jala with kari ayam and kuih cara. Sedap semuanya. Dalam sibuk-sibuk nak siapkan abah pergi akupunture pun still sempat lagi masak semua tu khas untuk Harits birthday! Terharu gila wehh.

Majlis dijadualkan start kol 12, tapi kol 12 tu satu hape pun tak ready lagi. Hahaha. Tapi cuba jugalah siapkan dalam pukul 1 macamtu. Dah sia
p dan ready, tunggu dan tunggu lagi dekat pukul 3 barulah family Abang Ipar sampai. Huhu. Depa sampai pun lambat sebab carikan present special for Harits. Memang special and Harits suka sangat-sangat dengan Guitar Elmo yang uolss bagi tu. Nanti boleh jadi pemain bass macam Pa'Tam! Lepastu teruslah penuh rumah kami yang kecik itu dengan tetamu yang tak putus-putus sampailah ke malam. Last sekali Edo(my bro), adik and Yunus yang sampai dan tolong habiskan makanan. Hehe. Mak pun stay sampai habis tolong kemas sama-sama dengan bibik Nurul.

Oklah, nak cerita pasal lauk pauk pulak yang yummy semuanya. Sambil type ini terasa lapar bila teringat menu pada hari tersebut iaitu Soto, Roti Jala & Kari Ayam, Goo-Goo Balls, Spaghetti White Sauce, Kuih Cara, Mini Fruit Tart, Candies, Nugget, Hotdog and The Lovely Red Velvet Cake yang sangat sedap (to order - please contact Mama Iman)


Now, jom enjoy the pictures! :)











Friday, November 4, 2011

Quick Update!


Saya dah banyak tulis tapi semuanya half, tak sempat nak habiskan. Cita-cita nak join contest myaishah.blogspot pun masih dalam status draf. Entah kenapa, mood untuk berblog hilang bersama kiacauan yang saya update sehari-hari. Kalau boleh link blog ini dengan menatang berkicau tu kan ke best? hehe. Pasti setiap jam akan berupdate belog nih. Hahaha. Sorry ye semua yang rindu pada Si tecik saya tu. Banyak saya nak cerita pasal dia, nantikan ye!

Anyway, Salam Eid Adha kepada semua umat Islam, marilah kita sama-sama berkorban apa saja di hari Mulia ini nanti. Jangan pula mengorbankan diet anda semua. Saya tidak apa, kerana saya belum mahu diet lagi. Huhuhu.


Kbai. Love and miss semua orang! :)

Wednesday, November 2, 2011

Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?











Saya suka baca blog ini sebab ia cukup lengkap dengan segala perisa asam garam rencah kehidupan. That's it. Blog wajib baca dan sebab itu saya dah follow. Saya tak reti sangat nak cerita banyak-banyak dan panjang-panjang, plus masa pun tak banyak nak tulis banyak-banyak but blog aishah ialah sebuah blog yang complete!

Kesimpulannya, saya suka baca
myaishah.blogspot.com sebab ia saling melengkapi. Terima kasih Aishah :)





p/s: Kalau submit entre macam ni untuk pertandingan cogankata mungkin boleh menang but this one for sure tak layak untuk masuk pertandingan karangan kat blog aishahsebab terlalu short and sweet. hihi. But IDC. I hantar jugak ye Aishah walaupun tak menepati apa yang di syaratkan ;)