It is generally recommended that a child be seen by a dentist by the age of 1 or within 6 months after his or her first tooth comes in.
During Amni's 12 month check-up kat Klinik Kesihatan, the Doctor there suruh I bawak dia pergi check gigi. Lama dah masa tu bulan April. Makanya, masa cuti 31 Ogos yang lepas, I saja ambil cuti extra on the 1st and 2nd September to settle a few things. So, tetiba teringat pasal check gigi tu then i decided to include in their first dental check up in the To-Do-List on the 1st September. I memang nak bawak pergi check kat private pun firstly sebab senang nak control budak-budak ni, then I rasa Dentist private clinic ni lebih detail and lebih friendly plus the environment kat private clinic kan biasanya lagi cantik and menawan hati kanak-kanak. Klinik pilihan I adalah Toothie Tales, Putrajaya.
On that day kami pergi breakfast dulu kat restoran bawah clinic tu, anak-anak pun tak tahu yang lepas breakfast tu diorang kena jumpa dentist. Saja taknak bagi tahu because taknak bagi anak-anak nervous. Dah settle makan semua, masa nak naik tangga ke clinic tu barulah I break the news. Hahahah. Abang Harits dah start kata taknak and macam nervous-nervous sikit but still panjat jugak tangga tu.
Masuk-masuk je clinic, anak-anak nampak macam happy sebab kat situ ada banyak toys. Bila tengok diorang dah relax sikit barulah I pergi register nama tiga budak kecil tu kat kaunter sambil husband tolong jagakan diorang. But prior to that I already booked the time slot at 10.30am one week earlier. Dentist yang bertugas pada 1st September tu adalah Dr. Hafizah.
Harits adalah yang pertama dipanggil. Mula-mula dia tawaf dulu keliling bilik rawatan tu sebab nervous kan. Then bila dentist tunjuk spek mata hijau and suruh Harits pakai, barulah dia hendak duduk kat seat tu. Then dia tanya Dentist tu, nanti nak masukkan apa-apa dalam mulut ke? Hihihi. Dentist tu pun tunjuklah mouth mirror and probe (batang tajam-tajam) tu dia cakap, dia akan guna kalau ada apa-apa benda terselit kat celah gigi. Pastu dia explain dia akan baringkan Harits sikit supaya senang nak tengok dalam gigi and dia akan pasangkan lampu. Mula-mula Harits bukak mulut kecik je. Pastu I cakap, please buat macam Peppa Pig tu, bukak mulut besar-besar sambil cakap "Aaaaaaaa" and masa ni Ara pun join sekali tengok dentist tu examine gigi Abang dia.
FYI, The first dental visit is usually short and involves very little treatment. This visit gives your child an opportunity to meet the dentist in a non-threatening and friendly way.
Alhamdulillah, it went very well for Abang Harits. Dentist inform yang gigi Harits okay and semua sihat. Cuma ada karat-karat sikit sebab dia suka minum milo and time gosok maybe tak betul sangat, pastu dia bagitahu lagi gigi Harits akan start jadi crowded coz tak lama lagi gigi kekal bawah akan tumbuh sebab dia dah nampak macam bump kat gusi bawah tu. Lepas settle check gigi, Abang dapat sticker!
Ara turns pulak. Dia mula-mula nampak takut jugak and terserlah wajah nervous tu tapi sebab before that Abang dia macam confident, dia pun jadi confident nak duduk kat seat tu. Tambahan pulak, after the Dentist tunjuk yang Ara akan pakai spek pink, terus dia happy rasa berbunga-bunga, mulut pun selamba je nganga besar-besar. Hahaha. Time Ara check gigi ni, Abang dia sibuk potpetpotpet kat tepi. Last-last dentist tu pun suruh dia sama-sama check gigi adik dia. Baik sangat Dr. Hafizah ni, muda dan baik dan friendly dan pandai melayan budak-budak. Ibu suka, anak-anak pun suka! Gigi Ara pun okay but sama juga macam Abangnya ada karat-karat sikit kat belah dalam sebab gosok tak betul and Ara pun dapat sticker lepas check gigi tu. Good girl Ara!
Last but not least, tibalah giliran our bulat-lat-lat Amni Kausar untuk berjumpa dentist. Ibu disuruh duduk sekali pangku Amni kat kerusi tu. Hehehe. Comel je Amni macam terkebil-kebil bila tengok lampu disuluh kat muka dia. Mulanya memang dia takmau bukak mulut, sampai dentist tu kena bukak pakai gous/ kapas. After that, Abang dia datang and sua batang cermin tu kat mulut Amni, elok pulak dia bukak mulut tu. Hahaha. Dentist pun kata gigi Amni okay. Doctor cakap Ibu kena gosokkan gigi Amni pakai kain basah or berus gigi yang lembut without any ubat gigi.
Dr.Hafizah tu pesan, parents kena gosokkan gigi anak-anak tiap-tiap malam sebelum tidur. Waktu pagi anak-anak nak gosok sendiri pun takpelah, cuma malam tu memang kena ibu yang gosokkan secara detail. Ibu kena make sure lepas minum susu coklat ke milo ke, anak-anak kena berkumur or bilas dengan air suam. Doctor pun ada bagitahu "apa yang ibu buat sekarang dah okay dah actually, lagi 6 bulan datang balik untuk checkup ye". Yeay! Ibu is happy banyak.
So, saya sangat recommend clinic ni for parents yang first time nak bawak anak-anak check gigi. Environment clinic yang cozy, dentist yang baik, friendly, pandai melayan budak-budak. Staff clinic pun sama baik macam doctor tu. So, total cost for the checkup? FOC. Wow! kan? sebabnya kami datang check je and gigi anak-anak pun okay, if ada kena buat apa-apa treatment barulah diorang charge as per the treatment. YEAY! Ibu is double happy. Hehehe.
Okay, kat sini details pasal Toothie Tales Clinic:
Alamat : No. 21A, Jalan Seluang P8/7, Bazaar@8, Presint 8, Putrajaya
Lokasi : Atas Pharmacy V-Care di Bazaar@8 (Opposite Shell station kat presint 8)
Telefon : 03-88616262
Berikut adalah waktu operasi klinik:
Isnin - Jumaat: 9.00 pagi - 2.30petang
3.30 petang - 9.00malam
Sabtu: 9.30 pagi - 3.00 petang
Ahad: 9.30 pagi - 1.00 petang
Syukurlah, my kids mendapat pengalaman manis during their first time visit to the dentist. Now anak-anak dah seronok pergi jumpa dentist sampaikan hari-hari diorang cakap nak pergi jumpa dentist lagi, nak pergi jumpa dentist lagi. Kahkahkah!
Tips sebelum bawak anak-anak jumpa Dentist:
PLEASE bagi anak-anak tonton Peppa Pig - The Dentist episode (walaupun dia adalah watak kartun tentang sefamili babi tetapi Peppa Pig sangat sopan santun and message yang disampaikan is very positive)
JANGAN - bagi anak-anak tengok Upin-Ipin pastu anak-anak akan rasa takut untuk check gigi. (Ayat ni Harits yang cakap sendiri ye "Apelah Mail tu takut nak jumpa doctor gigi check gigi. Kita rasa okay je jumpa dentist, best je") So, yeah parents - Upin Ipin is no good example. Dahlah ada watak lelaki lembut, pastu ada cerita takut-takutkan budak macam Hantu etc., cakap pun aku-kau. (Sorry haku tiba-tiba emosi terbebel pulak)
It is generally recommended that a child be seen by a dentist by the age of 1 or within 6 months after his or her first tooth comes in.
During Amni's 12 month check-up kat Klinik Kesihatan, the Doctor there suruh I bawak dia pergi check gigi. Lama dah masa tu bulan April. Makanya, masa cuti 31 Ogos yang lepas, I saja ambil cuti extra on the 1st and 2nd September to settle a few things. So, tetiba teringat pasal check gigi tu then i decided to include in their first dental check up in the To-Do-List on the 1st September. I memang nak bawak pergi check kat private pun firstly sebab senang nak control budak-budak ni, then I rasa Dentist private clinic ni lebih detail and lebih friendly plus the environment kat private clinic kan biasanya lagi cantik and menawan hati kanak-kanak. Klinik pilihan I adalah Toothie Tales, Putrajaya.
On that day kami pergi breakfast dulu kat restoran bawah clinic tu, anak-anak pun tak tahu yang lepas breakfast tu diorang kena jumpa dentist. Saja taknak bagi tahu because taknak bagi anak-anak nervous. Dah settle makan semua, masa nak naik tangga ke clinic tu barulah I break the news. Hahahah. Abang Harits dah start kata taknak and macam nervous-nervous sikit but still panjat jugak tangga tu.
Harits adalah yang pertama dipanggil. Mula-mula dia tawaf dulu keliling bilik rawatan tu sebab nervous kan. Then bila dentist tunjuk spek mata hijau and suruh Harits pakai, barulah dia hendak duduk kat seat tu. Then dia tanya Dentist tu, nanti nak masukkan apa-apa dalam mulut ke? Hihihi. Dentist tu pun tunjuklah mouth mirror and probe (batang tajam-tajam) tu dia cakap, dia akan guna kalau ada apa-apa benda terselit kat celah gigi. Pastu dia explain dia akan baringkan Harits sikit supaya senang nak tengok dalam gigi and dia akan pasangkan lampu. Mula-mula Harits bukak mulut kecik je. Pastu I cakap, please buat macam Peppa Pig tu, bukak mulut besar-besar sambil cakap "Aaaaaaaa" and masa ni Ara pun join sekali tengok dentist tu examine gigi Abang dia.
Alhamdulillah, it went very well for Abang Harits. Dentist inform yang gigi Harits okay and semua sihat. Cuma ada karat-karat sikit sebab dia suka minum milo and time gosok maybe tak betul sangat, pastu dia bagitahu lagi gigi Harits akan start jadi crowded coz tak lama lagi gigi kekal bawah akan tumbuh sebab dia dah nampak macam bump kat gusi bawah tu. Lepas settle check gigi, Abang dapat sticker!
Ara turns pulak. Dia mula-mula nampak takut jugak and terserlah wajah nervous tu tapi sebab before that Abang dia macam confident, dia pun jadi confident nak duduk kat seat tu. Tambahan pulak, after the Dentist tunjuk yang Ara akan pakai spek pink, terus dia happy rasa berbunga-bunga, mulut pun selamba je nganga besar-besar. Hahaha. Time Ara check gigi ni, Abang dia sibuk potpetpotpet kat tepi. Last-last dentist tu pun suruh dia sama-sama check gigi adik dia. Baik sangat Dr. Hafizah ni, muda dan baik dan friendly dan pandai melayan budak-budak. Ibu suka, anak-anak pun suka! Gigi Ara pun okay but sama juga macam Abangnya ada karat-karat sikit kat belah dalam sebab gosok tak betul and Ara pun dapat sticker lepas check gigi tu. Good girl Ara!
Dr.Hafizah tu pesan, parents kena gosokkan gigi anak-anak tiap-tiap malam sebelum tidur. Waktu pagi anak-anak nak gosok sendiri pun takpelah, cuma malam tu memang kena ibu yang gosokkan secara detail. Ibu kena make sure lepas minum susu coklat ke milo ke, anak-anak kena berkumur or bilas dengan air suam. Doctor pun ada bagitahu "apa yang ibu buat sekarang dah okay dah actually, lagi 6 bulan datang balik untuk checkup ye". Yeay! Ibu is happy banyak.
Okay, kat sini details pasal Toothie Tales Clinic:
Alamat : No. 21A, Jalan Seluang P8/7, Bazaar@8, Presint 8, Putrajaya
Lokasi : Atas Pharmacy V-Care di Bazaar@8 (Opposite Shell station kat presint 8)
Telefon : 03-88616262
Telefon : 03-88616262
Berikut adalah waktu operasi klinik:
3.30 petang - 9.00malam
Ahad: 9.30 pagi - 1.00 petang
Syukurlah, my kids mendapat pengalaman manis during their first time visit to the dentist. Now anak-anak dah seronok pergi jumpa dentist sampaikan hari-hari diorang cakap nak pergi jumpa dentist lagi, nak pergi jumpa dentist lagi. Kahkahkah!
No comments:
Post a Comment