Monday, August 30, 2010

Lower abdominal pain issue!


Hi sayangs semua, macam mana puasa korang harinie? Masih mantain puasa kan?

Bout my lower abdominal pain tu, saya dah pun pergi klinik dan check dengan doktor tadi. But apapun saya rasa lega & syukur jugalah sebab sakit kat bahagian ari-ari tu takde kena mengena dengan baby-baby. Tapi yang agak kurang bestnya bila doktor kata saya ada problem dengan bladder. Badan kurang air. So, process penyahtijaan akan menjadi sukar sikit buat cik buah pinggang dan ia akan memberi tekanan padanya bila saya berjalan dan buat aktiviti-aktiviti lain. Especially time-time preggy dah besar macam ni. Dats why rasa sakit/ senak/ cramp semua tu.

Oleh itu, bila doktor tengok badan saya dah memberi sign kekurangan air seperti bibir kering, kulit kering, sembelit dan sebagainya. Dia terus advice me not to teruskan puasa, sebab kalau i sendiri dah kurang air, baby dalam perut pun akan efek sama. Kesian my baby-baby. Pastu, doktor bagi ubat 2 jenis - air and pil in mild and minimum dosage khas untuk preggy mommy. Jadinya, saya terpaksa jugalah membuka puasa lebih awal tadi untuk makan ubat dan setakat ni saya dah minum tiga mug air dan dah terkench sebanyak tiga kali. Yeay! Huhuhu. Tapi lagi, doktor kata juga bukan takleh nak puasa langsung. Sebaiknya if nak puasa jugak kena minum air masak banyak-banyak start dari berbuka sampailah ke sahur. After this, no more colourful water for me. Huk. Tapi kalau air barli tu ok la but make sure kurang manis ya! :)


Oklah, stop sini dulu. Bye korang saya nak sambung wat keje sambil minum air suam dan nyanyi lagu raya. Lalalalalallaaaa :D

Tengah jadi seorang multi-tasker tapi rasa kurang sihat sikitlah.


Sekarang saya tengah membelog sambil membuat kerja sambil mendownload lagu-lagu raya. Sangat multi-tasker kan? kan? Hahaha. Sukati ja. Bila mode raya dah datang macam ni lah jadinya. Tiba-tiba ja nak rasa excited lebih-lebih. Tapi rasa syahdu la pulak bila dengar Cahaya Di Aidilfitri yang Black Dog Bone nyanyi nih. Huhuhu.

Apapun nak shere and tanya sikit, lepas buzy dengan program Hari Wanita last week, saya kan dapat cuti dan jalan-jalan survey barangan baby di Midvaley. Malam lepas program tu abes, saya terasa senak and macam sakit sikit kat bawah bahagian ari-ari tu. Pastu masa kat Midvalley lepas dah macam jalan lama sikit rasa sakit juga kat tempat yang sama then rasa macam nak terkench sangat-sangat. Dua-tiga hari lepas termasuk semalam rasa senak/ sakit/ cramps jugak kat bawah tu time sujud bila bersolat. Hummmm. Agak-agak kenapa ye ibu-ibu semua? Normal kah rasa macam senak/ sakit/ cramp ni jadi selalu? Before this tak pernah pun rasa macam ni. Risau jugak ni.

Tapi kejap lagi rasa macam nak pergi check kat klinik sebelah ofis ni lah. Check jela kan. Arap-arap takde benda serius la. Hopefully...InsyAllah.

Friday, August 27, 2010

Majlis Iftar plus Farewell myBFF - Official Photos!



Macam dah lama ja tak membelog rasanya. Huhuhu. kesibukkan Hari Wanita 2010 dah selesai langsai. Semalam kami satu ofis siap dapat cuti khas lagi from our big boss. Yeay! Seronok. Jadinya masa dihabiskan dengan tidur sampai mentari tegak atas kepala pastu bila bangun siap-siap pulak ke Midvalley untuk survey barangan baby termasuklah stroller idaman hati. Huhuhu. Berbuka pun di Midvalley tapi kat foodcourt jela.

Ok, enuff bebbling dan seperti yang dijanjikan. Silalah tuan/ puan enjoy tengok gambar-gambar kami berbuka tempoh hari featuring perut saya yang dah semakin membulat nampaknya. Comel tak? Comel kan saya? Cepat cakap comel kalo tak saya tamau bagi korang baca blog nih lagi. Bluekss...Hihihi ;p

Masih manisss je semuanya. Nampak masih 'Hottie' ja lagi kan? Hihihi. Perasan!!!


Nangis betul-betul rupanya bff saya nih. Thot beliau main-main ja. Sobss..sobss.



Inilah kad 'custom-made' yang telah membuatkan memerah mata beliau


Daddy in progress. Hehe. Comel je hubby dok bz baby-sit anak Nora - kawan saya.


Comei sangat. Erynna Arrissa nama baby tu.


Untuk makluman, yang berbaju hitam di tengah-tengah tu adalah seorang mummy anak tiga (3) ye. Makin cantik body dia. Haruslah diangkat menjadi idola saya selepas bersalin nanti. Huhuhu.


Aunty Sheela yang sangat tak sabar nak kiss baby-baby ;)


Aunty Srie pun tak sabar nak jumpa baby-baby. Tapi rasanya untuk bertemu secara live lambat lagi kot coz dia dah nak terbang 19 September nih. So sedihhhh :(


Daddy tengah hugging ibu dan baby-baby sekaligus! Schweeeetttt sangat :)




Monday, August 23, 2010

Majlis Iftar merangkap farewell Puan Srie a.k.a myBFF


Syukurlah majlis yang dirancang menjadi kenyataan. Berlangsung pada Jumaat lepas bertempat di Flaming Steamboat, Sunway. Kami have fun banyak dan menikmati saat-saat akhir bergumbira bersama Puan Sri Marzura yang bakal posting di luar negara lepas raya nih. Lama kot tempoh posting tu iaitu tiga - lima tahun kot. Will surely miss u a lot my dear BFF! :(

Before time nak balik tu kami reramai bagi custom-made card yang sangatlah menawan hati hasil nukilan creative designer si Dasheela tapi Puan Srie yang diraikan telah menangis terharu pula bila dapat kad tu. Huhu. Tak sangka pulak akan ada sesi curahan air mata. Saya pun turut sebak sama.

Then sesi bergambar kenangan berlatarbelangkan Sunway Pyramid di waktu malam. Serius sangat seronok. Tapi harap maaf - gambar official daripada our official photographer tade lagi. So, takleh nak curik dan upload di sini. Bila beliau dah siap edit semua nanti saya janji akan post di sini.

Apapun, BFF ku sayam, jangan sedih-sedih dan fikir banyak sangat pasal posting ni ok? Fesbook/ blog/ ym/ skype kan ada untuk menconnectkan dan mendekatkan diri kita? InsyAllah panjang umur kita jumpa lagi di Malaysia. Doaku agar kamu kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan/ pekerjaan di negara orang.



Dedikasi puisi puitis ini khas untuk kamu sahabatku:
Farewell my friend, I say it with pain :(
Farewell my friend in sunshine or rain
but
Farewell is never forever
coz
in one fine day
I know we'll see each other again*hugsssssssss*

Much love,
IemaZahra

Wednesday, August 18, 2010

Ohayo gozaimasu!


Saya dan hubby memang peminat makanan Jupun yang sangat. Sushi ka, tepanyaki ka, teriyaki ka, unagi ka, semuanya kami sental. Yummy! So, semalam atas permintaan hubby kecintaan ku itu saya telah sediakan menu berbuka ala-ala Japanese. It is my first time cooking this tapi Hubby kata 'sedap jugak for first timer'. Yeay! siap simpan lagi for sahur, pastu dia makan nasi bertambah pula waktu sahur tadi. Juz rupabentuk je tak serupa teriyaki yang selalu di makan tu. Hahaha. Tak kisahla, janji sedap kan?

Senang gila je sebenarnya nak masak masakan Jepun ni. So, Nak share resepi berbuka semalam boleh? Bagi yang meminati makanan Jepun harap enjoy, yang tak minat tu harap maaf ye, takut kembang tekak pula nanti*wink*wink*.


Teriyaki Chicken

Ingredients:
300g deboned chicken thighs (isi ayam ni saya potong kecik-kecik)
1 tbsp sake (tukar dengan cuka biasa)
4 tbsp soya sauce
4-5 tbsp mirin (letak 2 sb sos plum + 2 sb. sos tiram - tapi sebab takde sos plum saya ganti dengan BBQ sauce sesudu)
2 tbsp sugar
1 tbsp vegetable oil
Method:
In a bowl, put in sake, soya sauce, mirin and sugar. Mix well and marinate the chicken in it for about 20 minutes.
Heat the oil in a pan, brown both sides of the chicken thighs and leave until cooked.
Pour in the teriyaki sauce that was used to marinate chicken in the pan and continue to cook until the chicken has glazed and covered the chicken.
Remove the pan from heat, serve on a plate and drizzle any remaining sauce from the frying pan.
Serve the teriyaki chicken with boiled rice or salad leaves.

Kalau takmo makan dengan salad tu, bole buat sayur goreng taugeh yang macam tepanyaki tu. I think it will make a great match kot. I think la. Huhu.

Sunday, August 15, 2010

Updated Basi - Rekod Shopping 25Minit ;p


Salam Ramadhan. Macam mana dengan puasa preggy mommy semua? Saya Alhamdulillah, setakat lima Ramadhan ni saya masih sihat, kuat dan cerdas untuk puasa. Harap-harap baby-baby pun supportive, so dapat la sebulan puasa tanpa perlu Qada tahun ni. Yeay!

Anyway, Memang sangat dah basi la kan cerita ni. Cerita seminggu lepas punya kot! But still sebab dah janji akan ada sambungan. Maka terima jelah ye. Huhuhu.

Kami bertolak dari rumah mak haritue dah dekat pukul 5, campur sesat barat semua bagai sebab yakin sangat tak bawak map nak ke sana. So, sampai di Pureen Warehouse Sale tepat-tepat 5.30pm. Phew! Sampai juga ibu mengandung ni kat sini.

Terus Hubby drop me and dia bergerak cari parkir. Tetapi saya pulak tiba-tiba jadi macam blurry burberry bila masuk je dalam tu coz tengok barang semua macam dah nak habis. Tengah-tengah check breast pump, dalam 2-3 minit kot, Hubby datang grab lengan saya dan tanya, " Naper tak terus masuk kat tempat baju-baju belakang tu?" Saya kaget seketika, "Oh, yela. Orang macam blur sejap tadi and tak perasan yang tempat baju-baju baby semua kat situ thot dah abes semua (nada sedih)," Dia pun tak buang masa terus bawak saya jalan laju-laju ke belah belakang. Nasiblah daddy dia ada, kalau harap i sorang sure dah menangis sorang-sorang tak bawak balik benda pun.


Dan...


Taddaaa...Inilah hasil shopping 25minit kami masa kat Pureen Warehouse Sale tempohari:

1. Baju & seluar baby dapat beli 5 helai ja (sebab dah banyak habes. sob..sobs..) - RM3 sehelai
2. Baby wipes 200sheets - RM7
3. Nose Cleaner - RM3
4. Sterile Tablets 1box - RM13
5. Kapas (rasa macam rugi je amik sebungkus) - RM4
6. Bedding Set (2 bolster + 1 pillow) - RM10
7. Baby Cot Sheet (rubber type) - RM11
8. Manual Breast Pump - RM38
9. Disposable Nursing Pads - RM20
10. Maternity Pads - RM9

Ok, tu jela lebih kurang barang-barang yang kami sempat grab dalam masa yang sangat singkat tu. Baju-seluar berwarna biru dan pink and semuanya macam untuk baby pakai tido je, plus tatau nak decide color lagi. Nak beli kaler putih pulak semuanya tak bersaiz newborn. Haih. Jadinya nextime la kami nak try pergi cari kat Jusco or Sogo. Nak beli yang jenis lubang-lubang and takde lengan punya, agar baby tidak kepanasan di siang hari :)

Apepun, dah dekat pukul 4pm. Saya dah bau kambing gurun. Hehe. Nak pergi mandi-manda dan bersiap untuk keluar berbuka, tatau la kami nak berbuka apa harinie, semalam dah sengkak perut makan Bawal Power kat Kota Damansara. Yummy! Hehehe :)





Tuesday, August 10, 2010

Punca kesibukkan tempohari adalah kerana hal ini...
















Thank God dah selesai semua kekalutan pada Isnin lepas. Now juz nak tunggu madness sensation yang akan melanda opis bila membuat persiapan menjelang Hari Wanita Kebangsaan 2010 yang akan disambut pada 25 Ogos ni. Phewwwnesss! Dah terbayang-bayang dah betapa hecticnya situasi nanti, tambah dengan puasa lagi. Hopefully me and baby-baby kuat mental and fizikal time persiapan. Tapi sekarang rasa agak bersyukur sebab bos yang paling besar macam sangat memahami keadaan saya sebagai ibu mengandung ni. Sangat ambil berat macam ibu-ibu lagaknya :D





Majlis Aqiqah dan Kisah Lain Sesudah Majlis...


Sabtu lepas sangat sibuk dengan hal ehwal kerja sampai ke petang dan malam pulak saya and hubby ke rumah mak, tolong adik prepare untuk majlis Aqiqah anak buah kami si Sakinah comel tu. Sampai dekat pukul 2pagi jugaklah kami stayback beria-ia menyiapkan endoi beliau. Dan hasilnya adalah not bod untuk team amatur macam kami (kami = me, my uncle, aunty n sisters plus lain-lain yang tolong komen) nih. Haha. Nanti dah dapat gambar saya upload ye endoi cap ayam kami tu.

Besoknya, on Sunday lepas subuh dah bersiap-siap pergi sana dan sampai ja Hubby terus selinsing seluar untuk tolong my brother & cousin susun meja. Hampeh betul orang yang meniaga sewaan khemah tu, adakah patut letak ja kerusi meja tak pasang pun. Huh. Not gud. Me plak tolong-tolong kemas rumah lagi sket sambil deco-deco kawasan depan. Marhaban sampai jam 10 dan majlis berlangsung sampai jam 12. Syukurlah, baby Sakinah elok ja dok dalam endoi tak nangis pun plus bila bawak dia pusing-pusing untuk tepung tawar pun dia still tidoq lagi. So cute. Hehe. Lepas setel semua-semua makan time sampailah ke petang. Dan saya masih sibuk ke hulu-hilir tolong kemas-kemas and topup apa yang kurang dan tolong makan jugaklah.

Tiba-tiba ja dah pukul 4 petang, hati dah resah gelisah. Kepala otak asyik teringat "Pureen Warehouse Sale" ja. Haih. sempatkan kami pergi membeli belah untuk si kecik ini? Masa semakin suntuk. Phewww!








*bersambung di post yang lain*



Post For My Baby-Baby ep.3



Hi baby-baby, how u doing inside there sayang?
Ibu really hope my tummy can provide u awsome comfiness while u doing all your baby's workout and somesaults. OMG! Mesti sangat comel.

And daddy also done something comel last nite. He passionately, browsing the net to search for the most comfortable stroller for you sayang. Like seriously! Ada calculator lagi kat sebelah. Bukan nak berkira tapi dia nak cari yang suitable with our family budget. Huhu. Pastu daddy siap tulis notes tambahan pulak kat "CHECKLIST FOR BABY-BABY" about which site offers the best and compared the price sambil dia membebel-bebel secara comel bila dia nampak harga yang wayyyyy beyond our budget. Daddy siap insist ajak ibu dok sekali sebelah dia tengok stroller mana yang dia dah pilih plus the colour. Daddy pilih black la untuk you. Kool katanya. Hehe. Ikut dia la kan sayang kan? Ibu tak kisah sangat pun bout the colour but ibu rasa merah macam cantik juga arr. Daddy tuuu...Huhuhu.

Tapi yang penting stroller tu harus kena datang sekali dengan carrier cum carseat and its safe for you baby-baby. Rasa sangat terharu and teruja jugak bila tengok daddy kamu bersungguh-sungguh browsing semalam. So, mulai sekarang baby-baby kena doakan daddy dapat projek besar-besar and ibu dapat bonus banyak-banyak ujung taun nih, nanti dapatlah baby-baby merasa travel dalam stroller cum cabrio-maxi cosi yang nampak cambest itu :)


XOXOXO,
Ibu



Wednesday, August 4, 2010

Atenatal & Parentcraft Education Programme. Heh.


Hi sayangs semua yang saya mish banyak. Diam-tak-diam dah lebih daripada half stage of pregnancy yang saya lalui. It was full of bliss and i hope its gonna be even more blissfull. Sangat tak sabar menunggu si kecik ni keluar!


Anyway, seperti yang dijanjikan, nak share experience masa pergi atenatal class at KPJ Selangor Specialist Hospital. 1stly before pegi kena booking dulu, dorang conduct class ni 2minggu sekali pada hari Sabtu 9pm-6pm dengan bayaran RM80 sepasang. For me, its worth going. So, pada bakal parents semua my advice is, silalah kosongkan jadual waktu anda untuk mengisinya dengan slot hari belajar di Atenatal class. Tak kisahlah u all nak pergi kat hospital mana pun, seriously its worth it. Tak tipu punya. Dinasihatkan lagi agar jangan pergi terlalu lambat nanti sure akan rasa rugi, sebab kita kesuntukkan masa nak praktikkan apa yang dipelajari. Dalam 6-7month tu dah cukup baik. Tapi kami je yang terlebih semangat waja pegi time baby-baby baru masuk 5month. Hahaha.

Kat KPJ ni dorang ada provide sekali makan 3kali plus goodies from Johnson&johnsons (dah simpan pun elok2 untuk kegunaan baby-baby nanti) Yosh! Semangat still.

Some of the topic covered are about:

1. Care during pregnancy - ni rasanya semua bakal parents pun dah master. Huhu.

2. Diet & Pregnancy - Speaker ni siap bagi resepi lagi, dah rasa macam masuk kelas memasak pulak dah. Hehe.

3. Process of labour - Doctor tunjuk macam-macam jenis type of bersalin by gambar but kami agak tak puas hati sebab doktor tak sempat tunjuk video (takpela, YouTube kan ada?)

4. Care of new born, baby massage & bathing of baby - FYI, talcum is a NO-NO for our baby because it'll go straight into baby's lung, boleh buatkan baby kena asma and can masuk baby's peparu some more. Doctor's advice tayah pakai bedak pun coz baby kan memang dah naturally wangi tapi kalau nak jugak calitlah sikit, doctor tamau gaduh dengan kamu but make sure baby powder only yang tade ingredients talcum dalamnya.

5. Excercise during pregnancy & Breathing technique during labour - Ni memang rasa best je buat sebab dapat belajar awal plus hubby pun di ajar cara-cara urutan untuk banyakkan susu wifey. How sweet!

6. Importance of Breastfeeding & its technique
- Suka sangat topic ni
.

7. Lastly ada tour ke kawasan bersalin - tapi kami tour main-main ja sebab bukan nak bersalin sini pun. Hehehe.


Tula lebih kurang ceritanya tentang apa yang kami belajar kat sana. Maleh
la nak promosi lebih-lebih, KPJ bukan bayar i pun to belog about this. Huhuhu.

Now, jom tengok gambar time belajar excercise kat sana. Yoshhh!semangat masih membara. Hihihi.

Akhir kata, saya selitkan 1 pic speaker yang tengah tunjuk ajar cara-cara mandikan baby :)




Monday, August 2, 2010

Check-up yang ke-lima kali



Nak jugak update pasal check-up kali yang kelima ni dengan A.S.A.P sebab ada terselit adegan meet the baby-baby menerusi ultrasound scan. hehe. Alhamdulillah, semua nampak ok kata doktor. Baby pun sangat active tau, time doktot tengah dok scan tu dia bole plak main tendang-tendang perut ibu dia nih. Haha. Sangat comel. But macam biasa la, gomen clinic kat tempat saya scan ni pun macam gomen clinic orang lain jugak. Doktot takdela scan secara betul-betul sangat. Ia lebih kepada nak ambil ukuran dan berat baby and tengok kedudukan uri kat mana.

Tapi Macam mana pulak dengan baby's gender? Yang doktor tu cakap tadi "nampak macam lelaki," Dats it. Takde pulak dia usaha sungguh-sungguh nak tengok or zoom kat "toot" baby-baby we all tu. Huhu. Takpela, dah kata F.O.C. Gue redha ja. Nantilah kami try pergi private clinic khas untuk check our baby's gender ja. Alright? Oh ya, Hubby pun teman sekali tau tapi beliau lebih concern dengan bila i punya exact due date and dah berapa minggu usia si kecik dalam perut nih sebenarnya. Huhu. Kata Nurse i dah 21minggu tapi kalau ikut scan am in my 23-24weeks. So, i ni berapa minggu pregnant sebenarnya? Adoi...Pening. Entahlah, nanti masa pergi check up kat private akan tanya jugaklah pasal hal ni sekali.

But before scan, ada usual routine check-up. Berat bulan ni 59.9kg - naik 2.7kg. Nurse tak kata apa, means normal la. Just, tahap hemoglobin saja yang menurun ke 11.0 iaitu borderline. Kata nurse if bawah 11 - means anemia. Alamak! Not good. Kena makan makanan menambah darah dengan lebih banyak lepas ni.

Okla sayangs semua, dats all for now. Saya masih buzy lagi tapi style bekerja agak slowmotion sikit sambil menahan sengal di lengan kiri. Maybe efek injection kancing gigi tadi agaknya. Alasan! Hahahaha.

Bye-Bye...sehingga berjumpa lagi! :D