Tuesday, March 30, 2010

Wag That Tail BABY! :)


Minggu lepas hari sabtu n ahad Hubby demam teruk and followed by me. Tapi aku demam selsema yang nak bersin je manjang...yang tak bestnya sambil demam tula ada kerja banyak gila-gila, sampaikan tak tahu nak rasa menangis atau apa bila terpaksa bekerja dalam keadaan demam plus cuaca kat ofis pula sujub gila.

Bila dah setel event 27hb lepas terus shoot balik Aostaq naik kapal terbang sebab parents in law aku pindah rumah. Acara nak bagi hilang boring sorang-sorang dalam kapal terbang adalah membaca la bagai nak rak dan bila kapal dah nak touch down, aku jadi pening dan rasa nak meluahkan isi perut semua keluar...Masa kat kampung pun takmo berhenti rasa loya ni. Aik, aku dah start rasa pelik takkan lah mabuk kapal terbang sampai berhari2? Badan pun rasa letih semacam, ingatkan efek kepenatan sebab event yang baru habis. Tapi dalam hati yang penuh syak wasangka ni dah berkira-kira dah nak beli PT (asyik kuar masuk Guardian ja survey PT yang paling bagus tapi murah. Huhuhu) nak buat ujian kat Aostaq juga but bila fikir-fikir balik kat umah SD ada 1 PT yang tak pakai lagi. So, ku sabarkan hati ku untuk tunggu sampai hari Selasa iaitu pagi tadi.


And the result is... Jeng! Jeng! Jeng!


Terdapat dua garisan merah = Alhamdulillah positif!


Aku pun apa lagi terus jerit-jerit kejutkan Hubby yang masih mamai tengah tidur untuk cepat bangun. Terlompat dia bangun. Hehehe. Dengan tujuan nak pergi klinik to double confirm. Syukurlah, doktor kata am 4weeks pregnant! Seronok sangat sampai tak tahu nak kata apa, juz hubby cakap dia tamau bergembira sangat sebab masih terlalu awal. Aku pun akur juga. Cuma sekarang ini kami berdoa agar baby GRAB kuat-kuat tau...pastu Ibu akan cuba jaga diri ibu ni sebaik mungkin and Daddy pun cakap akan jaga Ibu baik-baik sangat! :)


Bersambung untuk cerita hari ini di muka lain....


No comments: